Skip to main content

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi

Image: Aiony Haust, Unsplash

Pernah tak kalian mengalami keadaan kulit nampak kusam dan tak bermaya walaupun semua skincare kalian dah cuba?

Kulit yang sihat dan cantik berseri bukan sahaja memerlukan penjagaan luar yang rapi seperti penggunaan cleanser, toner, moisturizer dan SPF yang bersesuaian, penjagaan dalaman juga penting tau.

Ini kerana, kulit yang berseri adalah reflection kepada sistem dalaman badan yang sihat.

Pssttt. Tahu tak, kulit merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan kita?

Diet dan pemakanan memang akan mempengaruhi keadaan kulit dan kulit yang sihat bermula daripada pemakanan yang seimbang.

Jom kita lihat 5 supplement dan nutrisi penting untuk kulit sihat dan cantik berseri.

1. Vitamin C


C for cantik, C for collagen gituuuu.

Vitamin C adalah penting untuk penghasilan kolagen, struktur utama untuk kulit yang anjal dan berseri. 

Pengambilan vitamin C yang mencukupi merupakan natural booster untuk badan kita menghasilkan kolagen.

Selain penting untuk kulit anjal, vitamin C yang mencukupi mengurangkan keadaan dimana kulit kita mudah lebam, gusi berdarah, serta luka yang lambat sembuh.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang kuat dan bertindak melindungi anda daripada kesan radikal bebas seperti penuaan kulit, kulit kusam dan kedutan halus.


Maka tidak hairanlah, vitamin C merupakan bahan lazim yang terkandung dalam skincare untuk anti-penuaan.

Baca: Benefits of Vitamin C For Skin 

Makanan Sumber Vitamin C:
  • Jambu
  • Buah-buahan citrus seperti orange, limau, lemon
  • Kiwi
  • Strawberry
  • Sayuran hijau seperti brokoli
Sebaik-baiknya, dapatkan vitamin C daripada pemakanan seharian kalian.

Ambik 2 hidangan buah-buahan dan 3 hidangan sayuran setiap hari untuk mendapatkan nutrients yang mencukupi.

Kalau masih tak cukup, boleh lah consider nak ambik supplement vitamin C.

Tapi banyak sangatlah supplement vitamin C, peninglah sis. macam mana nak pilih?

Tips Pemilihan Supplement Vitamin C

🍊 Jenama yang diiktiraf/ dipercayai - produk jenama yang diiktiraf ni biasanya kena lalui pelbagai proses barulah diluluskan oleh KKM untuk dijual di pasaran, approved safe to be consumed.

🍊 Form atau jenis vitamin C - asid askorbik atau calcium ascorbate (buffered vitamin C). Biasanya ascorbate form lebih sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik atau perut yang sensitif.

🍊 Dos - Kebanyakkan dos supplement vitamin C untuk orang dewasa adalah 1000mg. Tak banyak sangat ke? Jangan risau. Vitamin C ni bersifat larut air, badan kita akan serap apa yang diperlukan dan selebihnya akan dikumuhkan melalui air kencing.

🍊 Formulasi (formulation) - Cari supplement vitamin C yang diformulasikan dengan bioflavanoids yang membantu badan kita untuk menyerap vitamin C dengan lebih efisien.

🍊 Ciri-ciri unik lain - Contohnya tablet timed-release/ sustained release dimana vitamin C akan diserap secara perlahan-lahan untuk 4-6 jam.

Some of my personal favourites:

2. Vitamin E


Vitamin E merupakan anti-oksidan larut lemak dan mempunyai peranan penting dalam melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari (photoprotection).

Ianya juga membantu mencegah kerosakan kulit akibat kesan radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya UV contohnya kulit kusam, berkedut atau kanser kulit.

Vitamin E juga dikatakan mempunyai sifat anti-keradangan. 

Perlindungan kulit oleh vitamin E juga menampakkan kesan yang lebih baik apabila ianya diambil sekali dengan vitamin C.


Makanan Sumber Vitamin E:
  • Minyak sayuran (minyak matahari, jagung, soya, safflower atau wheat germs
  • Kekacang (kacang tanah, almonds, hazelnuts)
  • Bijian (kuaci = biji bunga matahari)
  • Sayuran berdaun hijau (brokoli, bayam)

Tips Pemilihan Supplement Vitamin E

🌰 Source/ sumber - Pastikan vitamin E tu natural source, sumber semulajadi. Natural form vitamin E dikenali sebagai D-tocopherol/ tocotrienol. So kena tengok label dia dan pastikan dalam bentuk D-tocopherol dan bukannya DL-tocopherol. DL- ni vitamin E dalam bentuk sintetik yang mana kurang berupaya diserap oleh badan.

🌰 Jenis Vitamin E - Biasa yang terdapat di pasaran adalah tocopherols. Ianya juga adalah bentuk vitamin E yang paling banyak di dalam badan kita. Ada jugak sesetengah jenama yang menggunakan tocotrienols.

3. Mineral Zink


Zink membantu kulit kita sembuh selepas kecederaan seperti luka, jerawat atau bisul contohnya.

Ianya mempunyai sifat anti-keradangan, diperlukan untuk memastikan sel-sel badan, terutamanya sel kulit tetap stabil, sihat dan menyokong pembentukan dan pertumbuhan sel yang elok.

Zink juga membantu melindungi kulit daripada kesan cahaya matahari dengan memantul dan menyerap sinaran ultraviolet (UVR) dan mengurangkan tahap radiasi yang menembusi kulit.

Kalau kulit kalian jenis berjerawat, I highly recommend to include more zinc in your diet.

Sebab benefit zink ni bagus untuk mengurangkan jerawat, regulate sebum, membantu kulit untuk sembuh daripada jerawat dan parut jerawat.

Pendek kata, untuk wound healing & skin regeneration.

Baca: Should You Be Taking Zinc For Better Skin?

Makanan Sumber Zink:
  • Makanan laut (tiram, udang, kerang, ketam)
  • Ayam
  • Daging
  • Bijian & kekacang (pumpkin seeds, sunflower seeds, almonds, kacang kuda, gajus)

Tips Pemilihan Supplement Zink

🌱 Dos - Generally, 15–30 mg of elemental zinc daily. Tapi jangan lebih daripada 40mg melainkan disarankan oleh doktor ya. Pengambilan dos zink yang tinggi boleh menyebabkan rasa mual, muntah, perut tak selesa atau cirit-birit.

 4. Glutathione 


Glutathione adalah 
Master Antioxidant yang boleh dihasilkan oleh badan kita dan terdiri daripada tiga asid amino iaitu glutamine, glycine dan cysteine.

Ianya mempunyai peranan penting dalam pelbagai sistem badan, memberikan perlindungan terhadap pelbagai penyakit dan keadaan kesihatan yang lain. 

Antara fungsi penting glutathione adalah peranannya dalam detoksifikasi organ hati (liver detox) dimana ianya bertindak mengikat logam berat, bahan kimia, dan bahan toksik lain, menjadikannya lebih larut dalam air yang kemudian dikumuhkan melalui air kencing atau najis.

Dari segi kesihatan kulit, glutathione bertindak melawan kesan radikal bebas seperti kerosakan sel dan tisu yang menyebabkan kedutan, keradangan, hiperpigmentasi, dan melasma.

Ianya juga bersifat antipenuaan dan antimelanogenik, iaitu mengurangkan penghasilan pigmen melanin pada kulit kita. 


Makanan Natural Booster Glutathione:
  • Sayuran cruciferous: broccoli, brussels sprouts, cauliflower, kale
  • Makanan yang mengandungi sulfur :Bawang putih, bawang merah, bawang holland
  • Makanan kaya vitamin C: sayuran, buah-buahan
  • Whey protein: kaya dengan cysteine, salah satu building block glutathione
  • Milk Thistle: Sejenis herba yang popular untuk organ hati, secara semulajadi boost penghasilan glutathione

Patut Tak Korang Consider Supplement Glutathione?

Supplement glutathione dah lama dijual tapi tak popular sangat sebab bioavailability yang rendah.

Biovailability bermaksud keupayaan badan kita untuk serap nutrient tersebut dan memberikan kesan kesihatan yang positif. 

Glutathione apabila diambil secara oral, akan dicerna oleh asid perut kepada asid amino. So apa yang badan kita serap nanti, cumalah asid amino ni dan bukannya glutathione.

Sebab tu, pengambilan secara IV lebih popular tapi harus diingati ya, IV drip glutathione bertujuan untuk mencerahkan kulit tidak diiktiraf di Malaysia.

Tips Pemilihan Supplement Glutathione

Berbalik kepada oral glutathione, kalau kalian nak ambik juga, boleh consider tips dibawah:

💊 Reduced form - contohnya Setria® Glutathione atau Liposomal Glutathione

5. Asid Lemak Perlu


Pengambilan asid lemak perlu penting untuk kulit yang lembap, glowing, dan sihat kerana jika terlalu sedikit lemak dalam pemakanan boleh membuatkan kulit kita berkedut dan kering.

Antara contoh asid lemak perlu adalah Omega 3 daripada minyak ikan, sejenis asid lemak poli-tak-tepu (polyunsaturated) yang tidak dapat dihasilkan oleh badan tapi penting untuk membina dinding sel.

Ianya juga bersifat anti-keradangan dan membantu mengurangkan keradangan kulit contohnya jerawat, eczema atau psoriasis.

Baca: Is Fish Oil Good For The Skin?

Makanan Sumber Omega 3:
  • Ikan Laut Dalam (Salmon, Tuna, Sardin, Cod, Mackerel, Ikan Merah, Ikan Jenahak)
  • Kekacang dan bijian (walnut, flaxseed, chia seeds)
Kalau kalian kurang makan ikan atau makanan sumber Omega 3 yang lain, bolehlah consider untuk ambil supplement minyak ikan.
Kulit yang sihat bukanlah cerah semata-mata. Kita kena tukar mindset ni. 

Kulit yang sihat adalah kulit yang mempunyai strong barrier function, iaitu keupayaan untuk melawan ancaman atau gangguan yang menyebabkan ruam, gatal atau jangkitan. . 

Kulit yang sihat nampak berseri, tidak kering atau mengelupas, tanpa permukaan yang luka/ terbuka/ terdedah atau pecah.

Kulit yang cantik juga bermula daripada penjagaan dalaman yang rapi, terutamanya pemakanan dan pengambilan nutrient yang mencukupi.

Good luck!
Disclaimer: Idea dan cadangan yang terkandung dalam post ini bukan pengganti untuk penjagaan profesional dan tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat penyakit. Sekiranya anda mempunyai atau mengesyaki anda mempunyai masalah kesihatan, sila berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

Bikinication: Project Phuket Part 2

In case you have not read the part 1, click HERE .  So on the 3rd day we went island hopping to Phi Phi Island where the movie "The Beach" featuring Leonardo Dicaprio was filmed.  Bought the package while wandering around Patong Beach but you can get these island hopping packages anywhere in Phuket.  Like many other things in Phuket, you have to bargain. We got our package for 1050 Baht/pax which included transport to and fro hotel, lunch and refreshments, snorkeling equipment and covers Maya Bay (where the filming was), Loh Samah Bay, Pileh Lagoon, Viking Cave, Monkey Beach and Khai Nok Island.  We only stop and got down the boat at Maya Bay, another lagoon i don't know what's the name for snorkeling, Phi Phi Don for lunch and Khai Nok Island.  They picked us up at 7.45am from the hotel and all of us gathered in a place for a briefing. There were 3 boats that day for all of us,  then departed to the jetty which was about 1...

Guide To First Dates For Dummies

Guide To First Dates For Dummies While I'm not exactly an expert in relationships, first dates, and stuff, I've had a few learning experiences and a panel of consultants.  I feel the need to share with you, especially guys, a few do's and don'ts of a first date.  Basically to give you some idea of what girls expect on a first date and to save you from embarrassment and disappointments from not securing a second date.  1. Dress To Impress DO NOT underestimate the power of dressing. You only have one chance at making a good first impression.  You don't have to wear something expensive or trendy. Just something tidy, presentable, smart, or casual. Something you are comfortable in. Jeans, a nice shirt and shoes would be fine.  No short pants, slippers, and ratty t-shirts. If you want to wear shorts, wear them with a shirt (with collar) and shoes instead. Hair should be presentable, facial hairs trimmed and tidy, no bad breath or body odour.  Use cologn...