Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Help!

Current mood. Harap maaf pembaca sekalian. Takde berita menarik/berita merepek sebab otak CPPS dah jam teruk. Mood ke laut. Penat jugak kan jadi manusia ni. Ish. Rasa nak jadi labah-labah tak pun kelawar, duduk dalam gua tak keluar-keluar sehingga ke millenium yang seterusnya. #prayforcpps

C untuk Cantik

C untuk Cantik Dalam post sebelum ni yang bercerita tentang kulit berseri , iols ada menyebut tentang vitamin C. Saya adalah peminat tegar vitamin C dan recommend sangat vitamin C. Dulu-dulu sebelum ada kesedaran mengamalkan cara hidup sihat, sis memang tak tahu menahu pasal supplement ni. Masa kecik-kecik je la kan selalu dipaksa makan Scott Emulsion. Masa tu, boleh lah dikatakan dalam setahun, mesti akan demam, jatuh sakit, food poisoining lah apa lah, paling kurang setahun sekali. Batuk dan selsema confim ada.  Paling teruk iols pernah jatuh sakit, 10 tahun lepas.  Masa tu, food poisoning + gastric. Muntah, cirit birit, tak boleh makan minum 3 hari. Sampai kena masuk air. Kemudian sejak masuk alam pekerjaan, iols mula mengamalkan pengambilan supplement sebab sedar diri yang diet tak seimbang. Tak makan buah atau sayur yang mencukupi setiap hari. Dulu, iols ada masalah gusi berdarah, alergik kepada debu hingga sering selsema, batuk-batuk berkahak. Demam mungkin setahun

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin

Ahh Sukarnya Membuat Pilihan!

Hmmmmm.. Macam mana nak cakap ye? Ini soal antara hidup dan mati.  Okay. Katakanlah dunia ni tinggal 2 lelaki terakhir. Yang lain-lain dah pupus. Uols pulak adalah gadis terakhir atas permukaan bumi ni.  Boleh bayangkan tak? Untuk meneruskan kesinambungan spesis manusia, uols harus memilih SEORANG sahaja diantara dua lelaki tersebut. Seorang sahaja okay kerana tidak dibenarkan berpoligami. Mari kita lihat calon-calonnya: 1. JEJAKA A Cukup hensem, cukup menawan, penyayang, penyabar, bertanggungjawab, rajin mencari rezeki. Calon suami dan bakal bapa yang mithali. TETAPI jejaka A ini mempunyai masalah bau badan dan BCB (bau celah bontot/burit yang lembap ewww ewwwww dan terlalu kuat baunya).   2. JEJAKA B Cukup hensem, cukup menawan, penyayang, penyabar, bertanggungjawab, rajin mencari rezeki. Calon suami dan bakal bapa yang mithali. MEMANG SEBIJIK sifatnya dengan JEJAKA A. TETAPI jejaka B ini rongak gigi depannya 2 batang. Bila dia makan nasik, tersembur-sembur

Kulit Berseri Bersama CPPS

Kasi peluang sikit nak promote diri. Kah!! Curlasss tajuk iols kan. Dah macam iklan skincare tak berbayar. Adalah kan beberapa orang yang bertanya kepada iols. "Eh! Apa you pakai? Supplement apa you makan? Kulit muka you nampak lain la. Glowing, berseri-seri. Awet muda." Orang yang cakap lah, bukan iols puji diri. Kah! Okay. Disebabkan CPPS baik hati dan comel, maka kali ni iols nak share tips-tips skincare dan product yang iols pakai.  Jangan risau, iols tak jual produk pun.  Ye la kan, sharing is caring. CPPS pun nak lah sisthurs-sisthurs, brothers CPPS ni bersama-sama gorgeous morgeous meletop pom pom. Sejak dari dulu lagi kulit iols ni jenis berminyak. tahap minyak dia tu dah macam boleh pakai goreng ayam berempah liang-liang roma gitu. Sudahlah berminyak, kusam, agak gelap dan tona pulak tidak sekata. Bila kulit berminyak macam tu, pakai mekap ke foundation ke kan, ya ampun berkilat muka.  Mekap pun cepat sangat hilang. Asyik kena touch up. Liang

CPPS dan Personal Trainer

Ketika di zaman agak muda, fefeeling baru nak up dan baru berkecimpung dalam dunia gym, memang diakui CPPS amat tertarik kepada personal trainer. Baca kisahnya DISINI dan SINI . Pelik betul penyakit iols ni. Jantung iols akan berdegup kencang. lutut pulak terkulai layu, mulut tergagap apabila melihat kelibat jejaka kacak berbicep kekar. Gituuuuh. Itu dulu la kan. Apabila usia sudah meningkat, pengalaman semakin luas setelah terdedah lama dengan dunia abam-abam hot gym ni, bolehlah dikatakan CPPS sudah sembuh daripada penyakit angau gila bayang dengan personal trainer. Kalau nampak personal trainer, CPPS akan lari pecut macam tak cukup tanah. Tetiba alergik kan. Padahal dulu terhegeh. Kebanyakkan mereka, terutamanya yang kategori anak-anak ikan ni, didalamnya "KOSONG". To them, everything is about appearance.  Rupa paras mereka lebih penting dari segalanya. Otak kosong, attitude sucks fefeeling hensem. Yang penting sado dan tampak maskulin.  Bila semban

Resipi Roti Gebu

Mak aihhh. Lambatnyalahhhh CPPS nak hapdate belog ni ye. Sejak dua menjak ni busy sangat. Otak kena pulak reboot. Maafla ye kepada sesiapa yang mintak resipi roti gebu segebu CPPS tu.  CPPS dari dulu teringin nak buat roti sendiri. Pernah la jugak try beberapa kali tapi asyik tak menjadi, tak capai standard iols. Tetapi iols tetap tak berputus asa. Punya semangat nak buat roti sampai pernah terfikir nak beli breadmaker. Emm tapi breadmaker tu mahal sangat uols. Dari iols beli breadmaker, baik beli vacuum cleaner kan nak vacuum rambut iols yang *MENGAREY kat rumah. Ehh. So the surirumahtangga kan. *mengarey = bahasa sarawak untuk bertaburan, bersepah Tapi roti tak buat-buat jugak sehinggalah iols pulang ke kampung halaman. Teringin nak makan roti yang lembut dan gebu. Banyak dah tempat iols beli roti, tetapi kebanyakkan roti yang iols jumpa, tidak menepati citarasa. Roti-roti tu no bite, not chewy, too crumbly, no taste!  Rasa macam makan udara ada. Ras