Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Pakcik Puaka Di Gym

Abammmmm tolong selamatkan dinda yang lemah ni dari pakcik puaka! Maka bermula lah siri watak berpuaka dalam kehidupan seharian Cik Panda. Jaga-jaga uols, silap haribulan nanti uols pulak jadi kawan puaka ye.  Kali ni iols nak cerita pulak pasal pakcik puaka di gym. Dia ni bukanlah watak baru, malah sudah mempuakai hidup Cik Panda di SINI dan SINI .  Memang, memang terbukti pakcik puaka ni kebal dengan taktik "I'm sorry. I'm engaged." Cik Panda dah dua minggu tak attend Zumba sebab ye la uols, busy kan. Jet setter katakan. Sekejap Kuching sekejap KL sekejap Bali. eh?? So last Friday, I was at the gym attending Zumba class. Pakcik puaka was there and while waiting for the class he came and talk to me "Hey. Long time didn't see you. where have you been?" "Emm i was busy" "So how's your fiance? Is he still around?" "Yeah he's fine and still very much around."  "I'm still waiting for my c

Makcik Puaka Part 2

Makcik Puaka kembali! If you missed the origin of makcik puaka, click here to read about it. Kisah makcik puaka seterusnya adalah separa benar dan separa rekaan. Cik Panda amat yakin gegadis dan teruna berumur 25 tahun ke atas yang belum berkahwin selalu berdepan dengan makcik puaka begini.  Umum tahu yang Cik Panda sudah 2 kali dilangkah bendul, adik beradik iols dah sampai jodoh la kan.  Nak dijadikan cerita, masa majlis adik Cik Panda baru-baru ni, Cik Panda tengah duduk tersipu-sipu tak berapa nak malu dikalangan makcik, pakcik, sepupu dan sepapat iols la. Makcik puaka pulak membuka mulut dan bertanya "Hah, engko tu pulak bilanya nak kahwin?" Cik Panda berpura-pura buat pekak tak dengar soalan Tak berputus asa lagi rupanya makcik puaka ni. Ditanya nya lagi soalan yang sama. Maka Cik Panda dengan muka manis selamba menjawab "Kalau tak Jumaat, Sabtu la tapi tahun ntah bila." "Kurang asam punya budak!" Dia gelak-gelak. Okay. Cik Panda i

Makcik Puaka Part 1

Cik Panda: "Makcik, jemput datang nanti majlis kahwin iols ye. Iols buat kecik-kecik je." Makcik A: "Wahh tahniah. Kahwin jugak engko akhirnya. takdela mereput sorang-sorang ke tua ye. Suami engko tu kerja apa?" Cik Panda: "Emm kerja biasa je makcik. Drebar je..." Makcik A: "Takpela. Janji dia rajin, mampu tanggung engko kan." sambil ejas-ejas gelang emas bertingkat-tingkat kat lengan.  Padahal dalam hati dia makcik tu tengah kutuk-kutuk iols.  Belajar tinggi-tinggi, muka cantik last-last dapat suami kerja drebar je. Puihh. Anak iols takat SPM je dapat laki kerja gomen, senang buat pinjaman. masa depan pun terjamin. Kesian kat engko nanti, mesti laki engko tak mampu nak bagi rumah besar, barang kemas berkodi-kodi kat engko. Last-last nanti engko tu la tanggung laki engko tu.   Makcik A bertanya pulak "Laki engko tu drebar lori pasir ke?" Cik Panda: "Eh tak la makcik. Dia drebar bawak kapal terbang je. Kejap kat Ho