Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba Image: Unsplash/ Bach Tran Kulit kepala yang berminyak, gatal dan berkelemumur merupakan masalah lazim yang menghantui lelaki mahupun perempuan. Lagi-lagi dengan cuaca sentiasa panas dan lembap memang membuatkan rambut cepat berminyak dan berbau kurang menyenangkan. Cukup pakej merimaskan apabila kulit kepala juga asyik gatal dan berkelemumur. Nampak "bersalji" pulak bila pakai pakaian berwarna hitam kan? Masalah kulit kepala berminyak, gatal dan berkelemumur ni bukan setakat merimaskan dan tidak selesa, malah menyebabkan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Kenapa Kulit Kepala Berminyak? Minyak ( sebum ) pada kulit kepala adalah sebahagian daripada sistem pertahanan untuk rambut dan kulit kepala kita yang sensitif. Setiap hari, apabila kita terdedah kepada elemen persekitaran, sebum akan bercampur dengan kekotoran, debu dan peluh yang kemudiannya menyelaputi kulit kepala dan akar rambut...