Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Friday Feels: Boleh Tak Berhenti Tanya Orang "Bila Nak Ada Anak?"

 Friday Feels: Boleh Tak Berhenti Tanya Orang "Bila Nak Ada Anak?" Wah berat topik Friday Feels kita hari ni kan 😋 Ada seorang kawan ni bercerita dengan sis. Ada satu hari tu, dia keluar breakfast dengan boyfriend dia, makan nasi lemak kat gerai tepi jalan. They alls tak pernah pun pegi gerai ni.  Just randomly one morning, "Jom try gerai ni"  Lepas dah duduk, order air dan makanan, mata they alls pun melilau la memerhati sekeliling. Tengok orang lain makan apa gitu kan. Kebetulan makcik owner gerai tu pun ada. Daripada perhatian they alls, dapatlah disimpulkan yang makcik gerai ni jenis makcik yang peramah, mulut potpet tapi hati baik. Ramah je dia bertegur sapa, sembang-sembang dengan pelanggan yang ada kat gerai tu. Tengah sedap kawan I dengan boyfriend dia mencekik nasi lemak, datang pulak makcik ni nak beramah-mesra dengan they alls. "kamu dua ni berkawan ke dah berumahtangga?" Si boyfriend ni mungkin hari tu feeling extra, jawab pulak "dah beru

10 Produk Korang Kena Add To Cart Kat Shopee Kalau Suka Baking

 10 Produk Korang Kena Add To Cart Kat Shopee Kalau Suka Baking Rai Vidanes/Unsplash Semakin ramai yang berjinak-jinak dalam aktiviti baking dan memasak. Mungkin sebab nak cuba sesuatu yang baru, untuk jana pendapatan, bosan duduk rumah atau sebab baking merupakan salah satu cara untuk destress. Baca: 15 Activities You Can Do At Home To Destress Untuk kebanyakkan orang, baking adalah sejenis terapi atau coping mechanism . Bila kita baking, kita akan lupakan sekejap stress, masalah atau segala jenis perasaan negatif. Baking memberikan manfaat dan penting untuk kesihatan mental kita juga tau.  Baca: Benefits of Baking For Other People Lagi seronok kalau kita baking dengan peralatan yang bukan saja cantik tapi lengkap kan? Terus semangat nak baking setiap hari gituuu. Jom tengok 10 peralatan baking yang kalian kena add to cart di Shopee.  Let's go ! 1. PerrySmith Handmixer PerrySmith handmixer 300W 3 in 1 series ni unik sebab berwarna merah dan rekabentuknya yang elegan. Agak berbez

Friday Feels: People Leave, Things Change But Life Must Go On

 Friday Feels: People Leave, Things Change But Life Must Go On Let's dedicate Friday to heart to heart post. Sesi curhat , gosip-gosip barulah seronok baca kan uols. Sis perati jeee tau stats blog ni. Kalau cerita curhat ka, cerita personal bukan main mencanak views ya 😏 Anyway, sejak kebelakangan ni, tempat kerja sis asyik "hujan" dan "banjir" disatu dua tempat. Sebenarnya sejak Covid-19 ni, hidup sis pun asyik "hujan" ja. Rasanya ramai orang diluar sana pun sama kan. Memang lebih banyak cabaran berbanding tahun-tahun lain. Rasa frustrated, demotivated, rasa down, fed-up, homesick, helpless, lonely.  I'm very glad and thankful that I have a very good support system. Otherwise, maybe sis kena say hello to Tanjung Rambutan . Covid-19 and the challenges that come with it really make us reconsider our lives priorities. Things that really matter like family, job satisfaction, or mental health. And because of this, people are nudged or rather, pushed t

Bolehkah Lemak Bertukar Menjadi Otot?

 Bolehkah Lemak Bertukar Menjadi Otot? Emily Sea/Unsplash Kadang-kadang kita akan jumpa personal trainer yang bagi nasihat "You kena buat squat/ sit up. You kena buat weight training untuk tukar lemak-lemak dalam badan jadi otot." Ataupun penjual supplement yang bagi claim yang bombastic "Fat burner ni boleh tukar lemak jadi otot tau!"  "Kita kena ambik whey protein sebab whey protein boleh tukar lemak jadi otot" Tapi sebenarnya, bolehkah lemak bertukar menjadi otot melalui senaman atau pengambilan fat burner? Jawapannya TIDAK BOLEH ya wahai kawan-kawan. Ianya mustahil dan tidak akan berlaku kerana lemak dan otot adalah dua benda yang berbeza dan tidak boleh bertukar ganti. Dia ibarat macam ni, boleh kah kita tukar buah oren jadi epal? Haa, tak boleh kan sebab dua-dua tu buah yang berlainan. Kita hanya boleh bina otot dan bakar lemak. Dua proses yang berasingan tetapi boleh berlaku secara serentak. Apa Beza Lemak Dengan Otot? Kedua-dua lemak dan otot adal

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi Image: Aiony Haust, Unsplash Pernah tak kalian mengalami keadaan kulit nampak kusam dan tak bermaya walaupun semua skincare kalian dah cuba? Kulit yang sihat dan cantik berseri bukan sahaja memerlukan penjagaan luar yang rapi seperti penggunaan cleanser, toner, moisturizer dan SPF yang bersesuaian, penjagaan dalaman juga penting tau. Ini kerana, kulit yang berseri adalah  reflection  kepada sistem dalaman badan yang sihat. Pssttt. Tahu tak, kulit merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan kita? Diet dan pemakanan memang akan mempengaruhi keadaan kulit dan kulit yang sihat bermula daripada pemakanan yang seimbang. Jom kita lihat 5 supplement dan nutrisi penting untuk kulit sihat dan cantik berseri. 1. Vitamin C C for cantik, C for collagen gituuuu. Vitamin C adalah penting untuk penghasilan kolagen , struktur utama untuk kulit yang anjal dan berseri.  Pengambilan vitamin C yang mencukupi merupakan