Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Lelaki Bermulut Puaka & Bila Nak Kahwin

Lelaki bermulut puaka dan CPPS berpisah tiada. Kali ini ceritanya berkisar tentang kahwin. Ohh topik yang panas sekali. M emang bikin panas. Ada seorang kawan lelaki kita namakan dia Dhani. Si Dhani ni CPPS kenal sejak tahun lepas tetapi cuma jumpa 2 kali sahaja. Selebihnya lebih kepada chat yang lebih kurang begini "Hoi. Busy memanjang. Bila nak jumpa? Sombong. Starlight dahi tu kang" Ye, weols berdua memang gurau kasar sikit. Tapi Dhani ni rajin la jugak kan chat dan tanya khabar sekali sekala. Bukanlah macam jantan-jantan puaka lain kan. Penghujung tahun lepas, Dhani cakap dia rasa macam nak kahwin sebab 'Two is better than one' katanya. Lagipun umur dah meningkat. Dia tua setahun daripada CPPS. Ok fine. Tahniah. CPPS suruh la dia carik calon kalau terasa hati dah terbuka nak kahwin kan. Pertengahan tahun 2017, dia cakap akan kahwin lepas raya. Okaylah kan. Syukur la dah nak kahwin. Baru-baru ni, dia whatsapp CPPS bertanya khabar. Perbualan

Minyak Kelapa Bagus Atau Tidak?

Suatu ketika dahulu, minyak kelapa tiba-tiba boommm! meletup, paling hot dipasaran kerana dikatakan antara minyak a.k.a lemak yang mempunyai manfaat kesihatan. Minyak kelapa dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan. Ada juga yang cakap makan satu sudu sehari untuk memudahkan proses bersalin.  Masuk ikut mulut dan kemudian lubricate laluan vagina la kot logiknya. Macam tak logik kan tapi orang percaya juga. Maka meletuplah pasaran dengan minyak kelapa standard, minyak kelapa dara dan minyak kelapa terlebih dara xxx (Extra virgin coconut oil). Takmau cecair? Jangan risau. kapsul pun ada. Tapi baru-baru ni kecoh pulak yang sebenarnya minyak kelapa sebenarnya boleh memudaratkan JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN. Heyyy. Apa cerita ni? Okay sebelum kita cerita lebih lanjut pasal minyak kelapa, mari kita kenali dahulu apa itu minyak atau lemak. Asid lemak boleh dikategorikan bergantung kepada panjang rantaian karbon (long, medium, short), kehadiran ikatan berganda (sa

Berbahaya Ke Supplements?

Sejak akhir-akhir ni, perang supplement meletus apabila beberapa orang doktor melalui sosial media mengatakan yang supplement adalah berbahaya dan merosakkan buah pinggang. Kemudian orang ramai pula macam biasa, tanpa usul periksa, tanpa membuat pembacaan sendiri, terus percaya bulat-bulat kerana statement-statement tersebut datang daripada doktor. Heyyyy! Mestilah betul kan? They are doctors! But wait.. Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut, "Take everything with a grain of salt".  Sekarang ni uols, kita harus bijak dalam menilai samada maklumat itu betul atau tidak. CPPS setuju bahawa para doktor lebih arif dalam ilmu perubatan, terutamanya penyakit.  Tetapi melainkan doktor tersebut amat berminat dalam bidang pemakanan dan kemudian mengambil kursus tambahan atau melanjutkan pelajarannya dalam pemakanan, boleh dikatakan pengetahuan mereka mengenai pemakanan tidaklah setanding pakar-pakar pemakanan yang menghabiskan sekurang-kurangnya 4 tahun mengkaji nutrien,