Skip to main content

Berbahaya Ke Supplements?

Sejak akhir-akhir ni, perang supplement meletus apabila beberapa orang doktor melalui sosial media mengatakan yang supplement adalah berbahaya dan merosakkan buah pinggang.

Kemudian orang ramai pula macam biasa, tanpa usul periksa, tanpa membuat pembacaan sendiri, terus percaya bulat-bulat kerana statement-statement tersebut datang daripada doktor.

Heyyyy! Mestilah betul kan? They are doctors!

But wait..

Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut, "Take everything with a grain of salt". 

Sekarang ni uols, kita harus bijak dalam menilai samada maklumat itu betul atau tidak.

CPPS setuju bahawa para doktor lebih arif dalam ilmu perubatan, terutamanya penyakit. 

Tetapi melainkan doktor tersebut amat berminat dalam bidang pemakanan dan kemudian mengambil kursus tambahan atau melanjutkan pelajarannya dalam pemakanan, boleh dikatakan pengetahuan mereka mengenai pemakanan tidaklah setanding pakar-pakar pemakanan yang menghabiskan sekurang-kurangnya 4 tahun mengkaji nutrien, pemakanan dan kesihatan.

Dan CPPS percaya bukan semua doktor anti-supplement.

Supplements sebenarnya bermaksud "sesuatu yang ditambah untuk melengkapkan"

Jadi supplements dalam konteks ini adalah MAKANAN TAMBAHAN.

Pakar pemakanan atau nutritionist berpegang kepada prinsip bahawa nutrien yang terbaik adalah nutrien yang diperolehi daripada makanan semula jadi.

Contohnya makan oren untuk mendapat vitamin C.

Maka ramai yang mengatakan 

"Tidak perlu makan supplement. Cukup sekadar mendapat nutrien yang diperlukan daripada makanan."

Betul. Namun perkara itu hanya boleh pakai jika kita hidup dalam dunia yang sempurna.

Berapa ramai antara uols yang pola pemakanannya lebih kurang begini?

Sarapan: Roti canai + kuah dhal + teh tarik/biskut kering + nescafe/ Mihun goreng/ roti + jem

Makan tengah hari: Nasi goreng paprik/ Kueh tiaw goreng + ice lemon tea

Minum petang: pisang goreng + teh O panas

Makan malam: Nasi + ayam goreng + kicap.

Ha..biasa nampak kan uols?

Ini adalah pola pemakanan biasa untuk rakyat malaysia, termasuklah CPPS sendiri (KADANG-KADANG). 

Pola pemakanan sebegini bukanlah pola pemakanan yang terbaik untuk membekalkan badan kita dengan nutrien yang mencukupi.

Untuk pemakanan yang sihat dan TIDAK PERLU SUPPLEMENT, haruslah kita memakan hidangan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan yang pelbagai jenis dalam jumlah mencukupi. 

Macam mana?

Okay jom kita lihat piramid makanan di bawah


Nasi, roti dan mee yang merupakan sumber karbohidrat bukanlah satu masalah kepada rakyat Malaysia.

Masalahnya adalah dalam pengambilan sayuran dan buah-buahan. Merujuk kepada piramid makanan di atas, dalam pemakanan seharian, adakah uols makan 3 hidangan sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari ( 1 hidangan = 1 cawan)?

Sebagai nutritionist pun, CPPS kadang-kadang struggle untuk makan 3 hidangan sayuran setiap hari.

Harus juga diingati bahawa sesetengah nutrien contohnya vitamin C larut dalam air dan sangat mudah teroksida apabila terdedah kepada air, udara dan cahaya. Jadi sedikit sebanyak nutrien mungkin musnah ketika buah-buahan/sayur-sayuran dipotong atau dimasak.

Keperluan, penyerapan nutrien juga sangat berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan mereka.

Sebagai contoh,


  • Perokok memerlukan 35mg LEBIH vitamin C berbanding mereka yang tidak merokok (1). 
  • Wanita yang ingin mengandung, ibu hamil dan menyusu memerlukan lebih asid folik (sejenis vitamin B), vitamin B12, zat besi dan kalsium berbanding orang lain.
Dalam keadaan dimana mereka memerlukan lebih nutrien, supplement diambil disamping diet yang seimbang.

Erti kata lain, supplement hanyalah tambahan kepada pemakanan.

Masalah orang sekarang adalah makan supplement dengan harapan untuk menjadi sihat tetapi pemakanan dan gaya hidup langsung tak sihat.

Kalau macam tu, apa pun tak jadi kak oi. Itu membazir namanya.

SUPPLEMENT IS NOT A SUBSTITUTE FOR HEALTHY EATING & LIFESTYLE

Berbalik kepada cerita doktor beberapa orang tadi tu.

Pada pendapat CPPS, kenyataan-kenyataan itu misleading, main pukul rata sahaja, TOO GENERAL dan sebelah pihak sahaja.

Supplement dikatakan merosakkan buah pinggang dan hati. 

CPPS faham, mungkin Dr. Faridah, seorang pakar buah pinggang fed up kerana terlalu ramai pesakitnya yang ON TREATMENT developed end stage kidney failure kerana berhenti makan ubat dan dialysis akibat percaya bahawa supplement lebih berkesan dalam mengubati penyakit mereka.

Semua ini kerana pesakit-pesakit tersebut percaya dengan testimony melampau dan penjual supplement yang OVERCLAIM!

Supplement yang biasanya MAHAL itu dikatakan mampu mengubat seribu jenis penyakit.

Tidakkah uols pernah terfikir, takkan ada orang yang sakit dalam dunia ni kalau ada benda yang mampu mengubat semua penyakit.

Kebanyakkan supplement yang dikatakan ajaib itu dijual oleh syarikat MLM yang agen-agennya kebanyakkan tidak mempunyai ilmu perubatan atau pemakanan, produk itu pula baru setahun dua researchnya. Kadang-kadang tiada bukti kajian langsung.

Jelaslah masalahnya disini adalah produk ntah apa-apa dan penjual kurang berpengetahuan yang OVERCLAIM. 

Mereka ini memburukkan nama supplement!

Overclaiming dalam industri supplement adalah sebenarnya salah disisi undang-undang. 

Nutritionist yang bertauliah dalam konsultasinya akan bertanya lanjut sejarah kesihatan pelanggan sebelum rekomen apa-apa selain selalu menasihatkan pelanggan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa supplement. 

Adalah salah untuk menyuruh pesakit berhenti makan ubat tanpa persetujuan doktornya!

Jangan lupa, kebanyakkan mereka yang kononnya rosak buah pinggang selepas makan supplement adalah mereka yang memang sudah sedia tidak tip top fungsi buah pinggangnya, yang sudah ada kencing manis dan darah tinggi, yang sudah memulakan rawatan doktor.

Tidak salah mengambil supplement tetapi pastikan anda ambil produk berkualiti yang memenuhi keperluan anda, gunakan dengan betul dan bijak.

Jangan berlebihan. Too much of a good thing is also not good.

APA YANG MEROSAKKAN BUAH PINGGANG?

Tahukah uols, menurut National Kidney Foundation (NKF), bahawa di Malaysia ni, 2 penyebab utama, paling top dan menduduki tangga teratas buah pinggang rosak adalah KENCING MANIS dan DARAH TINGGI? - READ THIS and THIS

60% mereka yang rosak buah pinggang adalah pesakit kencing manis.

Macam mana boleh dapat kencing manis?

Pengambilan gula dan karbohidrat ringkas yang berlebihan untuk jangka masa panjang yakni gaya pemakanan dan hidup yang tidak sihat.

Ternyata musuh utama disini adalah GULA!

Kenapa supplement yang boleh meningkatkan kesihatan dikecam dan gula yang kita sedia maklum memudaratkan kesihatan tidak dikecam habis-habisan?

In the end, it is all about moderation.

JADI SUPPLEMENT BOLEH MEROSAKKAN BUAH PINGGANG TAK?

Apa-apa pun uols, kalau diambil secara berlebihan boleh memudaratkan. Dalam kes supplement ni, kalau seseorang itu buah pinggangnya memang sudah tidak sihat (existing kidney disease, compromised kidney function), whether they are aware of it or not, SOME supplements can be harmful.


Okay,

Lepas tu ada pulak la pakcik makcik yang cakap

"Jangan ambik supplement-supplement tablet tu semua. Tu semua sintetik! buat dalam makmal! ambik supplement yang semula jadi macam jamu-jamu, herba-herba."

Herba-herba ke jamu-jamu tetap berbahaya bagi mereka yang buah pinggang EXPIRED. 

Tak percaya? Nah BACA NI

Sebab itu kita nasihatkan ambil tahu tahap kesihatan diri dan minta nasihat doktor dahulu. 

Dalam cerita Dr. Faridah tu pula, kalau betul buah pinggang pesakitnya rosak akibat supplement, buat toxicology report, buat prevalance study then present the findings.

Bila ada medical evidence yang kukuh, barulah buat statement bahawa supplement merosakkan buah pinggang. Dan harap jangan pukul rata sahaja, nyatakan jenis supplement tersebut. 

Kita orang sains ni biasanya apabila hendak menyampaikan maklumat kepada orang lain, adalah lebih kukuh dan valid jika disertakan dengan bukti kajian. Bukan main sembereno sahaja. 

If not, any Tom, Dick and Harry can claim anything.

Kesimpulannya, supplement TIDAK BERSALAH. Yang bersalah adalah PRODUK NTAH APA-APA, PENGGUNA YANG KURANG BIJAK dan PENJUAL YANG OVERCLAIM.

Sekian.


1. Institute of Medicine. Food and Nutrition Board. Dietary Reference Intakes for Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoidsexternal link disclaimer. Washington, DC: National Academy Press, 2000.




Comments

  1. If only all the sellers are fully equipped with proper knowledge like u and do not do reference on some pseudoscience website

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mukmin! yeah, unfortunately people like to hear what they want to hear & not the truth. So unethical people exploit this to make money. Hard to change this "snake oil" mindset though.

      Delete

Post a Comment

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

Poretan Bermakna Di Senjakala

May the angels be with you Perghhh..tajuk sudah bisa membuatkan cikgu BM saya terangkat bontot, tersenyum lebar sambil berkata pada diri sendiri "I've done a great job!" Sebenarnya mau letak "Life Is Fragile" tapi macam ada kurang impak Whenever tragedies happened and people, especially people I know died, it will always get me thinking how short and fragile life is. How we should appreciate each and everyone we love around us. How we should live and savour every moment because we are not promised tomorrow.  Are you afraid of death? I used to but now I'm not. On some days, I probably look forward to it. Not that I want to die tomorrow or now per say, but if it is time for me to go, I'll accept it with an open heart. Death is just a transition to another world.  Eventually everyone is going to die. Why are you afraid of something that is inevitable? When MH17 was shot down and crashed, killing all its passengers and crew, many people were sa...

Manusia Dua Alam

  Pernah jumpa tak manusia yang indah khabar dari rupa? Ataupun manusia yang dalam sosial media adalah seseorang yang sangat menarik hidupnya, melancong sana sini, kelihatan peramah dengan cerita-cerita pasal orang sekeliling dia tapi dalam kehidupan sebenar, agak sendu dan krik krik? Pernah kan? Inilah manusia dua alam dimana alam maya dan alam realiti dia berbeza umpama langit dan bumi. Ada seorang manusia ni, kita namakan dia XX (bukan nama sebenar). XX ni sering update cerita panjang lebar dalam sosial media dia. Satu gambar dia upload selalu disertakan dengan karangan 2 mukasurat.  Ada sekali dia upload gambar makanan yang diberikan rakan sekerja dia. Mulalah karangan 2 muka surat dia menceritakan mak si anu masak makanan lebih sikit untuk dia, si polan pun bagi makanan. Betapa murahnya rezeki dia dan bertuah dikelilingi kawan-kawan yang baik dan thoughtful. Wahhh kemain. Tapi dalam alam realiti, dia manusia berperangai pelik dan tidak boleh difahami. K...