Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Himpunan Kisah Mistik: Cerita Mat Sentol, Bahau 1971

Gambar hiasan sumber Google Disclaimer: Cerita asal milik Dammerung dari Forum Cari .  Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971 Selepas drop out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja di kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu. Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak. Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai babi hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ. Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor... "Mat Sen

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein? Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang.  Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar. Serbuk protein boleh didapati daripada: Sumber haiwan seperti tenusu ( whey, casein protein ) dan telur ( egg protein ) Sumber tumbuhan seperti beras ( rice protein ), kacang soya ( soy protein ) atau kacang pis ( pea protein ). Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular 1. Whey Protein Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan.  Mempunyai beberapa kelebihan:  protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. M udah larut dalam air. Ada 3 jenis: Whey Protein Concentrate (WPC) - M engandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berbanding jenis protei

Himpunan Kisah Mistik: Gadis Bergayut Di Balkoni, Hong Kong 1997

Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembekal mesin percetakan di KL pergi bercuti di Hong Kong dan menginap di sebuah hotel 4 bintang sekitar Wan Chai.  Kerana tidak membuat sebarang homework sebelumnya, eksekutif ni mati akal tak tahu nak buat apa time malam. Nak beronggeng pulak, member ni bukan spesis macam tu, lagi pun bukan bawak duit banyak sangat.  Jalan-jalan ke Hong Kong ini pun di sebabkan dapat anugerah pekerja cemerlang dan majikan hadiahkan pakej free & easy (flight ticket dan hotel di sponsor) untuk seorang.  Pada malam kejadian, dia melepak di balkoni sambil hisap rokok dan menikmati udara malam kota Hong Kong.  Tengah syok layan blues, dia perasan ada seseorang sedang melambai dari tingkap di salah satu high-rise complex yang berselerakan di hadapannya.  Mula-mula eksekutif ni buat tak tahu saje, tapi bila dah lama pula lambaia

Confession of An Introvert Living In Extrovert World

Confession of An Introvert Living In Extrovert World I'm an introvert through and through.  The older I get, the more introverted I become and I embraced this whole-heartedly. One advantage that comes with age is you understand yourself better and be more comfortable with who you are.  It's a learning process but I no longer want to conform, seek validation or live my life pleasing others. I'm a listener, observer, and analyzer and would usual ly prefer peace and quiet. In a conversation, I tend to listen, analyze what is said, and say something only when I feel like I have something important to contribute.  I am neither shy nor holding myself back, I just don't find it necessary to say something just for the sake of speaking.  I'm detailed oriented, organized, work independently and strive to complete my task. But I'm never good enough.  I will never be good enough because this is an extrovert world and success or capability is measured and apprai

5 Tips Mudah Beli Supplement Minyak Ikan

5 Tips Mudah Beli Supplement Minyak Ikan  Omega 3 yang terkandung dalam minyak ikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita.  Omega 3 adalah sejenis asid lemak perlu dan harus diperolehi daripada pemakanan seharian.  Namun begitu, jika dalam pemakanan seharian kita tidak mengandungi sumber omega 3 yang mencukupi, pengambilan supplement minyak ikan adalah satu strategi yang bukan saja memudahkan, malah selamat untuk memastikan pengambilan harian omega 3 yang optimum. Tapi sebelum korang serbu farmasi ke kedai supplement untuk beli minyak ikan, baca dulu 5 panduan pembelian minyak ikan ni 1. Kandungan Omega 3 Dalam Setiap Kapsul Ketahui kandungan sebenar omega 3 dalam setiap kapsul minyak ikan yang korang telan. Kebanyakkan supplement minyak ikan mempunyai label depan yang mengatakan setiap kapsul mengandungi 1000mg minyak ikan. Tapi di bahagian belakang korang akan nampak bahawa EPA dan DHA hanya 300 mg. Kandungan DHA & EPA ini yang kita mahu kerana DHA & EPA inilah

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Last!)

Baca Bahagian 1 dan Bahagian 2 Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box.  Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah.  Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway?  Gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak. Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar