Skip to main content

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein?

Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang. 

Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar.

Serbuk protein boleh didapati daripada:

  • Sumber haiwan seperti tenusu (whey, casein protein) dan telur (egg protein)
  • Sumber tumbuhan seperti beras (rice protein), kacang soya (soy protein) atau kacang pis (pea protein).

Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular

1. Whey Protein

Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan. 

Mempunyai beberapa kelebihan: protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. Mudah larut dalam air.

Ada 3 jenis:

  • Whey Protein Concentrate (WPC) - Mengandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berbanding jenis protein whey yang lain. Rasa dia lebih creamy berbanding WPI tapi WPC ni kurang sesuai kalau korang lactose intolerance. Mengambil masa lebih kurang 1 - 3 jam untuk dihadam & diserap.
  • Whey Protein Isolate (WPI) - Mengandungi lebih kurang 90% protein, kurang laktosa dan lemak berbanding WPC. Sesuai untuk mereka yang lactose intolerance. Mengambil masa lebih kurang 45minit - 2 jam untuk badan kita hadam & serap asid amino. 
  • Hydrolyzed Whey Protein - whey yang telah dicerna & dipecah menjadi komponen asid amino (pre-digested). Mengandungi lebih kurang 99% protein, larut dalam air lebih cepat daripada WPC & WPI. Paling rendah laktosa dan lemak (almost zero). Disebabkan dia pre-digested, 30-45 minit saja badan boleh hadam & serap asid amino. Harga pun paling mahal sebab proses menghasilkannya lebih banyak. 

Antara WPC, WPI dan Hydrolyzed Whey,  Yang Mana Satu Paling Bagus Atau Berkesan?

Tiada kajian yang dilakukan setakat ini membuktikan hydrolyzed whey lebih berkesan berbanding WPC atau WPI.

Ketiga-tiganya berkesan untuk 
muscle protein synthesis, recovery and growth

It all depends on your budget & concern

Kalau bajet tak banyak, WPC la. Kalau lactose intolerant, then WPI or hydrolyzed whey.

2. Protein Kacang Soya (Soy Protein)

Sesuai untuk vegan dan mereka yang lebih suka protein berasaskan tumbuhan. Ia juga mengandungi semua asid amino penting, rendah lemak dan karbohidrat tetapi tidak mudah larut dalam air seperti whey.

Soy protein juga mengandungi isoflavone yang baik untuk jantung

3. Protein Kacang Pis (Pea Protein)

Mengandungi kesemua 9 asid amino penting tapi kandungan metionin dalam pea protein adalah rendah - ini dapat diatasi dengan menggabungkan pea protein dengan serbuk protein beras perang atau protein berasaskan tumbuhan yang lain.

Antara whey protein dan protein tumbuhan, yang mana lagi berkesan?

Bergantung dengan tujuan korang ambik supplement protein.

Kalau bertujuan untuk capai keperluan protein harian (achieve daily protein needs), yang mana-mana pun okay.

Kalau bertujuan untuk muscle recovery, boost muscle protein synthesis (MPS), bina otot maka whey protein adalah pilihan yang lebih baik.

Ini kerana whey protein mengandungi kandungan Branched Chain Amino Acid (BCAA) yang lebih tinggi, terutamanya Leucine.

Whey biasanya mempunyai kira-kira 10.8% leucine, manakala soy protein lebih rendah, biasanya sekitar 6.2% (Phillips, Tang & Moore 2009).

Leucine ni adalah kunci penggalak, booster untuk pertumbuhan otot dalam proses MPS.

At the end of the day, semuanya bergantung kepada tujuan ambik supplement protein tu & your preference contoh alergik produk tenusu ke, lagi gemar protein tumbuhan etc.

Tau tujuan korang, kenali diri sendiri & buat pilihan yang bijak untuk diri anda dan bukannya ikut trend semata.

Boleh baca artikel ni untuk penjelasan yang lebih panjaaaanggggggg tentang protein, perbezaannya dan tips pemilihan supplement protein.

Baca: Betul Ke Minum Protein Boleh Sado?

1. Phillips, S.M., Tang, J.E., & Moore, D.R. 2009. The role of milk- and soy-based protein in sup-port of muscle protein synthesis and muscle protein accretion in young and elderly persons. Journal of the American College of Nutrition, 28 (4), 343–54.

Comments

  1. Great Post. Well explained with images. Always read the whey protein reviews
    before buy any supplements or proteins..

    ReplyDelete

Post a Comment

Others Also Read This!

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena? Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan.  Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang p erut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya. Apa Itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman. Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad. Sistem penghadaman kita ( gastrointestinal ) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat) Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu men...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...