Skip to main content

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Last!)

Baca Bahagian 1 dan Bahagian 2

Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari

Rentetan bagaimana Rishi di pecat bermula sekitar 6 bulan sebelum hari terakhir dia bekerja di rumah puaka itu. Masa ni Rishi cakap dia dah mula slacking off, masuk kerja lambat, pukul 3-4 pagi dah cabut balik tapi walau macam mana malas pun, dia tak pernah lupa tutup suis fuse box. 

Apek tua dah beberapa kali bagi amaran terakhir gara-gara ketidak profesionalan Rishi ni, tapi setakat gertak macam tu je lah. 

Apa yang membuatkan Rishi rasa takkan kena fired adalah disebabkan boss dia terdesak memerlukan perkhidmatan pengawal keselamatan dan jika dia di berhentikan, tiada siapa akan menggantikan tempatnya, siapa sanggup anyway? 

Gaji RM 20 ribu pun belum tentu ada orang nak.

Masa ni juga Rishi dah beli motorsikal. Ikutkan dia nak saving je gaji dia yang banyak tu tapi bergaduh dengan drebar van punya pasal (mamat drebar ni kaki report ke boss), terpaksalah beli motor dan sejak ada motor, Rishi ambil duit gaji from this young Chinese lady kat rumah area Dutamas. 

Kalau dulu drebar van tolong pass duit kat dia setiap pagi, tapi sebab ambil sendiri so gaji dah jadi bulanan.

Rishi lepas kejadian penampakan, dia dah takde mood nak kerja situ. Sampai bangun tidur pun rasa nak lempang orang mengenangkan beberapa jam lagi masuk kerja. 

Itu alasan Rishi lah, kalau ikut pemahaman aku si Rishi ni yang dah naik tocang, ye lah takda siapa nak monitor.

Dah setahun lebih bekerja ni juga Rishi baru tahu yang dia lah satu-satunya security guard kat rumah tu. Dia pernah borak dengan fellow security guard yang bekerja di rumah berdekatan, orang tu cakap rumah tu setahu dia memang tak pernah berjaga. 

Rishi adalah cucuk sikit kot-kot ada urban legend ke pasal rumah berhala tu, tapi takde pula orang tu cakap "office" Rishi ni berhantu, just memang tak berpenghuni aja lah.

Pada satu malam, boss si Rishi (apek tua) datang ke rumah naik Mercedes S-Class ditemani beberapa orang lagi. Kereta kancil yang selama ni tak pernah bergerak, di pandu keluar dari rumah. 

Rishi cakap ada dua orang middle-aged Chinese women bawa dulang yang kelihatan seperti makanan dan kedengaran seperti upacara "menurun" berlangsung di depan pintu rumah. 

Bau colok menyengit sampai ke post-guard dan asap menyelubungi kawasan rumah. Rumah berhala terang malam tu dan sekitar hampir tengah malam baru lampu ditutup semula. 

Sebelum beredar, Boss minta Rishi datang tengahari besok dia nak datang angkat barang.

Keesokan harinya, Rishi datang ke rumah waktu tengahari seperti di arahkan. Boss sampai dengan lori 1 tan dan beberapa pemuda Cina. Borak-borak lebih kurang, Boss pun meninggalkan kawasan rumah dengan Mercedesnya, sebelum itu dia sempat cakap pada Rishi supaya monitor aktiviti orang-orang tu dan pertama kalinya, Rishi di beri kebenaran untuk masuk ke dalam rumah.

Rishi masuk kedalam rumah dan benda pertama dia nampak adalah dulang-dulang berisi sisa-sisa makanan, kulit-kulit limau mandarin dan botol-botol beer kosong di lantai. 

Agaknya Boss dan kawan-kawan dia berpiknik dalam rumah malam tadi. Benda kedua yang dia nampak adalah isi dalam rumah penuh dengan patung-patung berhala. 

Dari yang sebesar lengan sampai lah sebesar sampai ke bumbung. Untuk pengetahuan semua, Rishi cakap rumah single-storey tu takda siling. Dia masuk juga ke bilik-bilik dan seperti apa yang dilihat waktu di living hall, penuh dengan patung-patung berhala.

Patung-patung berhala yang besar ada diperbuat dari tembaga dan marmar tapi yang kecil-kecil bersepah atas lantai kebanyakkannya diperbuat dari solid gold. 

So untuk menjawab pertanyaan beberapa pembaca kenapa Rishi di upah jadi security guard, menurut pendapat aku mungkin untuk menjaga patung-patung Dewi Kuan Yin emas ni la kot (aku rasa la patung Dewi Kuan Yin, Rishi tak cakap pun patung apa).

Paling misteri, bilik di mana Rishi terdengar bunyi tapak kaki dan orang baring atas katil tu, takda katil, yang ada cuma tembikar-tembikar hitam bertepek kertas merah. Dalam tembikar ada pasir pantai yang dicucuk beberapa batang colok separuh terbakar.

Pemuda-pemuda Cina ni mengangkat beberapa patung tembaga naik atas lori dan disebabkan saizn, ada beberapa patung yang kena di baraikan sebelum naik atas lori. 

Style diaorang ni macam gangster dengan rambut oren bertatoo, bertindik dengan kuku jari kelingking panjang bagai, so aku refer mereka ni sebagai Ah Beng ajalah.

Salah seorang dari Ah Beng tiba-tiba memaki-hamun terjerit-jerit. Ingatkan pergaduhan sesama Ah Beng, tapi Rishi tengok Ah Beng ni marah-marah kat salah satu patung dan yang peliknya, Ah Beng lain semua relax je macam takda apa dan teruskan kerja-kerja mereka.  

Bila Ah Beng panas baran ni dah cool down, Rishi tanya...

"Bos, apa pasat?"

"Lu talak nampak ka?"

"Nampak apa?"

"Itu cheebai main-main belakang itu patung"

(perbualan adalah rekaan aku berdasarkan cerita si Rishi )

Rishi tengok lah kat patung tu dan apa yang dia nampak adalah makhluk "bergurau" kat dapur tempoh hari, tengah main hide and seek kat belakang patung. 

First time juga Rishi nampak muka benda alah tu. Rishi cakap kalau kat luar mesti dia ingat pengemis sebab macam muka orang betul. Makhluk tu macam orang tua tak terurus dengan rambut hitam panjang.

Bila Rishi dan makhluk tu bertentang mata, di panggil-panggilnya Rishi...

"woi, woi, woi, woi"

Ada seorang Ah Beng lain pergi simbah air pakai baldi, sepantas kilat benda alah tu panjat dinding, masuk kat celah-celah frame bumbung dan hilang dari pandangan.

Rishi tak banyak borak dengan geng Ah Beng sebab diaorang pun buat hal diaorang je. Dah senja baru selesai dan salah sorang bagi kunci rumah kat Rishi bagitahu nanti Boss datang ambil.

Aku ada tanya Rishi, ko tak takut ke tengok hantu tu? Rishi cakap time tu siang dan ramai-ramai, lagi pulak bila dah tengok rupa yang tak menyeramkan langsung, nak takut apanya? Chewah, eksyen Rishi ni.

Anyway, dari sehari bertukar seminggu, seminggu bertukar sebulan dan kunci masih kat laci pondok pengawal. Rishi pula semakin ramai partner security guard tak bertauliah dok teman dia setiap hari, berkat dari gebang kat kawan-kawan tempat kerja dia berhantu.

Mula-mula semua bertenggek kat post guard je, lama-lama dah ada yang suggest pergi minta nombor kat hantu tu. Rishi of course tak bagi lah sebab tak pasal-pasal hilang kerja nanti. Ada la dua, tiga orang pergi round rumah tu pepagi buta. Ada yang cakap nampak vampire(??), ada cakap takda apa pun.

Sampai lah satu hari ni.

Malam tu dia sakit perut dan jamban kat toilet post guard tu dah rosak. Taik bertakung dah berhari-hari tak flush sampai Rishi cakap dia kencing kat longkang depan rumah je. 

Dengan terpaksanya dia minta member-member dia jaga kejap sementara dia balik berak kat rumah (gas station semua kunci toilet lepas business hours).

Bila dia balik je kat rumah berhala tu, post guard kosong dan pintu rumah terbuka. Sorang pun takde. Dia tengok kunci rumah tergantung kat lubang kunci. Apa lagi panik la Rishi. Dia tak tengok pun keadaan dalam rumah dan cepat-cepat kunci sebelum telepon kawan-kawan.

Lagi haram jadah, seekor pun tak angkat call. Dah la tu, suis fuse box tak switch off, padahal dah berulang kali ingatkan supaya jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi.

So Rishi pun settle kerja lebih kurang dan macam biasa tuang kerja, pukul 4 pagi dah berambus.

Pagi tu jugak Rishi pergi cari kawan-kawan melepak dia. Jumpa salah seorang dan dia cerita apa terjadi malam tu...

Lepas si Rishi balik rumah, member sorang yang berlagak hero cadangkan masuk rumah beramai-ramai untuk minta nombor. Sebelum tu, salah seorang jadi runner kejap pergi beli roti, cikidis dan beer kat 7-11 konon-konon jadi "serahan" untuk penunggu rumah. 

Si hero ni lah yang pergi curi kunci dari laci, buka pintu dan susun makanan dan beer kat lantai.

Semua dok menunggu kat hall rumah, bila lah hantu nak keluar ni. Dah macam 10-15 minit takda apa, si hero pergi ke salah satu bilik sorang-sorang.

Tiba-tiba si hero menjerit dan lari lintang-pukang keluar rumah. Bila si hero pun dah macam tu semua pun ikut sama la, start motor dan cabut.

Rishi tanya korang ada ambil apa-apa tak? memikirkan kalau lah hilang hatta satu pun patung dewi kuan yin dalam rumah tu, memang mati la dia kena lauk.

Mamat tu cakap tak ambil apa pun tapi Rishi tak puas hati juga. Dia cari si hero dan selepas tampar kepala mamat tu beberapa kali, dia tanya ko ada curi apa-apa tak? 

si hero cakap masa dia masuk bilik, tak sempat nak buat apa, dia dah ternampak ada lembaga hitam bertenggek kat patung berhala sambil jelir lidah. Apa yang dia ingat lepas tu ialah tercicit-cicit lari sampai terkincit dalam seluar.

Rishi tensen. Dia tahu dalam rumah mesti bersepah sekarang dan paling dia stress ialah pintu rumah terbuka pagi tu tanpa suis fuse box ditutup. Nak tak nak, dia kena juga masuk dalam untuk bersihkan rumah, thanks to kawan-kawan tak guna dia.

Rishi singgah rumah sekitar jam 11 pagi. Masa tu matahari tengah tegak atas kepala dan Rishi harap siang-siang buta ni takde la gangguan. Perlahan-lahan dia buka pintu. 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sekering-kering hati Rishi ni, dia still tak berani nak masuk rumah tu sorang-sorang. Tin-tin beer dan plastik-plastik cikidis bergelimpangan atas lantai.

Ditarik nafas dalam-dalam dan Rishi masuk ke ruang tamu. Di kala tengah pungut semua tu, dia perasan patung-patung semua tergolek atas lantai. Ini mesti kerja si hero main langgar time lari hari tu.

Satu-satu dia tegakkan balik. Rishi cakap tiada sebarang gangguan pun sepanjang dia bersihkan rumah.

Dan malam itu, bermula lah siri-siri gangguan yang extreme.

Dalam pukul 8-9 malam macam tu, time Rishi tengah melepak kat post guard layan radio tamil, ada suara betul-betul di luar tingkap...

"woi, woi, woi, woi"

Terkejut Rishi dan sebaik dia tengok kat tingkap, ada separuh wajah yang amat dikenalinya.

Dicapainya cota dan berlari ke luar pondok dengan niat nak pukul makhluk tu, tapi tiada siapa. Sejak dari itu Rishi feeling ada benda tengah tenung dia dari luar tingkap.

Setiap kali dia ke belakang rumah untuk tutup suis fuse box, dari jauh dia nampak ada lembaga hitam terbongkok-bongkok berdekatan pagar dawai yang mengelilingi kawasan rumah.

I think most of you might have guessed it, hantu woi woi itu mungkin dah "keluar kandang".

Rishi boleh tahan lagi setakat gangguan time kerja, ini kalau dah sampai ikut balik rumah...

Kat bilik time nak tidur je, ternampak kelibat woi woi kat sudut bilik. Time nak mandi ada panggilan woi, woi di luar tingkap bilik air.

Paling parah, time nak berak pun woi woi dok skodeng kat gerigi atas pintu jamban.

Dah tak tahan sangat, Rishi ambil keputusan untuk come clean dengan majikannya. Hari Ahad terakhir, dia berterus-terang dengan amoi yang tukang pass duit gaji, nak bagitahu Boss, dia takut kena ganyang pula so mungkin amoi ni hati dia lembut sikit. 

Lepas cerita dari A-Z, sangkaan amoi ni berhati lembut jauh meleset, dekat sejam dia kena maki hamun tengah panas kat depan gate rumah. Lepas amoi tu telepon Boss, dia suruh Rishi pergi tunggu kat post guard, Boss nak datang.

Tunggu lah si Rishi dengan berdebarnya. Sampai saja Mercedes warna silver parking depan pagar, meluru Boss keluar dan terus tampar Rishi berkali-kali sambil maki-hamun. 

Di belakang ada beberapa orang elder Chinese men tengok je si Rishi ni macam budak sekolah kena rotan. Boss suruh bagi kunci ke dia dan tunggu kat post guard sementara dia dan yang lain masuk ke rumah.


Lebih kurang sejam, apek tu keluar dan datang ke pondok pengawal.

Rishi di perintahkan untuk berambus sekarang juga. Tanpa banyak cakap, Rishi start motor dan pulang ke rumah. Sejak dari itu tiada lagi gangguan dari woi woi dan minggu tu juga Rishi beli tiket flight balik Nepal. Lepas 3 tahun baru datang Malaysia balik dan bekerja di universiti aku tu.

Begitu lah alkisahnya.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan atau testimoni. Jom kita tengok

Staycation @ Laman Sentosa Kuantan - Ada Bathtub!

Staycation @ Laman Sentosa Kuantan - Ada Bathtub! Mandi bunga buang sial gitewwww 5 hari cuti. Persoalannya sekarang adalah nak kemana. Sempat jugaklah menggodek itinerari ke Bangkok tetapi rasanya terlalu rushing, tak sempat nak buat research. Sebabnya iols ni jenis yang suka kaji selidik dulu sebelum buat sesuatu trip. Okay then kita decide dalam negara sahajalah. Port Dickson, Melaka, Genting Highlands, Cameron Highlands dan semua tempat pelancongan lain sudah tentu ramai manusia. Godek punyak godek, tersinggahlah kat Laman Sentosa on the net, teruih jatuh hati dengan outdoor bath tub dan deco boutique hotel tersebut yang sangat memikat hati iols. Lalu iols decide untuk staycation kat Laman Sentosa Boutique Hotel , Kuantan, Pahang. Iols book melalui Agoda dan memilih garden suite, bilik yang mempunyai bath tub di luar. Total for 2 nights is around RM450 .  Iols suka sesebuah penginapan yang agak privasi, selesa, tidak ramai orang dan kalau boleh

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus? Seringkali saya diajukan soalan  "Okay tak fat burner ni?" "Apa fat burner terbaik kalau nak kurus?" "Perlu ke ambik fat burner kalau nak kurus?" "Ish tak bahaya ke?" Sebelum ni iols pernah sentuh sedikit cerita pasal fat burner KAT SINI . Apa Itu Fat Burner? Fat burner ni adalah supplement yang sering digunakan untuk membakar lemak. Kebanyakkan fat burner yang terdapat di pasaran adalah bersifat termogenik. Apa Itu Termogenik? Ianya adalah proses peningkatan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan tinggi --> lebih banyak kalori akan dibakar. Contohnya: Tanpa fat burner   : penggunaan kalori harian 2000kcal Dengan fat burner : penggunaan kalori harian 2200kcal Jadi, fat burner ni sebenarnya bukanlah membakar lemak secara langsung. Bukan makan je terus lemak uols tu cair gitu tau.  Antara bahan-bahan termogenik yang biasanya digunakan dalam fat burner adalah seperti kafein, guara

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein? Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang.  Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar. Serbuk protein boleh didapati daripada: Sumber haiwan seperti tenusu ( whey, casein protein ) dan telur ( egg protein ) Sumber tumbuhan seperti beras ( rice protein ), kacang soya ( soy protein ) atau kacang pis ( pea protein ). Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular 1. Whey Protein Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan.  Mempunyai beberapa kelebihan:  protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. M udah larut dalam air. Ada 3 jenis: Whey Protein Concentrate (WPC) - M engandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berbanding jenis protei