Skip to main content

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Part 2)

Baca Bahagian 1 SINI 

Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari

Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!!

Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7.

Suatu weekend, apek tua called minta dia datang pagi sebab ada orang nak mesin rumput. Rishi datang pagi tu buka gate, ada Bangla dua orang dah tunggu dengan mesin rumput.

Masa ni Rishi dah tak pinjam motor member, dia sewa kereta je setiap minggu. So lepas buka gate Rishi cakap dalam pukul 3 dia datang balik, kalau dah settle, boleh pulang terus tak payah tunggu.

Pukul 3, Rishi sampai tengok rumput-rumput kering bertebar kat laman tak berkaut dan mesin rumput dua biji kat parking bay rumah. Bangla-bangla nya hilang. Disebabkan takde contact number, terpaksalah Rishi menunggu. Lebih kurang dekat pukul 4, baru nampak batang hidung.

Rishi marah lah sebab kena tunggu lama, dia tanya apasal tak settle lagi.

And then, Bangla-bangla tu tanya..

Tuan rumah ni sakit ke?

Rishi cakap lah, sakit apanya? mana ada orang dalam rumah ni.

Then Bangla tu cerita diaorang terdengar orang menangis dalam rumah. Mula-mula menangis biasa je, tak lama lepas tu dah start meraung. Rasa serba salah pulak Bangla dua orang ni sebab macam ganggu privasi tuan rumah. Sebab lama sangat meraungnya, Bangla ni suspek ada something wrong, mana tau cry for help ke apa kan, so dua orang ni pergila ketuk pintu. Bila ketuk pintu, lagi kuat meraungnya.

Bangla-bangla terasa menganggu agaknya dengan bunyi mesin rumput dan decided untuk break kejap dengan niat mungkin orang tu akan cool down kejap lagi.

Tapi bila suara yang menangis tadi tiba-tiba tergelak, dua Bangla ni ambil keputusan lebih baik blah dulu dan tunggu sampai pukul 3 time Rishi datang semula. Rishi cerita yang Bangla tu cakap masa menangis suara perempuan, tapi masa tergelak tu kejap suara lelaki, kejap suara perempuan. Bukan macam ada dua orang tergelak tapi suara yang sama bertukar-tukar jantina.

Rishi pergi ketuk pintu tanya siapa ada kat dalam dan seperti dijangka tiada jawapan. Lepas marah-marah dan berlagak boss lebih kurang, Bangla-bangla tu kasi settle kerja diaorang dan balik.

Pagi tu Rishi singgah rumah macam biasa untuk tutup suis fuse box. Sebelum nak blah tu, dia rasa curious dengan cerita Bangla tadi, so dia cari batu dan baling ke atas bumbung beberapa kali. Lepas dah macam confirmed tiada apa-apa, dia masuk dalam kereta nak balik. Baru nak tutup pintu, pintu dalam rumah dihempas kuat.

Rishi keliling rumah buat checking. Check fuse box, ok dah tutup. Check pintu depan, berkunci, check pintu belakang pulak, ok  berkunci. Kemudiannya dia tinjau kat tingkap dapur. Sambil tinjau, Rishi suluh ke dalam dengan lampu suluh. Di sinki ada beberapa pinggan dan cawan plastik.

Di panjang lagi suluhan dari dapur terus ke ruang tamu.

Menurut Rishi, dia nampak ada lembaga hitam berbentuk manusia sedang bercangkung. Sekali lihat pada mulanya Rishi ingatkan perabot. Tiba-tiba "perabot" tu mula berayun (rocking).

Masa tu Rishi yakin ada orang dalam rumah sebab bagi dia, kalau rupanya macam orang, bentuk badannya macam orang..so oranglah! Lagipun benda alah tu ada kaki dan hantu mana ada kaki!

Rishi ketuk-ketuk tingkap pakai cota. Makhluk tu tak menjawab dan terus buai-buai badannya. Tanpa buang masa Rishi capai handphone dan call apek tua.

Mula-mula tak di angkat, Rishi call lagi, masih tak angkat. Kemudian Rishi di call oleh apek tua dan seperti biasa marah-marah ingat Rishi terlupa lagi. Tak endahkan bebelan apek tu, Rishi bagitahu kat dalam rumah ada orang dan dia sedang melihatnya sekarang.

Rishi masih ingat apek tu hanya mengeluh "haiyaa..." dan tak bersuara lama sampai Rishi cakap hello beberapa kali.

"Rishi, you switched off the board already ya?"

"Yes boss"

"You go home then"

Ketenangan suara apek tu buat Rishi lagi nak tau pasal benda dalam rumah. Dia cuba bakar sikit...

"Boss..I call the police okey?"

Apa melompat apek tu dan warning Rishi supaya tak mengada-ngada nak call polis bagai.

Rishi "paksa" apek tu cerita juga apa kes rumah ni sebenarnya. Dia justified dengan argument yang ikut agreement Rishi guarding rumah takde orang.

Sampai la apek tua tu give up dan cuma bagitahu, itu "security guard" untuk dalam rumah.

Walaupun masih tak puas hati dengan jawapan yang diterima, Rishi dah malas nak panjangkan isu ni. Lagipun dia nak balik tido.

Di suluh lagi ke makhluk tadi sebaik hang up handphone dan hanya lantai simen yang kelihatan. Rishi cuba suluh seluruh ruang dalam rumah mencari makhluk mencangkung tadi.

Bunyi tapak kaki berlari di lantai kedengaran di bahagian bilik. Rishi dekatkan telinganya ke tingkap dan dia dapat dengar dengan jelas bunyi pintu di buka, bunyi orang berjalan dan bunyi seakan seseorang menghempaskan badan ke tilam spring.

Kemudian ada ketukan di tingkap dapur dan Rishi dengan pantas menuju ke sana, only to be greet dengan wajah yang sama di bahagian transparent tingkap dapur tersebut.

Anak mata makhluk tu terpaku ke arah Rishi dan mengekor aja pergerakannya.

Rishi ni boleh pulak cabar-cabar benda alah tu. Dia panggil-panggil pakai wei, hoi, wei...dan ajak keluar pakai tangan macam nak bergadoh.

Tiba-tiba makhluk tu tekap mulutnya ke tingkap sambil menganga. Rishi cakap lembaga tu takde gigi, gusi aja melekap sambil lidahnya menjilat-jilat cermin.

Buat pertama kali, Rishi merasa takut. Takutnya itu sampai kakinya terkunci dan terjatuh ke belakang. Rishi cakap yang paling seram bila tombol pintu dapur berputar-putar macam orang cuba buka dari dalam.

Masa ni Rishi dah terjerit-jerit minta tolong, tak kisah la takde orang dengar pun, sebab dah takut teramat sangat. Dipaksa kakinya bergerak sampai tergali tanah kerana dikuis kakinya.

Bila dah boleh bergerak, Rishi berlari ke kereta dan cepat-cepat meninggalkan rumah. Pintu gate tak dikunci dan Rishi tak peduli dah.

Semenjak dari hari itu, Rishi dah tak berani nak dekat dengan rumah berhala itu dan cuma lepak kat post guard. Setiap kali time kena tutup suis, dia layan wiski murah yang beli kat KK mart tu sampai mabok then baru pergi tutup suis.

Next time aku cerita macam mana si Rishi ni kena fired gara-gara rumah hantu itu.

Baca Bahagian 3 

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan atau testimoni. Jom kita tengok

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus? Image: Unsplash/ Nature Zen Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi.  Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? 😋 Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols? Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian.  Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus? Baca: Nasi Penyebab Kegemukkan? Apakah Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus? Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu mengurangkan

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin

Jom Manjakan Diri!

Gituuhh sangat tajuk. So the promote and marketing punya ayat. Tapi iols promote ikhlas dari hati kerana iols berpuas hati dan barang baik harus dikongsi. Iols ni dulu-dulu mana reti manjakan diri dengan berspa, bermanicure-pedicure, berfacial, buat treatment rambut semua nih. Tu yang sendu dan kurang laku tu. Masa tu iols fikir itu semua tak penting. Kononn. Padahal iols belum mampu nak berfefeeling manjakan diri.  So 2 tahun lepas barulah iols starts berkecimpung dalam bidang penjagaan dan pemanjaan diri. Itu pun Cik Pah dan Cik Meow yang pengaruh iols. Kemain diorang nih. Pilihan weols adalah Herbaline di Lot 10.  Disebabkan Lot 10 jauhhhhhh sangat, untuk facial seterusnya iols switched branch to Herbaline Philea The Mines Resort and I've NEVER look back since then. I LOVE THIS PLACE! Herbaline terletak di lobi hotel Philea Mines Beach Resort yang menggunakan konsep "beach in the city". Bila melangkahkan kaki ke dalam lobi hotel, terasa diri seda

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein? Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang.  Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar. Serbuk protein boleh didapati daripada: Sumber haiwan seperti tenusu ( whey, casein protein ) dan telur ( egg protein ) Sumber tumbuhan seperti beras ( rice protein ), kacang soya ( soy protein ) atau kacang pis ( pea protein ). Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular 1. Whey Protein Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan.  Mempunyai beberapa kelebihan:  protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. M udah larut dalam air. Ada 3 jenis: Whey Protein Concentrate (WPC) - M engandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berbanding jenis protei