Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Food is LOVE

Biskut hup seng, kadang-kadang biskut Osborne. Memang legend. Makanan yang TERSEDAP di dunia ni uols, selalunya bukanlah makanan yang paling eksotik, yang paling mahal ataupun yang paling rare. Percaya atau tidak, makanan yang tersedap di dunia selalunya makanan yang tersangatlah simple, tersangatlah humble. The best food in the world is often the food we grow up with. Betul tak uols? Makanan ni, bukan setakat makan dan mengenyangkan perut tapi seringkali terikat rapat dengan memori dan kenangan manis. Memori dan kenangan manis apa lagi yang terbaik kalau bukan memori ketika zaman kanak-kanak? Zaman kanak-kanak iols dulu takdelah iols membesar dengan makanan yang canggih complicated macam zaman sekarang nih. Kalau KFC tu memang special occasion sangatlah. Berikut merupakan senarai favourite iols: 1. Nasi dengan telur goreng dan kicap Nasik panas dengan telur goreng. Ahhh terbaik! 2. Nasi dengan sardin 3. Nasik dengan ikan goreng Legend! 4. Maggi Mee

DIY Workout Tank Top

Hari sabtu tu uols, Cik Panda Perempuan Sihir pergilah Caring Pharmacy kat mall ni nak beli tuala wanita. "Em Miss, hari ni kita takde plastik tau." Ah sudah.  Iols memang takde bawak shopping bag, handbag cinonet je tak muat nak sumbat. Sudah lah beli jumbo pack plak tu. Tak jadi beli tak boleh pulak sebab memang dah habis. Nak tak nak terpaksalah iols kendong jumbo pack tuala wanita tu keliling mall ye. Yang penting confident khennn. By the way, iols tetibe minat pulak DIY DIY ni. Seronok buat sesuatu from scratch gitu kan. Selepas DIY WALL ART  yang hidup segan mati tak mau tu, kali ni kita DIY workout tank top pulak. Iols suka pakai tank top macam ni masa workout sebab si Perempuan Sihir ni kalau eksesais, peluhnya ya ampun, MERECIK! Jadi bila pakai tank top macam ni, baju tu takdelah basah lenjun sangat. Baju basah tu berat hokay. Nike (my fav), Adidas even Cotton On ada jual tank top macam ni tapi harganya pada pendapat iols sangatlah tidak berbalo

Lelaki Sado Bermulut Puaka?

Kadang-kadang iols meratapi nasib diri kerana hidup asyik dikelilingi oleh lelaki bermulut puaka.  Tidak percaya? Baca kisah-kisahnya DISINI , SINI dan SINI Tapi kerana iols ni perempuan sihir berhati kental, maka iols harus menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah. Iols kan, memang pantang la kalau ada lelaki yang cuba nak kontrol cara pemakaian ke dress up iols tau. Ada sekali tu iols keluar berjalan kat mall. So sebelum keluar kereta tu, iols nak pakai blusher (tu pun tint je hokayyy, bukan blusher yang powder tuh) "You tak payah lah make up tebal sangat." Halo! Mekap tebal tengkorak hang. Iols ni la manusia mekap paling tak tebal hokay.  Setakat bedak tepek selapis, kening lukis, maskara selayer, cheek and lip tint tu lelaki mulut puaka tu cakap tebal. Tapi bila ada gegadis metropolitan/hijabista make up full face, coloured contact lense, bulu mata palsu bagai, dia pi tengok ataih bawah macam tak pernah tengok pompuan. Bertuah punya jant

DIY Wall Art

Disebabkan iols ni calon isteri terbaik, maka haruslah iols tip top dalam pengurusan domestik yang kreatif, efisien dan cost-effective gitu kan. Muntah. Di ruang tamu iols, dindingnya agak kosong dan dah lama cari penyeri dinding yang berkenan dihati tetapi ternyata lebih susah daripada mencari jodoh. Konsep rumah iols ni, iols nak buat ala-ala resort bali pokok-pokok hijau warna neutral tenang dan aman gitu kan. So nak cari wall art ke painting yang bercirikan pokok-pokok atau tumbuhan hijau.  Tapi susah nauuuu. So nak dijadikan cerita, iols belilah multi-photo frame ni kat Ikea, RM29.90 dan lukis sendiri jeh. Lepas tu gigih beli watercolour dengan brush dia bagai. Gigih la iols sepetang tu melukis. Senang jeh, uols bukak pinterest ke Google Image ke lepas tu uols tiru la sebijik lukisan-lukisan tuh.  Sekali tengok macam cantik macam beli je wall deco ni, dua kali tengok macam lukisan budak tadika baru belajar mewarna. Hampeh.

"Eh you dah gemuk"

Ahh sudah. Satu ayat, 4 perkataan yang bisa bikin jiwa berkecamuk. Cik Panda Perempuan Sihir yakin kebanyakkan uols pernah berada dalam situasi ni kan? Walaupun iols bersenam dan jaga makan, nak achieve healthy lifestyle katanya, iols takkan pernah lari daripada menerima ayat seperti di atas daripada manusia bermulut puaka disekelilling. Sebab iols ni manusia dan seorang perempuan yang tidak pernah lari daripada weight fluctuations.  Berat badan/bentuk fizikal seorang perempuan cepat berubah bergantung kepada hormon, stress, keadaan emosi semasa. Ada orang tu, kalau tengah patah hati, berat jatuh mendadak. Ada orang tu pulak, naik berat badan sebab makanan adalah peneman dikala broken hearted. Ada pulak si minah ni, masa stress kurus keding sebab selera makan ikut berkecamuk. Ada pulak orang tu masa stress tu la selera makan dia mencanak. Ha, tapi yang pasti, perempuan kalau tengah bahagia hati senang tak payah makan pun naik badan uols. Zat makanan ambik dari proses foto

Deko Laman Kecil

Minggu lepas sis ada post gambar makeover laman rumah yang siap dalam masa 3 hari. Rupanya ramai jugak yang ingin mempunyai laman yang cantik dan kemas kan. Ye la, balik kerja stress petang-petang. Jadi kalau ada laman yang kemas, hati pun sejuk dan tenang je.  So uols pun bertanya-tanya macam mana sis buat laman tu? Ahh senang aja. Janji ada kerajinan, kemahuan dan sudah tentunya kena ada modal sikit.  Laman yang sis makeover tu adalah laman rumah mak weols. Sedeh nengoknya terbiar macam tu. Sayang tak buat apa-apa sebab lokasi dan saiz dia penuh dengan potensi untuk menjadi sebuah laman yang cantik. Idea untuk deko laman itu memang ada cuma proses melaksanakannya membuat otak sis jam. Tanah rumah tu mendap dan turun beberapa inci. Jadi ada ruang yang perlu diisi supaya laman itu nanti sama rata dengan konkrit rumah. Mana lagi nak tanam bunga, rumput dan deko? Sebenarnya sis tak tau macam mana nak mula sehinggalah satu hari tu, iols ikut sepupu sis, si JJ beli tiles. S

Makcik Kepoh: Nak Kancil Atau Honda Civic?

Makcik Kepoh: Nak Kancil Atau Honda Civic? Ini merupakan cerita pedoman yang wajib dibaca oleh anda semua. Alkisahnya, ada dua orang jejaka. Kita namakan diorang A dan B la ye dan seorang makcik bawang yang mempunyai anak gadis. Dua-dua kacak, cukup sifat, sihat tubuh badan. Pendek kata tiada cacat cela dimata gegadis gedik yang gatal nak bersuami. Mak-mak gadis lagi tak usah cakap. Lagi excited la buat menantu. Kita mulakan dengan kisah si A. Si A ni seorang pemuda yang sangat simple, penuh budi bahasa, sangat menghormati orang, penyabar dan bertanggungjawab. A bekerja sebagai pemandu jentolak saja.  Ala, yang korek-korek tanah pakai Kobelco tu.  Pemakaian pula biasa-biasa saja. Ye la, kerja buruh kasar berhujan berpanas takkan la bersuit Amani, berjam tangan mahal, berkasut kulit buaya kan? Si A mempunyai sebuah kereta kancil berwarna merah. Cukup sekadar untuk dia pergi balik kerja.  Kehidupan si A ni pula sama simple seperti pemakaian dia. Makan pun selera kampu