Skip to main content

Makcik Kepoh: Nak Kancil Atau Honda Civic?

Makcik Kepoh: Nak Kancil Atau Honda Civic?

Ini merupakan cerita pedoman yang wajib dibaca oleh anda semua.

Alkisahnya, ada dua orang jejaka. Kita namakan diorang A dan B la ye dan seorang makcik bawang yang mempunyai anak gadis.

Dua-dua kacak, cukup sifat, sihat tubuh badan. Pendek kata tiada cacat cela dimata gegadis gedik yang gatal nak bersuami.

Mak-mak gadis lagi tak usah cakap. Lagi excited la buat menantu.

Kita mulakan dengan kisah si A.

Si A ni seorang pemuda yang sangat simple, penuh budi bahasa, sangat menghormati orang, penyabar dan bertanggungjawab. A bekerja sebagai pemandu jentolak saja. 

Ala, yang korek-korek tanah pakai Kobelco tu. 

Pemakaian pula biasa-biasa saja. Ye la, kerja buruh kasar berhujan berpanas takkan la bersuit Amani, berjam tangan mahal, berkasut kulit buaya kan?

Si A mempunyai sebuah kereta kancil berwarna merah. Cukup sekadar untuk dia pergi balik kerja. 

Kehidupan si A ni pula sama simple seperti pemakaian dia. Makan pun selera kampung. Bawak bekal je pergi keje.

Waktu lapang dihabiskan dengan hobi seperti memancing, bertukang dan berkebun. 

Pendek kata, A jenis orang yang hidup ala kadar, merendah diri. Tidak perlu bermewah cukup sekadar selesa.

Manakala si B pula adalah seorang pekerja gomen.

Wow kerja gomen. Makcik bawang sudah mula berpeluh ketiak gelabah menahan ke-excitedan dia.

Tapi B mempunyai masalah attitude. Selain ego dan sense of entitlemet yang tinggi, B juga suka menunjuk-nunjuk kemewahan dan meninggi diri.

Memang lumrah apabila bekerja di pejabat, B perlu menjaga penampilan berpakaian kemas sentiasa. 

Tapi B merasakan pakaian yang dibeli di Aeon/Giant/Tesco/Parkson tidak sesuai dipakai oleh seorang pekerja gomen seperti dia.

Oleh itu, B sering membeli belah di Topman, Guess, Levi's dan butik-butik high end yang lain. 

Jika dulu, motosikal menjadi pengangkutan utama B. Tapi itu dulu. Sekarang B kehulu-hilir dengan Honda Citynya yang baru. Berkilat-kilat sebab cuci setiap minggu. Sayang betul B dengan keretanya itu. 

B ni pulak tekak western. Tony Roma's, TGIF, Ben's sebut saja restoran eksklusif yang memang ternyata mahal, itulah kegemaran B. B tidak akan makan nasik campur gerai tepi jalan. 

"Not my level" katanya.

Hobi lagi tak payah cakap. Big bikes ni memang kegemaran B. Cuma tunggu loan approved je nak beli big bike satu, boleh join konvoi merentasi satu Malaysia. 

Terasa satu kepuasan dan penuh macho jantan sejatilah bila menunggang motor berkuasa besar seperti itu.

Nak dijadikan cerita, kedua-dua A dan B ni sedang mencari calon isteri. Kebetulan dua-dua berkenan pada gadis yang sama, iaitu anak si makcik bawang tadi tu.

Makcik bawang ni pulak tanpa teragak-agak, tak perlu berfikir panjang terus menerima B kerana merasakan B kerja gomen, ada kereta besar, kacak bergaya, sudah tentunya mampu menyara anak gadis dia.

Maka si makcik bawang ni pun banggalah dok canang-canang kat orang kampung dia yang bakal menantu dia ni banyak duit, ada kerja yang bagus, ye lah kerja gomen.

"Untung kau kiah. Terjaminlah hidup anak kau lepas ni. Daripada engkau pilih si A tu. Kerja pun ntah pape, drebar kobelco. Kereta pun kancil cabuk tu. Takdela anak engkau nanti hari-hari makan ikan masin kan." kata makcik puaka pulak sambil gelak-gelak sinis.

Mak kiah tersengih riang merasa bangga kerana bermenantukan B dan mula membayangkan rantai emas yang akan dia minta dari B.

Tapi yang sebenarnya...

Walaupun A sekadar seorang pemandu jentolak, gaji bulanan dia boleh mencecah RM5000. Dan memandangkan dia seorang yang tidak suka bermewah dan hidup ala kadar, setiap bulan dia akan bagi duit kat mak dia, bayar kereta dan komitmen yang lain. 

Duit yang selebihnya, selain dijadikan simpanan, digunakan untuk membeli sebuah rumah yang selesa untuk keluarga dia nanti.

Dan B pula, memang dia kerja gomen tapi sebagai seorang kerani yang sudah tentu gajinya tidak mencecah RM5000. Setiap bulan gajinya habis begitu sahaja untuk maintain gaya hidup dia yang mewah. Setiap bulan dia akan meminjam duit daripada kawan-kawan.

Setiap bulan meminta duit daripada ibunya.

Tidak salah kalau seseorang itu ingin bermewah tapi pastikan mampu untuk berbuat macam tu la kan. 

Apa yang sering kita lihat, yang bermewah di depan kita selalunya memandang rendah orang lain yang hidup ala kadar. Tapi nanti hujung bulan, dengan yang ala kadar tu jugaklah si mewah ni pinjam duit.

Yang ala kadar ni bukan tak mampu nak bermewah tapi bagi mereka, kemewahan harta benda bukanlah segalanya dalam hidup.

Not everything is what it seems.

Iols ni dulu ada seorang kawan. Berkerjaya, kacak bergaya, bermoto besar tapi pinjam RM150 (mula-mula mintak RM300 tapi iols yakin dia takkan bayar balik) dari iols yang hanyalah kerja biasa bawak kereta second hand ni.

Hutang tak bayar tapi mampu pulak beli kereta baru. Uols rasa?

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan atau testimoni. Jom kita tengok

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian dan buka

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein with the purpose to add

Guide To First Dates For Dummies

Guide To First Dates For Dummies While I'm not exactly an expert in relationships, first dates, and stuff, I've had a few learning experiences and a panel of consultants.  I feel the need to share with you, especially guys, a few do's and don'ts of a first date.  Basically to give you some idea of what girls expect on a first date and to save you from embarrassment and disappointments from not securing a second date.  1. Dress To Impress DO NOT underestimate the power of dressing. You only have one chance at making a good first impression.  You don't have to wear something expensive or trendy. Just something tidy, presentable, smart, or casual. Something you are comfortable in. Jeans, a nice shirt and shoes would be fine.  No short pants, slippers, and ratty t-shirts. If you want to wear shorts, wear them with a shirt (with collar) and shoes instead. Hair should be presentable, facial hairs trimmed and tidy, no bad breath or body odour.  Use cologne or perfume,

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus? Image: Unsplash/ Nature Zen Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi.  Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? 😋 Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols? Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian.  Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus? Baca: Nasi Penyebab Kegemukkan? Apakah Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus? Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu mengurangkan