Skip to main content

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

Image: Unsplash/ Nature Zen

Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi. 
Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? šŸ˜‹

Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols?

Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian. 

Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus?

Apakah Itu Meal Replacement?

Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi.

Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus?

Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu mengurangkan pengambilan tenaga harian(defisit kalori).

Bila anda dalam keadaan defisit kalori, maka berat badan pun akan turun.

Bayangkan dalam sehari, jumlah pengambilan kalori uols seperti dibawah:

Sarapan: Roti canai 1 keping dengan kuah dhal + teh tarik 1 gelas - 500kcal

Makan tengah hari: Nasi campur kuah banjir + ayam goreng - 800kcal

Minum petang: Karipap 2 ketul + teh tarik kurang manis - 300kcal

Makan malam: Nasi goreng ayam- 600kcal

Jumlah pengambilan kalori seharian: 2200kcal

Okay, lepas tu bayangkan uols ganti 1 hidangan utama dengan meal replacement:

Sarapan: Roti canai 1 keping dengan kuah dhal + teh tarik 1 gelas - 500kcal
Makan tengah hari: Nasi campur kuah banjir + ayam goreng - 800kcal
Minum petang: Karipap 2 ketul + teh tarik kurang manis - 300kcal
Makan malam: Meal replacement - 200kcal

Jumlah pengambilan kalori seharian:1800kcal

Ha, ada pengurangan 400kcal dalam sehari. Banyak juga tu. 

Manfaat Meal Replacement Shakes

šŸŽ Rendah kalori
šŸŽ Diperkaya dengan vitamin dan mineral penting
šŸŽ Mudah untuk disediakan, hanya goncang dan pergi.
šŸŽ Cara yang mudah untuk membekalkan badan anda dengan keperluan dan pemakanan seperti hidangan penuh tanpa kalori yang tinggi
šŸŽ Membantu mengawal nafsu makan/ cravings untuk snek, jajan yang sudah tentu akan mensabotaj usaha penurunan berat badan anda.

Tapi, Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

JANGAN GUNAKAN
kalau uols terlalu bergantung pada produk seperti meal replacement atau fat burner, tak nak bersenam, tak nak jaga makan.

Ye betul uols boleh kurus apabila minum meal replacement tapi kalau masih tak reti kawal pemakanan, berat akan naik balik apabila uols berhenti minum.

Meal replacement is a short-term solution but not a great long-term solution. 

A better long-term solution is habit or lifestyle changes. 

BOLEH GUNAKAN
kalau diet keseluruhan uols baik e.g amalkan suku-suku separuh, kurangkan minuman manis dan pandai mengawal pemakanan. Amalkan kehidupan yang cergas 

Ingat uols, dalam kita nak turunkan berat badan, 80% adalah daripada pemakanan atau diet dan 20% lagi adalah faktor lain-lain seperti bersenam, stress , fat burner etc.


Kalau korang berjaya mengawal diet, korang dah capai 80% kejayaan. 

So, macam mana? Rasa-rasanya perlu tak meal replacement untuk kurus? 

Kalau uols berminat nak tahu lebih lanjut tentang meal replacement, boleh baca post dibawah tau


Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...