Skip to main content

Diet Telur: Patut Tak Korang Cuba?

Diet telur ni sebenarnya dah lama popular dalam media sosial.

Baru-baru ni, cerita diet telur timbul lagi apabila Ifa Raziah dikatakan hilang berat badan banyak hanya dengan mengamalkan pengambilan 10 biji telur sehari dan minum jus atau air apabila muak dengan telur.

Biar betik.

Maka ramailah yang berhajat dihati untuk mengamalkan diet yang sama.

Badan kita semuanya lain-lain. Apa yang berkesan untuk Cik A, tidak semestinya berkesan untuk Cik B atau C.

Sebelum kita memulakan apa-apa program diet, tak kisah lah diet telur ke epal hijau ke rumput ke oksigen ke, pertama sekali kita kena tanya diri kita dulu:

"Adakah ini cara pemakanan yang I dapat amalkan sepanjang hidup?"

Mungkin sepanjang hidup terlalu bercita-cita tinggi. Cuba bayangkan samada benda tu kita boleh amalkan untuk setahun.

Kalau tak, kuburkan sahaja niat diet tu.

Kenapa?

Sebab diet atau cara hidup sihat adalah gaya hidup, LIFESTYLE yang memerlukan komitmen dan disiplin. Ianya bukan quick fix atau jalan shortcut.

"Tapi diet telur tu berkesan. Ramai je kurus dengan cepat."

Berat yang turun mendadak atau sangat cepat adalah berat air. Ni iols dah cerita KAT SINI

Apa yang kita nak dalam penurunan berat badan adalah lose fat dan bukannya lose weight/ lose water/ lose muscle

Bila tabiat makan kita kembali seperti manusia normal yang lain, berat air tu pun akan kembali.

Sebab tu apabila seorang yang kurus hanya dengan crash diet dan tidak bersenam, ye memang dia cepat turun dan percayalah, kebanyakkan mereka ini dalam jangka setahun akan kembali ke berat asal.

Malah lagi teruk kalau berdouble-double tambahnya berat tu. Kemurungan tahap terjun bangunan terus tau.
Diet yang menjanjikan result bombastic dalam masa singkat, hilang 5kg dalam 5 hari etc ni kita panggil fad diets.

Apa itu fad diet?

Fad diet adalah diet yang menjanjikan korang kurus cepat i.e lemon juice diet.

Fad diets ni selalunya kita akan kurus dalam jangka masa pendek tapi sukar untuk diamalkan untuk jangka masa panjang. 

Diet yang sebegini bukan sahaja tidak sihat malah boleh membahayakan kesihatan kita. 

Habis tu kalau tak berkesan, kenapa fad diet ni sangat popular?

Sebab lumrah manusia nak sesuatu yang mudah dan cepat. Tidak hairanlah selain skim cepat kaya, skim cepat kurus juga sangat popular.

Fad diets berkesan selagi kita amalkan diet tu (mampu ke makan telur je seumur hidup?)

Apa-apa jenis diet yang mengurangkan berat dengan cepat mempunyai kesan yang sedikit sahaja terhadap lemak badan. 

Kebanyakkan fad diet mempunyai prinsip yang sama iaitu pengambilan kalori yang sangat sedikit.

Ini memang logik sebab kalau nak kurangkan berat badan, pengambilan kalori harus dikurangkan.  

Tetapi apabila pengambilan kalori terlalu rendah, badan kita akan mula break down otot untuk tenaga. (otot lebih mudah digunakan berbanding lemak).

Apabila otot digunakan, badan kita akan hilang air dan kadar metabolisme pun turun. 

So bila kita berhenti mengamalkan fad diet tu, badan lebih cenderung untuk menambah berat dan lemak berbanding sebelum diet. 

Kalau kita mengambil masa 5 tahun untuk jadi gemuk, tak logik la kan nak hilangkan semua berat berlebihan tu dalam masa seminggu?

Nak kurus pun biarlah dengan cara yang sihat. Badan tu lama lagi nak pakai. Diet telur tidak sihat untuk jangka masa panjang ya.

Kenapa?

Badan kita perlukan pelbagai nutrien, vitamin, minerals, serat dan bukannya protein dan lemak sahaja. Nutrien ni boleh diperolehi dengan pengambilan pelbagai jenis makanan.

Seringkali masalahnya bukan lah jenis makanan yang kita makan semata-mata, tetapi lebih kepada kuantiti yang betul.

You can eat anything but moderation (portion size) is key. 

CPPS memang suka makan telur rebus untuk sarapan atau sebagai snek tetapi untuk makan telur sahaja dalam sehari memang idok lerrrrrr.

Lagipun kan makan tu satu nikmat. The trick is to eat smartly. 

Okaylah penat plak iols nak bebel. Nak pegi makan pizza jap.

Zaaasss roger and out. 

Read HERE, HERE

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia?

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia? Update as of July 2023: Unfortunately, Book Depository has closed on 26th April 2023 😢 I love books and on average, I read about 1-2 books a month.  I'm not very fussy about the condition of books as long as I have exciting stories to read. And because books can be expensive, here are my go-to-places for cheap & affordable books: Bookxcess  - 1st hand, brand new books Booksnbobs - Quality, preloved books at affordable prices Carousel - for cheap, preloved books that I can't find elsewhere like this Babylon series Booksonthemove - Loved this initiative of book exchange! I used to visit the one in The Linc KL then boom! MCO so I can't travel more than 10km. sad. Big Bad Wolf Books on Shopee  - cheap! Anyway, I just recently discovered The Book Depository , an online book store based in the UK and has a wide selection of books on topics I couldn't find here in Malaysia. I've always bee...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...