Skip to main content

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita


Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena?

Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan. 

Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang perut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya.

Apa Itu Probiotik?

Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman.

Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad.

Sistem penghadaman kita (gastrointestinal) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat)

Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu mengimbangi dan mengawal pembiakan bakteria jahat dan pastikan badan, terutamanya sistem pencernaan kita dalam keadaan yang baik.

Namun begitu, keseimbangan bakteria dalam badan kita ni boleh terganggu disebabkan beberapa faktor dalam kehidupan seharian. 

Apabila bakteria jahat ni lebih banyak daripada bakteria baik iaitu probiotik, ketidakseimbangan ini boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu.

6 Faktor Yang Menganggu Keseimbangan Mikroflora Usus  

1. Penggunaan Antibiotik

Antibiotik membunuh kedua-dua bakteria jahat dan baik. Bukan setakat presciption daripada doktor, malah makanan terutamanya haiwan ternakan juga ada mengandungi antibiotik.

2. Pengambilan Gula Yang Berlebihan

Gula adalah makanan bakteria jahat. Dan kita orang Malaysia memang diketahui sangat mengemari makanan dan minuman yang manis. 

Bukan setakat minuman yang manis, masakan kita juga banyak mengandungi gula. Contohnya bila kita masak sambal, kena letak gula untuk imbangi rasa pedas. Sate kita pun lebih manis rasanya banding sate masyarakat Indonesia. 

Hari tu weols tengok rancangan cari makan. Kebetulan masa tu host dia carik makan kat Malaysia dan diorang makan sate. Ditunjukkan juga cara-cara buat sate tu. Mak aihh banyak betul gula dia masukkan. Tahap potong kaki punyalah.

3. Tabiat Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak makan sayuran dan buah-buahan dengan mencukupi dan terlalu banyak makanan terproses juga boleh menyebabkan mikroflora usus kita terganggu.

Ini kerana makanan yang kita makan, terutamanya sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna mengandungi beberapa nutrient berbeza yang membantu probiotik untuk membiak.

Tabiat pemakanan yang terdiri daripada pelbagai jenis nutrient ni juga membantu pembiakan berbagai-bagai jenis probiotik dan memastikan mikroflora usus yang lebih diverse.

4. Kurang Pengambilan Prebiotik

Prebiotik adalah sejenis serat yang tidak dapat dicerna oleh badan dan merupakan makanan untuk probiotik dalam usus kita.

Ianya banyak terkandung dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin seperti oats. 

Jadi, apabila kita tidak makan sayur dan buah dengan mencukupi, logiklah kalau prebiotik pun tak cukup. Kesian probiotik dalam usus kita tu tak dapat makanan diorang dengan secukupnya.

5. Stress


Keadaan kita yang terlalu stress boleh menyebabkan sensitivity, mengurangkan pengaliran darah ke sistem pencernaan dan menganggu keseimbangn bakteria usus.

Stress juga dikaitkan dengan perubahan dalam jenis dan jumlah koloni bakteria usus kita. 

Terdapat beberapa kajian yang mempunyai teori dimana apabila kita didedahkan kepada stress yang terlalu tinggi, jumlah Lactobacillus dan Bifidobacteria akan berkurangan manakala jumlah bakteria jahat seperti E. coli akan bertambah.

6. Kurang Bersenam


Ha, jangan tak tau. Bersenam bukan untuk kurus je tau. Ada banyak kebaikan bersenam untuk kesihatan kita dan bukannya semata-mata untuk menurunkan berat badan.

Antaranya adalah memastikan keseimbangan bakteria usus kita dalam keadaan yang optimum.

Satu kajian dikalangan 19 wanita yang aktif dan 21 wanita yang tidak aktif melaporkan mereka yang aktif ni mempunyai lebih banyak bakteria baik, termasuk Bifidobacterium dan Akkermansia, dalam sistem usus

Bolehlah disimpulkan bahawa aktiviti fizikal yang kerap, termasuklah aktiviti berintensiti rendah atau sederhana adalah bermanfaat untuk ekosistem usus kita. 

Kebaikan Probiotik Untuk Kesihatan Kita

Menurut philosophy Hippocrates, Bapa Perubatan Moden 

"All Disease Begins In The Gut"

Sistem penghadaman kita bukanlah untuk mencerna makanan semata-mata. 

Ianya juga terlibat dalam pelbagai proses yang penting termasuklah:
  • Penyerapan vitamin dan mineral -Bakteria baik mampu menghasilkan vitamin B12, K) 
  • Keseimbangan hormon
  • Sistem ketahanan badan - 80% of our immune system is located in the gut.
  • Proses Detoks
  • Kesihatan Mental
Kesihatan usus pun memainkan peranan dalam kesihatan mental tau. Ni kita panggil Gut-Brain Axis.

So bayangkan kalau sistem pencernaan kita haywire, sudah tentu banyak sistem badan kita pun ikut bercelaru kan.

Antara Simptom Mikroflora Usus Terganggu:

  • Masalah penghadaman - Seperti kembung, senak perut, indigestion, cirit-birit, sembelit
  • Masalah kulit - alahan, eczema, jerawat dan sebagainya
  • Penyakit Autoimmune  
  • Jangkitan kulat - seperti Candida yang juga menyebabkan masalah keputihan dikalangan wanita ~ vaginal candidiasis
  • Daya ketahanan badan yang lemah - seperti sering demam, selsema dan batuk

Kebaikan Probiotik:

1. Meningkatkan Pencernaan Dan Penghadaman

Mikroflora usus yang seimbang membantu mengawal ketidakhadaman dan ketidakselesan perut selepas makan. Probiotik mempunyai kesan positif ketara terhadap sistem penghadaman kita.

Bila mikroflora usus kita seimbang, makanan yang kita dapat pun dapat dicerna dan diserap oleh badan dengan elok.

2. Mengurangkan dan Melegakan Gejala Cirit-Birit

Probiotik bukan sahaja terbutki secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit malah ianya dapat mengurangkan kekerapan dan memendekkan tempoh cirit-birit. 

Perasan tak bila kita ambik antibiotik, kita senang sangat dapat cirit-birit?

Probiotik ni mengembalikan keseimbangan mikroflora, yang terganggu akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

3. Menguatkan Daya Ketahanan Badan Melawan Jangkitan

Tahu tak sistem gastrousus (gastrointestinal) ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh kita?

Hari-hari sistem usus kita ni berdepan dengan pelbagai bendasing termasuk bakteria yang masuk kedalam badan kita melalui apa sahaja yang kita telan. 

Jadi kita kena pastikan usus kita penuh dengan bakteria baik yang kemudiannya akan melawan dan mengawal bakteria jahat ni daripada membiak di luar kawalan. Ini kemudiannya membantu badan kita untuk meningkatkan daya ketahanan terhadap jangkitan lazim seperti batuk, selsema, cirit-birit atau jangkitan pada saluran kencing (Urinary Tract Infection).

4. Menghasilkan Vitamin Yang Diperlukan Oleh Badan

Probiotik dalam tubuh badan manusia boleh menghasilkan vitamin K dan kebanyakan vitamin B yang larut air contohnya biotin, cobalamin, folates, nicotinic acid, panthotenic acid, pyridoxine, riboflavin, dan thiamines.

Makanan Yang Kaya Dengan Probiotik

Kegemaran sangat tempeh dan miso tu. Kebanyakkan makanan yang mengandungi probiotik adalah makanan yang dijeruk. 

Tapi kalau dalam pemakanan seharian korang jarang sangat makan makanan diatas, boleh lah nak consider untuk ambik supplement probiotik. 

1. GNC Probiotic Complex Multi-Strain 25 Billion CFU

Probiotik ni menggabungkan pelbagai strain bakteria baik, termasuklah LAB4, sekumpulan probiotik yang dikaji secara meluas dalam bidang klinikal untuk keselamatan dan keberkesanan.

Subjek untuk kajian-kajian klinikal terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk ibu mengandungi, bayi baru lahir dan kanak-kanak.

CFU per capsule: 25 Billion
Strain: 16 
Jenis bakteria: Live bakteria/ bakteria hidup
Jenis packaging: Individual capsule dalam strip/ blister
Prebiotik: FOS
Refrigeration: No


2. LACTO-5

Made in Malaysian dan disahkan Halal oleh Jakim. Supplement yang diformulasikan daripada 5 jenis probiotik tempatan. 

Yang unik tentang probiotik tempatan ni adalah ianya sesuai dengan pemakanan dan gaya hidup tempatan.

CFU per capsule: 10 Billion
Strain: 5 
Jenis bakteria: Spore-forming live bakteria/ bakteria hidup
Jenis packaging: Botol
Prebiotik: -
Refrigeration: No


3. California Gold Nutrition LactoBif

CFU per capsule: 5 Billion
Strain: 8 
Jenis bakteria: Bakteria aktif
Jenis packaging: Individual vege capsule dalam blister
Prebiotik: -
Refrigeration: No but highly recommended

Macam mana pulak dengan yakult atau vitagen?

Boleh jadi sumber probiotik yang baik tapi kena berjaga-jaga sikit dengan kandungan gula dalam minuman tersebut.

http://www.webmd.com/digestive-disorders/what-are-probiotics#2

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Deko Laman Kecil

Minggu lepas sis ada post gambar makeover laman rumah yang siap dalam masa 3 hari. Rupanya ramai jugak yang ingin mempunyai laman yang cantik dan kemas kan. Ye la, balik kerja stress petang-petang. Jadi kalau ada laman yang kemas, hati pun sejuk dan tenang je.  So uols pun bertanya-tanya macam mana sis buat laman tu? Ahh senang aja. Janji ada kerajinan, kemahuan dan sudah tentunya kena ada modal sikit.  Laman yang sis makeover tu adalah laman rumah mak weols. Sedeh nengoknya terbiar macam tu. Sayang tak buat apa-apa sebab lokasi dan saiz dia penuh dengan potensi untuk menjadi sebuah laman yang cantik. Idea untuk deko laman itu memang ada cuma proses melaksanakannya membuat otak sis jam. Tanah rumah tu mendap dan turun beberapa inci. Jadi ada ruang yang perlu diisi supaya laman itu nanti sama rata dengan konkrit rumah. Mana lagi nak tanam bunga, rumput dan deko? Sebenarnya sis tak tau macam mana nak mula sehinggalah satu hari tu, iols ikut sepupu sis, si JJ beli...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200ā€“400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

Kerabu Epal Hijau

Kembali kita bersiaran dalam edisi calon isteri terbaik dimana Cik Panda akan berkongsi resipi atau tips-tips domestic engineering. Ye la uols, walaupun iols ni belum berumahtangga tapi still ada rumah untuk diuruskan kan? Bukannya weols duduk hotel ada housekeeping, ada chef semua tu. Hari tu kawan iols bawak gi lunch kat nasi ayam chee meng yang famous tu. Kerabu mangga dia memang superb. Mempelam dia crunchy, cukup masam, cukup masin, cukup manis. Memang sedaplah. Try la nak buat kerabu mangga sendiri kan kat rumah tapi susah nak cari mempelam yang macam chee meng tu. Kalau ada pun, mempelam tu tak crunchy. So hari tu ternampak pulak orang post buat kerabu epal hijau. Ehh why not kan? Epal hijau pun masam-masam and crunchy. Selama ni epal hijau iols makan cicah garam jehh. So apalagi. Murah pun murah, senang dapat pulak tu kan? KERABU EPAL HIJAU 1 biji epal hijau 1/2 labu bawang besar (mayang, iols pakai yang merah tu) 1 biji cili secubit ikan bilis yan...

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein? Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang.  Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar. Serbuk protein boleh didapati daripada: Sumber haiwan seperti tenusu ( whey, casein protein ) dan telur ( egg protein ) Sumber tumbuhan seperti beras ( rice protein ), kacang soya ( soy protein ) atau kacang pis ( pea protein ). Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular 1. Whey Protein Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan.  Mempunyai beberapa kelebihan:  protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. M udah larut dalam air. Ada 3 jenis: Whey Protein Concentrate (WPC) - M engandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berb...