Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

CPPS Jatuh Cinta

Semasa road trip ke Ipoh-Penang baru-baru ni, cermin kereta belakang sebelah kanan CPPS turun sendiri lepas tu tak boleh dinaikkan. Okay takpe, abam sado Asim tolong tarik naik atas. 5km kemudian, turun lagi. Bahagian cermin ini adalah cermin yang pernah dipecahkan tahun lepas. Masa tu CPPS sakit hati bukan sebab cermin kereta dipecahkan tetapi kerana beg kerja CPPS yang mengandungi novel yang tak habis dibaca dicuri.  So berbalik kepada cerita cermin turun sendiri tu, memang kena buat cepat sebab jalan sikit je turun. Apabila balik ke KL, CPPS bawak pegi kedai Dr. Cermin di Bandar Tasik Selatan, tempat sama CPPS tukar cermin dulu. Sampai kat kedai, ada seorang Ah Chai, muda dalam awal 20an duduk atas moto pakai earphone. "Ya kak kenapa?" "Cermin kereta ai pandai turun sendirilah. You boleh tolong tengok?" Dia pun bukalah pintu depan bahagian penumpang kereta CPPS tu nak ambik kunci. "Kak you dulu pernah accident sini depan ah? Kenapa bukak

Motif Pembunuhan- HANGRY AF!

Pernah tak uols berada dalam situasi ini, dimana ianya sangat menguji kesabaran, mental dan emosi anda. Okay so katakanlah suatu hari tu uols lapar di waktu tengah hari. Belum makan apa-apa lagi daripada pagi. Tahap kelaparan uols ketika itu pula 80% (0- tidak lapar langsung, 100%- boleh membunuh orang). So uols ajak la kawan uols ni makan.  "Jom lah pegi makan. ai lapar ni." "Jom jom! you nak makan apa?" "Makan nasik campur kat gerai-gerai biasa je. Macam kat food court tu pun okay. Ai dah lapar sangat dah ni" Jawapan yang mudah dan senang bukan? Straightforward je.  "Haaaa. Ai tau. Kat XXX banyak tempat makan macam tu. Sedap-sedap pulak tu." So kita ikutkan je la ye. Nak la tengok sejauh mana kesedapan dan keawesomeman tempat yang dia cakap tu. Dalam perjalanan nak ke XXX tu, tiba-tiba di atas highway kereta iols pulak kena cium dari belakang gara-gara si pemandu belakang tu sibuk main phone masa memandu. Ahhhh sudah. Satu

Betul Ka Suami Orang Ni Kebanyakkannya Miang?

Betul Ka Suami Orang Ni Kebanyakkannya Miang? Sis terima satu friend request daripada seorang lelaki di salah satu platform media sosial.  Aik pelik. Dari mana pulak mamat ni nampak profile iols sebab takde mutual friends langsung.  Melihatkan kepada profile picture lelaki tersebut bersama seorang perempuan, ternyatalah dia suami orang.  Iols pun siasat profile dia kerana ingin tahu siapa lelaki ini. Kebetulan pula profilenya tidak private. Dalam page dia, seringkali dipaparkan gambar isteri (isterinya muda lagi dan cantik, air muka sangat keibuan) dan anak-anaknya seramai 3 orang. Yang sulung, seorang perempuan, mungkin berusia dalam 10-12 tahun.  Caption pula seolah-olah sangat penyayang dan menghargai keluarganya itu. Iols pun approve sahaja tanpa fikir apa-apa. Mungkin dia hanya nak meluaskan lingkungan sosial. Mungkin juga hanya untuk networking atau bisnes. Tiba-tiba si lelaki ini private message pula. Laju nau buat kerja? "Thank you CPPS. Nice to know you.&q

Green Tea Untuk Kurus?

Green Tea Untuk Kurus? Umum tau yang green tea ni banyak kebaikan untuk kesihatan dan popular dikalangan mereka yang cuba mengurangkan berat badan. Sebelum ni CPPS ada bercerita pasal Green Tea DISINI .  Green Tea memang banyak kelebihan tapi dari segi membantu proses mengurangkan berat badan macam mana pulak? Secawan green tea mengandungi kafein  (24-40 mg)  yang kurang daripada kopi  (100-200 mg) , namun masih mampu mempunyai kesan.  Banyak kajian telah membuktikan yang kafein adalah stimulant yang membantu untuk membakar lemak, meningkatkan stamina dan tenaga untuk aktiviti fizikal.  Sesuatu yang unik tentang green tea adalah ianya mengandungi EGCG (Epigallocatechin gallate), bahan yang boleh meningkatkan metabolisme. Bahan-bahan dalam green tea ini meningkatkan paras hormon yang memecahkan lemak menjadi asid lemak yang kemudiannya dibakar sebagai tenaga.  Menurut kajian, green tea juga membantu untuk membakar lemak dengan lebih efisien ketika bersenam.  Badan ma

Perempuan Sihir Emosional

Apa ni? Apa ni? Kenapa Perempuan Sihir perlu beremosional? Izinkan Cik Panda Perempuan Sihir (CPPS) beremosi seketika ye.  Dan iols yakin, sudah tentu ramai yang pernah mengalami situasi yang sama. Dan janganlah berasa hairan kerana jarang sekali CPPS bercerita kisah peribadi dari dasar hati sebegini tetapi percayalah, CPPS juga seekor mamalia yang mempunyai hati dan perasaan. Ececececehhhh. Uols pernah tak mempunyai kawan-kawan rapat yang mana uols berkongsi susah senang bersama?  Bergurau senda gelak ketawa bersama? Berkongsi kenangan pahit manis zaman sekolah menengah ke, matrikulasi ke, universiti ke, alam pekerjaan ke. Masa tu uols rasa, dengan adanya sahabat-sahabat sejati ini, uols mampu menghadapi apa sahaja cabaran hidup dan uols bersyukur kerana dikelilingi oleh kawan-kawan yang "got your back" gitu. Tetapi lumrah hidup uols, manusia perlu mem-progress-kan diri dalam hidup masing-masing.  Habis belajar, dapat kerja, kumpul duit, kahwin, beranak p