Skip to main content

CPPS Jatuh Cinta

Semasa road trip ke Ipoh-Penang baru-baru ni, cermin kereta belakang sebelah kanan CPPS turun sendiri lepas tu tak boleh dinaikkan.

Okay takpe, abam sado Asim tolong tarik naik atas. 5km kemudian, turun lagi.

Bahagian cermin ini adalah cermin yang pernah dipecahkan tahun lepas. Masa tu CPPS sakit hati bukan sebab cermin kereta dipecahkan tetapi kerana beg kerja CPPS yang mengandungi novel yang tak habis dibaca dicuri. 

So berbalik kepada cerita cermin turun sendiri tu, memang kena buat cepat sebab jalan sikit je turun.

Apabila balik ke KL, CPPS bawak pegi kedai Dr. Cermin di Bandar Tasik Selatan, tempat sama CPPS tukar cermin dulu.

Sampai kat kedai, ada seorang Ah Chai, muda dalam awal 20an duduk atas moto pakai earphone.

"Ya kak kenapa?"

"Cermin kereta ai pandai turun sendirilah. You boleh tolong tengok?"

Dia pun bukalah pintu depan bahagian penumpang kereta CPPS tu nak ambik kunci.

"Kak you dulu pernah accident sini depan ah? Kenapa bukak pintu ada bunyi sikit? Sini pun ada kemek sikit."

"Tak tau la you. Ai rasa ada orang langgar la kot. Tiap kali bukak pintu memang ada bunyi macam tu."

Lepas tu dia start la check cermin CPPS tu sementara CPPS duduk kat sebelah tengok dia buat kerja.

Alamak. Matilah aku. Dahla aku perempuan sorang, tak tanya pula berapa harga dia nak charge. Habislah kalau kena ketuk. Mampuslah kalau mahal. 

Kata CPPS dalam hati.

Ye la uols. Kat kolumpo ni, orang tamak duit, pentingkan diri sendiri dan kedekut. Sikit-sikit perlukan duit. Tak payah sebut pasal duit, nak bagi jalan pun orang kedekut.

Ah chai tu pun buatlah kerja dia. Bukak door frame, ambik cermin, bukak kaki cermin. Siap panggil kawan dia tolong.

Alamak. Alamak. Berapa lah ni nanti. Ai dah nervous ni.  

15 minit kemudian.

"Kak sudah siap."

"Kenapa ye cermin tu turun sendiri?"

"Oh takda pa-pa punyalah. Kaki dia jatuh saja."

Lepas tu Ah Chai tu siap tarik dan betulkan pintu depan yang kemek sikit tu.

"Oh boleh tarik macam tu saja ah?"

"Ya. Ini standard Perodua. Boleh tarik punya. Ini mungkin ada orang sandar-sandar ini macam bikin kemek."

CPPS pun try test bukak pintu depan. Wahh takde bunyi dan yang paling penting bukak pintu dengan smooth.

"Ohh okay2. Berapa ye nak bayar you?"

"Tak payah lah kak. Takda bayar."

Masa tu CPPS dah terkesima, speechless terkejut yang amat sangat. Perasaan masa tu macam menang jackpot. Mungkin juga sama seperti perasaan jatuh cinta.

Ye la memang dia tak tukar apa-apa pakai sparepart etc tapi biasanya kalau tak pakai apa-apa pun sekurang-kurangnya ada labour cost/upah kerja. 

Tapi CPPS memang tak sangka langsung dia tak mintak bayar pun!

"Ha? Betul ka? Betul tak payah bayar?"

Dia geleng-geleng kepala dan senyum.

Masa tu malaikat pun menyanyi dan CPPS terasa seperti di syurga. Oh inikah perasaan jatuh cinta?

CPPS tak berhenti-henti ucap terima kasih dekat Ah Chai dan kawan dia yang siap tolong lapkan cermin CPPS. Ah Chai berjalan keluar kedai dan tolong tengokkan kereta ketika CPPS gostan.

Kemudian dia angkat tangan dan senyum sebelum CPPS berlalu pergi.

CPPS terharu dan gembira sepanjang hari kerana ada lagi orang yang baik hati dan jujur di dunia ini.

God bless you Ah Chai. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam hidup.

Love XOXO,
Cik Panda Poret Perempuan Sihir

Gitttuuuuuuuuu

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

The Twerk Test

Hey hey Kembali bersiaran setelah sekian lama bertapa dalam gua bersawang mencari ilham. Maklumlah introvert tegar seperti Cik Panda Perempuan Sihir ni memang alergik dengan perangai manusia yang semakin hari semakin jelik. Bukak social media, all I see is stupidity. So terpaksa la iols recharge dalam hutan dimana tiada liputan langsung. Okay so berbalik kepada tajuk iols ni, apa itu twerk? Alaaaa takkan uols tak up to date? Takkan uols macam Cik Panda jugak, bertapa dalam gua bersawang? Kepada sesiapa yang kurang memahami apa itu twerk, silalah rujuk gambar dibawah. Nak explain pun susah, kena demo depan mata. Tapi iols takut kalau iols demo kang jadi lain pulak. Iols takut jantan bernafsu serakah menyerang iols. Oh Miley Cyrus and her bum. So apa kaitan post Cik Panda dengan twerk? As a fitness freak, 1/3 of the time, I'm in work-out/yoga pants.  Ala you know, seluar tak seluar legging gitu. Legging jegging seluarging. Seluar ni memang selesa. Lembut...

"Aunty, bangun aunty" - Sebuah Kisah Seram

Mungkin ada sesetengah antara uols pernah cerita ni sebelum ni. Tapi kalau dah tau pun, baca je lah sampai habis ye dok? hihi Seram uols, memang seram cerita ni. Alkisahnya begini.... Masa tu iols dalam tahun ketiga atau ke-empat di Medical School, masa tengah buat degree. 3rd year tu dah clinical posting la kan. Iols kena pergi ward, ward rounds dan start to hands-on dalam wad. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku ketika iols sedang buat Cardiac Posting. Wad-wad ini menempatkan pesakit-pesakit jantung. Weols sebagai medical student masa tu ditugaskan secara bergilir-gilir untuk datang pagi-pagi dan ambik darah pesakit. So satu pagi ni, iols dan sorang rakan sekelas, kita namakan dia Nur, pun terkedek-kedeklah pegi wad dalam 7.30am. "Nurse, patient bed mana yang kena ambik darah?" sambil weols start ambik alat-alatan yang diperlukan. So nurse ni pun sebutlah nombor-nombor katil pesakit. Nur ni memang student yang sangat bersemangat waja berbanding iols yan...

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D Move over vitamin C, vitamin D is the new star! Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan. Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan.  Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain. Apakah Vitamin D? Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda. *vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K. Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D? Vitamin D juga dikenali sebagai " sunshine vitamin "/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari.  Sumber vitamin D: Cahaya matahari = Be...