Skip to main content

Motif Pembunuhan- HANGRY AF!

Pernah tak uols berada dalam situasi ini, dimana ianya sangat menguji kesabaran, mental dan emosi anda.

Okay so katakanlah suatu hari tu uols lapar di waktu tengah hari. Belum makan apa-apa lagi daripada pagi. Tahap kelaparan uols ketika itu pula 80% (0- tidak lapar langsung, 100%- boleh membunuh orang).

So uols ajak la kawan uols ni makan. 

"Jom lah pegi makan. ai lapar ni."

"Jom jom! you nak makan apa?"

"Makan nasik campur kat gerai-gerai biasa je. Macam kat food court tu pun okay. Ai dah lapar sangat dah ni"

Jawapan yang mudah dan senang bukan? Straightforward je. 

"Haaaa. Ai tau. Kat XXX banyak tempat makan macam tu. Sedap-sedap pulak tu."

So kita ikutkan je la ye. Nak la tengok sejauh mana kesedapan dan keawesomeman tempat yang dia cakap tu.

Dalam perjalanan nak ke XXX tu, tiba-tiba di atas highway kereta iols pulak kena cium dari belakang gara-gara si pemandu belakang tu sibuk main phone masa memandu.

Ahhhh sudah. Satu hal plak. Kadang-kadang bila kita berhati-hati, orang sekeliling pulak cuai. Rasa nak maki sebab main phone masa memandu lepas tu menyusahkan orang lain.

Tapi nasib baiklah kereta iols takde apa-apa, sekadar calar sedikit sahaja. 

Masa ni bukan setakat kereta calar, mood iols dah spoil tambah lagi dengan kelaparan sudah mencecah 85%.

Setengah jam kemudian, weols sampailah di XXX. Sesat dalam mencari kedai makan kali pertama, iols diamkan lagi. Sesat lagi kali kedua, iols dah panas hati tapi zip mulut takut perkataan caci maki carut mencarut keluar dari mulut iols.

Sesat kali ketiga, iols dah muncung 44 juta meter. Telinga pula dah berasap menahan kemarahan.

Eiii dia ni! kita nak makan nasik campur pun susah. Dibawaknya ke ceruk mana pun taktau lepas tu sesat tak jumpa kedai. Dok pusing-pusing carik kedai padahal sekeliling tu banyak kedai makan.

"Em. So you nak makan kat mana? Kat sini banyak kedai makan."

Lapar 90% disuruhnya pilih-pilih kedai lagi. Kalau tahap lapar macam ni makan biskut kering cicah sirap oren pun sedap tau!

"Ishhh makan je la mana-mana. Dah lapar macam ni tak payah la pilih-pilih lagi. Pegi je mana-mana."

"Haaa. Yang ni okay. Yang ni sedap."

So weols pun singgahlah kat kedai tu. 

Ketika itu jam menunjukkan 1.30pm. Adalah beberapa orang pelanggan walaupun ketika itu agak sunyi.

Uols bayangkan ye masa tu nak makan nasik campur tapi lauk tinggal kuah-kuah sahaja. Kalau ada isi pun cumalah bawang dan cili. 

Okay takpe, cuba order nasik ayam pulak

"Nasik ayam takdela kak."

ARGGGGHHHHHHHHHHHHH.



Rasanya masa tu kalau tidak berapa waras, Iols dah ambik kerusi hempuk kawan iols tu dengan waiter-waiter tu sekali iols hempuk.

Kawan iols dah membisu buat muka bersalah. Nasib baiklah iols masih ada kesabaran walaupun tinggal 0.9%. 

15 minit kemudian barulah lauk-lauk baru siap.

Setengah jam kemudian barulah iols bercakap dengan kawan iols tu.


Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Secluded Sanctuary For Introverts

 Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Introvert's Perfect Sanctuary Picture credit: https://strawberryparkresorts.com/ I'm always on the hunt for an introvert's getaway. As you can probably tell, I love misty mountain retreats. The tranquility, cool crisp air, breathtaking view, the seclusion are just 😍 perfect for introverting. I chanced upon Strawberry Park Resort while staying at SunLight Suite during my last trip to Cameron Highlands.  I was admiring the night view from Sunlight Suite's compound when I saw a well-lit area on the adjacent hill and remembered thinking to myself "Hmm, that looks like an expensive place....but I gotta check it out!" As it turns out, it wasn't that expensive considering the comfort, the facilities, and the invigorating environment.  Hotel Booking I booked through Agoda for a 3-day 2 nights stay, without breakfast for RM720+. Before my trip, I emailed the resort for booking confirmation, coz you know how sometimes A...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Adventure Time In Taman Negara Pahang - Day 1

Adventure Time In Taman Negara Pahang Image credit: Mutiara Taman Negara My last memorable trip was that rejuvenating retreat in Cameron Highlands . So, I vowed to make 2023 as memorable as possible, and visit new places as much as money and time would allow. This Taman Negara trip marks my first trip for 2023 and I would highly recommend all nature lovers to visit.  Absolutely memorable! It only took less than a month to gather 6 adventure kakis, plan, and book the trip.  Easy peasy lemon squeezy.  Accommodations in Taman Negara Pahang There are a lot of places you can stay in Kuala Tahan .  We booked Mutiara Taman Negara for convenience and resort vibe which I'm a sucker for. I just have this crazy attraction for a wooden chalet in a jungle. Anyway, Mutiara Taman Negara is the only resort that is located within Taman Negara, overlooking Sg. Tembeling.  They offered several attractive packages that include accommodations, meals, and activities. We booked ...

Squats Ke Arah Bontot Mantap

I love doing squats and all the variations of squats. Kalau pegi gym and tak buat senaman bontot, bukan Cik Panda lah namanya.  Bontot yang mantap tu kan aset. Ada orang yang bertuah dilahirkan semula jadi bontot memang mantap. Tu genetik. Tapi malangnya orang itu bukanlah ai. I'm not born with it, I build it.  Kadang-kadang kedengaran desiran angin nada-nada jealous makcik-makcik bawang sekalian. "Heh. Buat apa nak buat bontot besar-besar, squat bagai. Nak bagi jantan tengok la tu. Pakai ketat-ketat lepas tu tayang kat jantan-jantan. Nak mintak kena rogol ke apa?" Amboi mulut makcik-makcik bawang netizen sekarang ni memang puaka uols. Suka mendoakan yang jahat-jahat kat orang.  Kita buat bontot or whatever, tu untuk kepuasan diri sendiri. Untuk meningkatkan tahap keyakinan diri and it shows on your face and attitude when you have a healthy level of self-confidence.  Tak gitu uols. Yang takde confidence tu la yang duduk sebalik keyboard dan kutuk, ...