Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

MANAGER PUAKA dan COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA

Adakah anda salah seorang pembaca CPPS gojes yang ketinggalan cerita dan tidak tahu siapa itu MANAGER PUAKA dan COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA? Ikuti kisah awal MANAGER PUAKA  DISINI dan SINI , dan ini pulak COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA Seronok dalam geram kan baca cerita MP & CWP ni? Cerita kali ini jugak tidak kurang menarik.  Nak dijadikan cerita, CPPS jadi program coordinator terjun untuk satu program ni. Macam biasalah, siapa lagi kalau bukan COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA yang bagi tugas. Kadang-kadang CPPS confuse, CPPS ni nutritionist ke buat event management? Selain coordinate program, CPPS jugak perlu sediakan satu corner untuk promote program kesihatan company X ni, kita namakan corner X la ye. So kat corner X ni, CPPS perlu sediakan props (meja, produk, placard, props hiasan, leaflet, contoh-contoh makanan semua kan).  CPPS dah plan dah nak buat semua tu after 6, senang nak pinjam props kat bawah so tak payah buat kerja 2-3 kali kan. So CPPS duduk depan laptop

Apakah Itu Visceral Fat?

Apakah Itu Visceral Fat? Not all fats are created equal katanya. Mari kita kenali dengan lebih lanjut jenis-jenis fat/ lemak yang terdapat dalam badan kita dan apa signifikan simpanan lemak-lemak tersebut.  Terdapat 2 simpanan lemak dalam badan kita iaitu: 1. Subcutaneous fat (SF) - Lemak yang disimpan dibawah kulit i.e lengan, paha, perut. Lemak ini boleh dicubit, dipicit, bersifat sedikit jeli-jeli dan lembik. - Lazimnya, perempuan mempunyai peratusan SF yang lebih tinggi 2. Visceral fat (VF) - Viscera = organ so VF adalah  lemak yang menyelaputi, mengelilingi organ badan kita - Sekitar abdomen. - tidak dapat dicubit atau dipicit, terasa keras kerana terletak dibelakang lapisan otot abdomen.  Apa kepentingan VF ni dan apa kesannya terhadap kesihatan kita? Sedikit VF adalah penting untuk jadi ' cushion ' organ-organ penting seperti jantung, limpa atau hati. Tetapi bila terlalu banyak, ianya boleh membahayakan kesihatan.  Bahaya macam mana? VF ini dianggap sebagai &

6 Tips Untuk Perut Yang Kempis

6 Tips Untuk Perut Yang Kempis 6 Tips Untuk Perut Yang Kempis Rata-rata kita menginginkan perut yang kempis, bebas daripada lemak, spare tyre yang berbonjol-bonjol. Ada jugak yang bercita-cita tinggi mengimpikan 6 packs, washboard abs gitu. Sebenarnya kita semua ni ada 6 packs, cumanya 6 packs tu terkubur di bawah lapisan lemak perut yang tebal. Macam Mana Cara Nak Dapat Perut Kempis? Of course la kena kurangkan ketebalan lapisan-lapisan lemak yang membaluti otot-otot perut kita tu. Banyak artikel yang CPPS nampak rekomen buat sit up, crunch dan pelbagai lagi senaman abs untuk perut kempis. Uols jangan cepat terpengaruh okay.  Kenapa senaman-senaman ini bukanlah cara yang terbaik untuk dapatkan perut kempis terutama mereka yang mempunyai lemak yang tebal di perut, CPPS pernah cerita kat SINI . Senaman-senaman yang target certain area (spot reduction ) TIDAK AKAN berkesan kalau lapisan lemak yang tebal tidak disingkirkan terlebih dahulu. Baca: Why Spot Reduction Doesn't

MANAGER PUAKA LAGI

Ceritanya bermula begini. CWP ni in charge satu program, kita namakan Projek X la ye, yang sebenarnya adalah idea 'BERNAS' MP. so sejak CPPS masuk ni, maka secara tidak langsungnya CPPS jadi la assistant CWP ni. Takpe la kan sebab kita masih baru so kita belajar.  So hari tu, CWP suruh iols buatkan borang Projek X. Makanya CPPS pun buat lah kerja tu. Lepas tu print. Masa print takpe lagi sebab tekan print, terus printing la kan. Tetapi CPPS perlu buat 80 copy borang tu. So CWP suruh copy kat mesin fotostat kat main office.  CWP cuma setakat bagi arahan buat tu buat ni. Maka terkial-kial lah CPPS cuba print tanpa tunjuk ajar sesiapa. Ye lah, sebelum ni mana pernah pakai mesin fotostat yang besar tu.  Akhirnya CPPS berjaya jugak copy setelah beberapa kali percubaan. Lepas tu program ni memerlukan weols order stock. Okay, CPPS isi borang dan bagi kat sales counter.  Dihari program (yang berlangsung diluar waktu kerja), CPPS buatkan signage untuk count

COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA

Selain terpaksa berhadapan dengan MANAGER PUAKA (MP) , CPPS jugak terpaksa berhadapan dengan COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA (CWP). Cik CWP ni, alkisahnya adalah seorang nutritionist yang sudah berkhidmat selama 2 tahun lebih di syarikat puaka ni. Masa hari pertama dan kedua CPPS bekerja, CWP memang banyak beri tunjuk ajar. Apa patut iols buat, jobscope, jenis-jenis event dan program yang dijalankan.  Okay lah iols ikut la sebab iols konon nak belajar la kan. So iols kena duduk sekali dengan dia tengok macam mana dia consult client etc. Macam mana nak consult, jenis-jenis health check. Kadang-kadang dia incharge event, so tiba-tiba iols jadi assistant paksa-rela. Konon la belajar apa yang patut dibuat. Set up PA system la itu la ini la. Pendek kata, semua benda memang on the job training. Takde formal training system. Takpe. CPPS belajar buat. Minggu ni dalam 6 hari bekerja, cuma Isnin, Jumaat dan Sabtu sahaja CPPS balik ketika masih nampak cahaya matahari. Hari lain, paling awa

MANAGER PUAKA

Macam ni lah CPPS bila boss suruh stay back Lama tak uols menanti-nantikan cerita merepek CPPS? Bosan tak hidup uols tanpa cerita merepek CPPS? Anda sebenarnya mengalami penyakit RCPPS iaitu Rindu CPPS. hehe CPPS busy teramat sejak beberapa minggu lepas, lepas Ipoh-Penang trip, CPPS balik kampung sekejap pegi kenduri kahwin jugak. Lepas balik dari kampung, CPPS start keja. Kerja ni lah yang buat CPPS berapi berpuaka sangat sekarang. Ceritanya bermula daripada MANAGER PUAKA. Nak dijadikan cerita, CPPS apply kerja ni. selepas seminggu dipanggil untuk interview. Sebab CPPS ni orang yang berdedikasi, maka CPPS buat la study, research sikit kan pasal company ni. Buat preparation untuk interview gitu kan. Dihari interview tu, CPPS pun datanglah ke ibu pejabat syarikat ni. Gah jugak bangunan dia, bertingkat-tingkat. Satu bijik bangunan tu kepunyaan syarikat ni. Cik Receptionist bawak CPPS pegi bilik interview dan suruh CPPS isi form dan tunggu dalam bili