Skip to main content

6 Tips Untuk Perut Yang Kempis

6 Tips Untuk Perut Yang Kempis

6 Tips Untuk Perut Yang Kempis

Rata-rata kita menginginkan perut yang kempis, bebas daripada lemak, spare tyre yang berbonjol-bonjol.

Ada jugak yang bercita-cita tinggi mengimpikan 6 packs, washboard abs gitu.

Sebenarnya kita semua ni ada 6 packs, cumanya 6 packs tu terkubur di bawah lapisan lemak perut yang tebal.

Macam Mana Cara Nak Dapat Perut Kempis?

Of course la kena kurangkan ketebalan lapisan-lapisan lemak yang membaluti otot-otot perut kita tu.

Banyak artikel yang CPPS nampak rekomen buat sit up, crunch dan pelbagai lagi senaman abs untuk perut kempis.

Uols jangan cepat terpengaruh okay. 

Kenapa senaman-senaman ini bukanlah cara yang terbaik untuk dapatkan perut kempis terutama mereka yang mempunyai lemak yang tebal di perut, CPPS pernah cerita kat SINI.

Senaman-senaman yang target certain area (spot reduction) TIDAK AKAN berkesan kalau lapisan lemak yang tebal tidak disingkirkan terlebih dahulu.

Baca: Why Spot Reduction Doesn't Work 

Dalam entry kali ni, CPPS akan beri tips yang lebih menyeluruh untuk perut kempis/ lengan/ paha lengan yang lebih kecil.

1. JANGAN FOKUS KEPADA SENAMAN ABS SAHAJA

Crunches akan menguatkan otot perut tetapi tidak akan membakar lemak-lemak yang menyelaputi otot tersebut. 

SPOT REDUCTION adalah cerita dongeng dan tidak berkesan untuk perut kempis!

Uols hanya akan membazir masa dan tenaga menggigihkan diri buat 200 crunches sehari. Crunches juga akan menyebabkan sakit belakang jika dibuat dengan teknik yang salah.

Untuk menghilangkan lemak di perut, uols perlukan LEBIH daripada crunches semata-mata. 

2. JADI LEBIH KUAT! GET STRONGER!

Strength training membina dan menghalang kehilangan otot serta membantu pembakaran lemak.  Senaman yang terbaik untuk jadi lebih kuat?

Squat & Deadlift!

Otot dibelakang badan dan otot perut kita bekerjasama untuk menegakkan badan.

Kedua-dua kumpulan otot ini akan bekerja keras semasa Squats & Deadlift yang berat untuk mengelakkan kita daripada terjatuh ketika melakukan senaman tersebut. 

Bukan itu sahaja,  squats & deadlift ni mengaktifkan sebahagian besar kumpulan otot seperti back, glutes, legs.

Dan bila kita buat 2 senaman ni, sebenarnya kita menggunakan otot diseluruh badan. 

Ini adalah juga kenapa smart gym goer tidak akan fokus kepada senaman untuk otot spesifik yang kecil seperti abs. Sebab buang masa dan tenaga.

Dengan Squats & Deadlift, lebih banyak otot diaktifkan dan lebih kalori dibakar.

Kenapa GET STRONGER boleh buat perut kempis?

Sebab 2 senaman ini membina otot dan otot inilah yang akan membakar lemak-lemak secara tidak langsung. 

3. TABIAT MAKAN SIHAT

Pernah dengar 80% diet, 20% exercise?

Kalau hari-hari training separuh mati pun tapi tabiat pemakanan yang tidak sihat, tetap tidak akan berjaya mengurangkan lemak di perut.  

Kurangkan makanan diproses. Makan makanan dalam keadaan semula-jadinya contoh, makan buah pisang dan bukannya pisang goreng atau kerepek pisang.

Kurangkan gula dan benda-benda yang manis.

Jangan terlalu strict/ drastik sangat sampai apa pun tak boleh makan. Biasa lah manusia kan kadang-kadang teringin nak makan sedap. Boleh makan, TAPI BERSEDERHANA. Cukup sekadar merasa untuk menghilangkan keinginan tu.

Jangan lupa minum air suam dengan banyak

4. KURANGKAN SIMPLE CARBS. 

Seperti juga point diatas, amalkan kesederhanaan. Nasik contohnya tidak bersalah sebab carbs diperlukan untuk tenaga seharian. Masalah timbul apabila makan tak ingat dunia. 

Jaga saiz hidangan. Nasi atau mee, saiz satu hidangan cumalah segenggam tangan anda.

Lebihan kalori yang tidak dibakar akan disimpan sebagai lemak. Dan cuba teka dimana ianya disimpan?

Ya, PERUT.

5. LEBIHKAN MAKAN PROTEIN

Protein mempunyai thermic effect yang lebih tinggi berbanding makanan lain. 

Maksudnya badan kita akan menggunakan lebih tenaga untuk mencerna dan hadam protein berbanding carbs atau lemak. 

Your body burns more energy processing proteins than it does processing carbs and fat. That’s why high protein diets work great at burning your belly fat.

6. KURANGKAN BODY FAT

Ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk dapatkan 6 packs, iaitu kurangkan lapisan lemak yang membaluti otot-otot. 

Macam mana nak kurangkan lemak? Ikut langkah 1-5 diatas


Uols jangan la terlalu obsess dan fokus sangat dengan belly fat sampai bersenam pun target area tu je. CPPS pun ada belly fat, ramai fitness enthusiast pun ada belly fat. 


Don't be so hard on yourself. 

Yang penting kita bersenam, jaga makan, sihat dalam dan luar, itu adalah satu progress yang sudah cukup bagus. Jangan murung tertekan sebab tak dapat 6 packs. 


Inginkan maklumat yang lebih lanjut?

Baca artikel daripada bodybuilding.com ni. 

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

The Twerk Test

Hey hey Kembali bersiaran setelah sekian lama bertapa dalam gua bersawang mencari ilham. Maklumlah introvert tegar seperti Cik Panda Perempuan Sihir ni memang alergik dengan perangai manusia yang semakin hari semakin jelik. Bukak social media, all I see is stupidity. So terpaksa la iols recharge dalam hutan dimana tiada liputan langsung. Okay so berbalik kepada tajuk iols ni, apa itu twerk? Alaaaa takkan uols tak up to date? Takkan uols macam Cik Panda jugak, bertapa dalam gua bersawang? Kepada sesiapa yang kurang memahami apa itu twerk, silalah rujuk gambar dibawah. Nak explain pun susah, kena demo depan mata. Tapi iols takut kalau iols demo kang jadi lain pulak. Iols takut jantan bernafsu serakah menyerang iols. Oh Miley Cyrus and her bum. So apa kaitan post Cik Panda dengan twerk? As a fitness freak, 1/3 of the time, I'm in work-out/yoga pants.  Ala you know, seluar tak seluar legging gitu. Legging jegging seluarging. Seluar ni memang selesa. Lembut...

"Aunty, bangun aunty" - Sebuah Kisah Seram

Mungkin ada sesetengah antara uols pernah cerita ni sebelum ni. Tapi kalau dah tau pun, baca je lah sampai habis ye dok? hihi Seram uols, memang seram cerita ni. Alkisahnya begini.... Masa tu iols dalam tahun ketiga atau ke-empat di Medical School, masa tengah buat degree. 3rd year tu dah clinical posting la kan. Iols kena pergi ward, ward rounds dan start to hands-on dalam wad. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku ketika iols sedang buat Cardiac Posting. Wad-wad ini menempatkan pesakit-pesakit jantung. Weols sebagai medical student masa tu ditugaskan secara bergilir-gilir untuk datang pagi-pagi dan ambik darah pesakit. So satu pagi ni, iols dan sorang rakan sekelas, kita namakan dia Nur, pun terkedek-kedeklah pegi wad dalam 7.30am. "Nurse, patient bed mana yang kena ambik darah?" sambil weols start ambik alat-alatan yang diperlukan. So nurse ni pun sebutlah nombor-nombor katil pesakit. Nur ni memang student yang sangat bersemangat waja berbanding iols yan...

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D Move over vitamin C, vitamin D is the new star! Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan. Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan.  Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain. Apakah Vitamin D? Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda. *vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K. Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D? Vitamin D juga dikenali sebagai " sunshine vitamin "/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari.  Sumber vitamin D: Cahaya matahari = Be...