Skip to main content

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D


Move over vitamin C, vitamin D is the new star!

Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan.

Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan. 

Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain.

Apakah Vitamin D?

Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda.

*vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K.

Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D?

Vitamin D juga dikenali sebagai "sunshine vitamin"/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari. 

Sumber vitamin D:

  • Cahaya matahari = Berjemur selama 10-15 minit (tanpa menggunakan sunscreen, payung, topi, baju panjang menutupi tubuh). Sebelum 10am ye kalau boleh tuan-tuan & puan-puan. Takut rentung pulak.
  • Makanan = Ikan laut dalam (salmon, tuna, mackerel), telur kuning, keju, makanan yang diperkayakan dengan vitamin D (susu, bijirin)

Berapa Jumlah Vitamin D Yang Orang Dewasa Perlukan Dalam Sehari?

600IU (15 microgram) menurut Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017. 

Tapi sebenarnya, 600IU ni untuk mencegah penyakit akibat deficiency vit D sahaja (rickets, osteomalacia). Kalau nak boost immune system, nak boost fertility ke, pengambilan vitamin D ni perlu lebih daripada 600IU.

Apakah Kepentingan Vitamin D?


Kebaikan vitamin D ni banyak tapi orang cuma tahu dia baik untuk tulang.

Okay jom sis nak kupas 2 faktor penting kenapa uols kena pastikan diri uols cukup vitamin D.

2 cukup la kan? hihi. cerita banyak-banyak nanti uols pening, iols lagi pening. 

1. Sistem Imun Yang Kuat Melawan Jangkitan, Terutamanya Jangkitan Salur Pernafasan

Sejak musim Covid-19 ni, semakin banyak kajian yang mengaitkan vitamin D, sistem imun & jangkitan Covid-19.

Pelbagai kajian telah melaporkan vitamin D mempengaruhi tindak balas imun.

Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan kecenderungan mendapat jangkitan dan peningkatan tindak balas auto-immune (contoh penyakit berkaitan auto-immune e.g asthma, eczema, allergies, rheumatoid arthritis) 

Sis ringkaskan ye, kekurangan vitamin D membuatkan kita lebih mudah mendapat jangkitan terutamanya jangkitan saluran pernafasan (batuk, selsema, pneumonia, radang paru-paru)

Vitamin D & Covid-19 pulak macam mana? 

Okay yang ni menarik. 

Kajian ke atas 212 kes Covid-19 di Philipines melaporkan pesakit yang kritikal (kes-kes yang teruk) mempunyai vitamin D yang sangat rendah berbanding kes-kes yang tidak kritikal.

Dalam kajian sama, status vitamin D berkait rapat dengan clinical outcomes. Dalam erti kata lain, semakin banyak vitamin D dalam badan uols, semakin tinggi kemungkinan untuk sembuh daripada jangkitan Covid-19.

sumber: Alipio, Mark, Vitamin D Supplementation Could Possibly Improve Clinical Outcomes of Patients Infected with Coronavirus-2019 (COVID-19) (April 9, 2020). Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3571484 or http://dx.doi.org/10.2139/ssrn.3571484, 
https://www.medicalnewstoday.com/articles/161618#benefits


2. Mood Disorders (including but not limited to Depression, Seasonal Affective Disorder, premenstrual syndrome)

Sejak kesihatan mental mendapat perhatian, semakin banyak kajian dilakukan untuk mengenal pasti hubungan diantara vitamin D & mood disorders. 

Di negara 4 musim, bila tiba ja musim sejuk, banyak kes-kes kemurungan dilaporkan. Kemurungan ketika musim sejuk ni orang panggil Seasonal Affective Disorder (SAD).

Salah satu penyebab SAD adalah ketika musim sejuk, siang pendek & malam panjang. Maka orang kurang dapat cahaya matahari, makanya tak dapatlah vitamin D daripada cahaya matahari. 

Level vitamin D yang rendah dikaitkan dengan mood yang tidak baik. 

How exactly vit D improves mood remains unclear but probably due to it's effect on brain chemicals.  

Source: https://academic.oup.com/nutritionreviews/article/67/8/481/1839131, https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1064748112608902

Alaaaaa. Kita duduk kat Malaysia, sentiasa ada matahari. Takde masalah tak cukup Vitamin D lah!

Hehe I wish! Sebenarnya ramai antara kita tak cukup vit D pun. Antara faktor yang menyebabkan kita tak cukup vit D:

  • Tidak cukup terdedah kepada matahari - Takut matahari! keluar rumah sekejap ja tapi persediaan full suit macam nak pegi bulan gituu. Baju, seluar panjang, pakai payung, pakai topi & pakai sunscreen. Kita perlu mendedahkan kulit pada cahaya matahari selama 10-15 minit, kalau boleh sebelum pukul 10 pagi.
  • Terperap dalam rumah/ office - lagi-lagi kalau rutin harian uols, pegi kerja sebelum matahari terbit, lepas tu 8-12 jam kat tempat kerja (mostly indoor, air-conditioned), balik kerja pulak hari dah gelap. Weekend pulak kalau tak duduk rumah, keluar pegi mall. Bila masa pulak nak jumpa matahari?
  • Warna kulit - semakin gelap kulit kita, semakin banyak melanin yang kita ada and melanin ni menyebabkan kulit kita kurang "cekap" untuk menyerap vit D.
  • Usia - bila umur kita meningkat, kebanyakkan proses dalam badan pun jadi kurang efisien jadi kuranglah vit D yang boleh dihasilkan.
Kesimpulannya, sis recommend la sangat uols ambik vitamin D tambahan dalam bentuk supplemen sebab ramai antara kita yang tak cukup vitamin D.

Bukan saja penting untuk kesihatan tulang tapi juga sistem imun kita lagi-lagi mereka yang ada asthma & senang sangat kena flu, batuk-batuk atau jangkitan saluran pernafasan. 

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap I love cakes but I love baking more than I love eating them.  So sapa jadi mangsa habiskan kek-kek yang iols buatkan?  Colleagues dan kawan-kawan iols lah yang untung.  *Misi menggemukkan rakan sekerja* Lemon butter cake ni iols pernah buat seketika dahulu dan digemari oleh kawan iols, Ari Fatonah Diva. Tiba-tiba hari tu, iols dikunjungi oleh seruan angin surirumahtangga dan teringin nak buat lemon butter cake ni.  Resipi ni iols ambik dari blog Phong Hong Bakes and Cooks . I love her blog because she is a die-hard foodie and hilarious too. By the way, resipi ni CPPS approved sebab kek ni ringan dan gebu. It's on the lighter, not-so-dense side with a nice, not too overpowering aroma and taste of lemon. Super sedap dan digemari ramai!  Bahan-bahannya senang didapati, cuma teknik whisking egg whites and fold in the batter tu uols kena mantap sikit la. Hehe.  Lols. Just showing how air...

Common Malaysian Favourite Food And Their Calorie Content

Common Malaysian Favourite Food And Their Calorie Content Oh, Malaysia is definitely a food heaven. We have a looonnnnnggggg list of yummy food. My favourite would be nasi lemak ayam goreng.  Sinful, i know but definitely the best. Others on the list is Penang Char Kueh Teow with lots of clams, Thosai masala, roti canai roti telur...etc.  But do you know what is the calorie content of these foods? Some food have calories that exceeds your daily calorie intake with just one serving!   How Many Calories Should You Consume Per Day?  In general*: Adult male: 2440 kcal/day Adult female: 2000kcal/day * depending on your activity level. Or your weight (kg) x 30. i.e 50 x30= 1500kcal/day. Let's See How Many Calories These Favourite Malaysian Foods Contains:  1 Karipap = 128 kcal  (almost equivalent to 2 hard boiled eggs!) Sarawak Kolo Mee = 467 kcal Mee goreng mamak = 660 kcal Char Kueh Teow = 629 kcal Teh tarik = 83 kcal Mee...

What's Your Favourite Tea Time Snacks?

Teh tarik with croissants I love tea time. I love snacks. And I absolutely love tea-time snacks. Did I mention that I love tea time? Tea time typically refers to the time at which afternoon tea is served. In the UK, it's usually around 4pm but it may be earlier or later depending on an individual's schedule. People often think of taking tea accompanied by light or heavy snacks is uniquely British but many countries around the world do it too.  In Malaysia, tea time is usually minum pagi and minum petang. And it's not only tea. Sometimes it is Milo, Nescafe or coffee. Both hot or cold.  So what do people usually take with their tea/coffee? Cakoi. I personally love this! Scones with butter and jam. Never tried it. Kalau mau fefeeling British boleh la try  Ahh dim sum. i can have this for breakfast, lunch, dinner or tea times Pisang goreng. Malaysian staple and all time favourite snack Viennese cookies. Got hooked on this while I was in the UK...