Skip to main content

COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA

Selain terpaksa berhadapan dengan MANAGER PUAKA (MP), CPPS jugak terpaksa berhadapan dengan COLLEAGUE WORKAHOLIC PUAKA (CWP).

Cik CWP ni, alkisahnya adalah seorang nutritionist yang sudah berkhidmat selama 2 tahun lebih di syarikat puaka ni. Masa hari pertama dan kedua CPPS bekerja, CWP memang banyak beri tunjuk ajar. Apa patut iols buat, jobscope, jenis-jenis event dan program yang dijalankan. 

Okay lah iols ikut la sebab iols konon nak belajar la kan. So iols kena duduk sekali dengan dia tengok macam mana dia consult client etc. Macam mana nak consult, jenis-jenis health check. Kadang-kadang dia incharge event, so tiba-tiba iols jadi assistant paksa-rela. Konon la belajar apa yang patut dibuat. Set up PA system la itu la ini la.

Pendek kata, semua benda memang on the job training. Takde formal training system.

Takpe. CPPS belajar buat.

Minggu ni dalam 6 hari bekerja, cuma Isnin, Jumaat dan Sabtu sahaja CPPS balik ketika masih nampak cahaya matahari. Hari lain, paling awal sampai rumah pukul 10 malam.

CWP ni pun pernah la cakap

“Sekarang event dah kurang sikit la banding dulu. Tapi memang selalu balik lewat. I'm soo tired. But it's okay, because we are still young, we've got the energy and determination. It's okay to suffer for a little bit.”

Dalam hati iols masa tu kan

Memang la you still young now, tapi kalau ditakdirkan you mati besok, tak ke menyesal kerja keras tak bertempat? Ke besok-besok you sakit, you rasa company ni nak jaga you? Nak lawat you kat hospital?

CWP ni memang workaholic. Memang nampak dia suka sangat kerja kat syarikat puaka ni. Hampir setiap malam dia balik lambat, hampir setiap hujung minggu dia kena datang kerja. Malah pada hari pertama CPPS, dia cakap

“You will see that the culture of this company is very different from other company.”

Bila dengar dia cakap camtu dengan penuh semangat waja, masa tu CPPS harap lah kan it's a positive culture tapi rupanya hampeh belaka. 

Culture shock adalah.

Pelik iols tengok CWP ni. Dia ni takde life ke? Takde hobi ke? Tak payah bersosial dengan kawan-kawan ke? Tak payah kemas rumah cuci baju lipat baju ke? Tak payah masak, grocery shopping ke? Tak payah exercise ke?

Nak dijadikan cerita, hari tu hari Jumaat, CWP ni mintak iols buat something. Okay iols buat. Bila tengah buat tugas A, tiba-tiba dia suruh pulak buat tugas B. Tengah buat tugas B, dia cakap

“Later I have an appointment with XX, I want you to come along with me.”

Iols cuba la mengelatkan sebab iols nak siapkan kerja, plus iols malas nak ikut dia kehulu-hilir lepas tu tak buat apa-apa. Sebab kebanyakkan masa, consultation/appointment dia dalam bahasa Mandarin, iols memang la faham tapi duduk tercongok je la kat situ. 

“Em I think I better finish this first. Then later I can help you to carry the stocks to 8th floor.”

“No. I think it's better you go for this appointment.”

So appointment dia start dengan XX  bawak client dia tour bangunan syarikat. So iols membontoti la diorang ni dari tingkat ke tingkat, tercongok tersengih macam orang bodoh.

Sampai kat main office, tingkat 8, Si XX nak meeting kejap dengan client dia. CWP pulak nak buatkan air untuk TETAMU ni. Tengah dia sibuk-sibuk cari cawan kebagai, tiba-tiba MANAGER PUAKA panggil dia, nak bincang something. 

Dah tu, siapa lagi MP tu suruh buat air kalau bukan iols!?!?

Thank you pun takde hokay, dia suruh pun pakai memek muka je. Memang PUAKA!

Cawan kat 1st floor, sachet minuman kat G floor, tempat meeting 8th floor. Makanya CPPS turun naik turun naik. Dah jadi receptionist/tealady pulak. Bila masuk tempat receptionist, receptionist tengah main FB, shopping online.

Uols rasa CPPS panas hati tak?

Lepas tu, ingat boleh la bersenang lenang kan. HARAM!

Kena joint dia consultation dengan XX pulak.

Lepas tu bila dah habis tu, duduk balik work station. Dia start pot pet pulak.

“We as nutritionist, we must create needs. We must be able to convince customers to buy our ideas, to attract more members so that we can bring in more sales. The other day, MP shared with me, how we want to create value as nutritionist. How we consult clients effectively. Bla bla bla.”

CPPS macam biasa, angguk-angguk senyum padahal masuk kiri keluar kanan.

“You must talk more, do more. Then only can gain confidence. Last time, in my first week, I already do the X health check.”

Bukan iols tak boleh buat, cumanya kebanyakkan client ni chinese yang faham mandarin sahaja. Kalau ada client English speaking ke BM speaking ke boleh la iols buat dengan jayanya kan?

Lagipun iols saja je buat-buat bodoh, blur-blur. Sebab bila pandai/rajin sangat, semua kerja orang pass kat uols.

Ingatkan dah habis dia cakap, rupanya ada lagi.

“And then ho, if got customer walk in right, you must let them try our new product. Try promote it to them. Bla bla bla bla. At least we can get more sales in.” 

Emm okay. 

Kadang-kadang CPPS tak pasti yang mereka-mereka ni (MP, CWP) nak train iols ke nak mengambil kesempatan membuli?

Lepas tu tiba-tiba MP message CWP ni suruh sediakan 4 gelas air suam untuk dia yang tengah meeting kat atas. Terus CWP ni lari macam tak cukup tanah pegi sediakan air. Padahal pada pendapat iols, MP tu boleh je sediakan sendiri. Rajin tak bertempat dan pak turut sangat pulak CWP ni.

Hari tu, CPPS memang tak tahan sangat, CPPS mengadu dengan sorang colleague bahagian operation, Pija. 

“Ala, CWP tu memang macam tu. WORKAHOLIC. Dia sorang je happy kerja kat sini. I tak berkenan sangat dengan dia tu. Sama la macam MP tu. Dia ingat kita ni single, kita takde life ke? Asyik kena kerja je. Ni la company yang lebihkan customer daripada staff. Tak pandai jaga staff. Bila kita kena kerja extra support event dia, thank you pun takde. Senyap je. Tapi bila buat mistake, cepat je datang marah kita. Tak ramai yang tahan keja sini. I pun, kalau ada pilihan, dah lama cabut. Azri sebenarnya pernah hantar surat resign tapi manager kitorang tak bagi, tahan dia. You, selagi boleh cabut, cabut je.”

Hmmmm Hmmmmmm

Ya Tuhan, berilah kekuatan untuk CPPS bertahan #prayforCPPS


Comments

Others Also Read This!

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena? Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan.  Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang p erut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya. Apa Itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman. Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad. Sistem penghadaman kita ( gastrointestinal ) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat) Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu men...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...