Skip to main content

Suku Suku Separuh: Makan Secara Sihat Dengan 1 Langkah Mudah

Suku Suku Separuh: Makan Secara Sihat Dengan 1 Langkah Mudah

Azam tahun baru: Untuk makan dengan lebih sihat dan menurunkan berat badan.

Biasa kan dengar azam ni? Sesetengah orang pulak, itu je lah azam tahun baru dia sejak 10 tahun lepas. 

Tapi kenapa ya setiap tahun azam tu tak pernah tercapai? Seminggu dua je berjaya diet tapi lepas tu diet pun ke lautan dalam, terkubur begitu sahaja. 

Adakah mungkin kerana diet yang diamalkan tu terlalu extreme? Terlalu ketat, restrictive?

Percaya tak kalau ai kasitau yang ada 1 cara yang paling mudah untuk makan secara sihat dan secara tidak langsung membantu untuk mengurangkan berat badan?

Cara ni nak makan nasik pun boleh tau. No pantang-pantang nasik. Tak payah nak beli oats, quinoa, chiaseeds, kale ke sebagainya.

Kalian cuma kena ikut cara Suku-Suku Separuh je


Langkah 1: Sediakan 1 pinggan standard macam ni, berukuran lebih kurang 25cm. 


Langkah 2: Bahagikan pinggan kepada suku, suku dan separuh seperti dalam gambar diatas


Langkah 3: Setiap kali makan, breakfast lunch dinner ke kan, bahagian yang separuh tu kalian isikan dengan sayuran dan buah-buahan. 1 suku, isikan dengan makanan sumber protein contoh ayam/ ikan/ telur/ tauhu/ tempe dan 1 suku lagi adalah sumber karbohidrat seperti nasi/ mee/ roti/ kentang.

Beberapa Contoh Pemakanan Suku-Suku Separuh

Gambar sumber dari Facebook

Gambar sumber dari Facebook

Gambar sumber dari Facebook

Gambar sumber dari Facebook

Lengkapkan makanan kalian dengan segelas air kosong atau minuman rendah/ tidak berkalori seperti teh hijau tanpa gula, teh o kosong.

Kaedah Suku-Suku Separuh ni bukan saja mudah, malah ianya menepati garis panduan pemakanan sihat iaitu:
  • Lebihkan sayuran dan buah-buahan
  • Kawalan saiz hidangan (portion control)
  • Tidak complicated, senang diamalkan dalam kehidupan seharian
Senang je kan nak makan secara sihat?

Comments

  1. This is a good guide to portion control but I always end up deviating LOL!

    ReplyDelete

Post a Comment

Others Also Read This!

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Secluded Sanctuary For Introverts

 Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Introvert's Perfect Sanctuary Picture credit: https://strawberryparkresorts.com/ I'm always on the hunt for an introvert's getaway. As you can probably tell, I love misty mountain retreats. The tranquility, cool crisp air, breathtaking view, the seclusion are just 😍 perfect for introverting. I chanced upon Strawberry Park Resort while staying at SunLight Suite during my last trip to Cameron Highlands.  I was admiring the night view from Sunlight Suite's compound when I saw a well-lit area on the adjacent hill and remembered thinking to myself "Hmm, that looks like an expensive place....but I gotta check it out!" As it turns out, it wasn't that expensive considering the comfort, the facilities, and the invigorating environment.  Hotel Booking I booked through Agoda for a 3-day 2 nights stay, without breakfast for RM720+. Before my trip, I emailed the resort for booking confirmation, coz you know how sometimes A...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia?

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia? Update as of July 2023: Unfortunately, Book Depository has closed on 26th April 2023 😢 I love books and on average, I read about 1-2 books a month.  I'm not very fussy about the condition of books as long as I have exciting stories to read. And because books can be expensive, here are my go-to-places for cheap & affordable books: Bookxcess  - 1st hand, brand new books Booksnbobs - Quality, preloved books at affordable prices Carousel - for cheap, preloved books that I can't find elsewhere like this Babylon series Booksonthemove - Loved this initiative of book exchange! I used to visit the one in The Linc KL then boom! MCO so I can't travel more than 10km. sad. Big Bad Wolf Books on Shopee  - cheap! Anyway, I just recently discovered The Book Depository , an online book store based in the UK and has a wide selection of books on topics I couldn't find here in Malaysia. I've always bee...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...