Skip to main content

Kelebihan Supplement Magnesium Untuk Kesihatan


Pada pendapat peribadi CPPS, magnesium ni adalah satu mineral/ supplement yang agak kurang diketahui kebaikkannya. 

Magnesium ni tak mahal. Dalam banyak-banyak supplement, magnesium ni kiranya dalam kategori murahan je. Tapi tersangatlah banyak kelebihannya.

Selain vitamin C, magnesium adalah antara supplement yang CPPS nampak dan rasa perubahannya.


1. Baik Untuk Merehatkan Otot

Kadang-kadang, weols ni perlu bertugas ketika sales atau event yang memerlukan weols berdiri for most of the 12 hours. Bukan sahaja berdiri, malah weols juga harus kesana kemari berpura-pura rajin melayani pelanggan.

Malam tu sampai ke esoknya, weols memang akan sakit satu badan.

So senior-senior rekomen, sebelum tidur malam tu, telan 1-2 biji magnesium.

Ajaib sekali, besoknya badan tak sakit malah segar bugar! 

Kebiasaanya ramai yang akan MC selepas event macam ni, EXCEPT ME. because me is stwong 


2. Membantu Mengurangkan Senggugut
CPPS adalah antara manusia yang mengalami senggugut ketika period. Disebabkan tak nak membiasakan diri telan panadol menstrual, iols akan telan coklat dan perlu tahan sakit 30 minit sebelum coklat tu boleh meredakan sedikit period cramps.

Tapi selalunya CPPS kecundang juga dan telan panadol sebab sangat tak selesa terutamanya ketika bekerja.

Tetapi ada sekali tu, sudahlah period cramps, sakit kepala pulak. 

So CPPS telan 2 bijik magnesium dan tido awal.

Besoknya OMG, seperti matahari yang terbit di ufuk! 

Cramps gone, tension headache gone

3. Membantu Mengurangkan Lenguh Badan Selepas Bersenam 

Sis ni kan suka pegi angkat-angkat besi kat gym. So biasanya memang badan akan sedikit sakit keesokkan harinya.

Selain minum protein, pengambilan magnesium juga boleh membantu untuk mengurangkan muscle soreness due to the muscle relaxation properties.


4.Tidur Yang Lebih Lena 

Haaaa yang ni favourite CPPS.

Iols ni bukanlah seorang yang sering mengalami masalah sukar hendak tidur. Tetapi lebih kepada sering terjaga beberapa kali dalam satu malam. 

Lagi seram kalau terbangun tepat jam 3am. Terbayang kejap cerita Exorcism of Emily Rose uols!

So CPPS ni tidur yang agak kurang berkualiti la.

Bila bangun keesokkan harinya pulak, badan jadi lesu. Padahal cukup 7-8 jam tidur.

Sejak mengamalkan magnesium ni, iols dah jarang terbangun tengah pagi buta. Celik mata bila dah cukup time nak bangun. Badan pulak rasa segar bugar macam cukup rehat.

Sampai tahap melompat dari katil sebab semangat punya pasal kan. 

Okay tu over. Bangun nak pegi kerja memang tak lah, tapi kalau bangun hari cuti ke nak gi roadtrip ke then yes, melompat dari katil.

Tapi ini semua adalah pengalaman peribadi iols. Lain orang lain badan tetapi kebanyakkannya share benefit yang sama, which is better sleep quality. 

Kalau hari dimana CPPS penat sangat, sakit kepala atau moody, sebelum tido tu iols minum segelas susu dan ambik 1-2 bijik magnesium.

Trust me, you'll sleep very well and feel soooo much better the next day.

Lepas tu kan, bila kita travel ke tempat yang baru, biasanya kita cenderung untuk mengalami sembelit. 

Untuk mengatasi masalah ni, colleagues iols biasanya akan bawak magnesium ni kemana sahaja dia travel. Helps to reduce constipation tau.

Basically sums up what I've shared. I love magnesium!!

Apa Sebenarnya MAGNESIUM Ni?

Magnesium adalah mineral ke-4 yang paling banyak dalam badan kita dan 60% mineral ini boleh didapati di tulang.

Juga dikenali sebagai tranquilizer mineral kerana ia membantu meredakan kegelisahan. 

Penting untuk beratus tindak balas kimia badan namun ramai antara kita yang kekurangan magnesium kerana cara hidup moden: -
  • Pemakanan (banyak makan makanan proses, kurang sayuran dan buah-buahan, proses penanaman moden yang mengurangkan kandungan magnesium dalam tanah)
  • Gaya hidup - stress, pengambilan ubat-ubatan

Apa Kebaikan Magnesium?

  1. Involved in more than 600 reactions in our body
  2. Boost exercise performance
  3. Fights depression
  4. Benefit against Type 2 Diabetes & reduces insulin resistance
  5. Can lower blood pressure
  6. Has anti-inflammatory properties
  7. Can help prevent migraine
  8. Improves PMS symptoms (cramps, mood swings)

Antara simptom kekurangan magnesium adalah:

  • Otot sering kejang
  • Sistem penghadaman yang lemah
  • Resah gelisah
  • Mengalami kesukaran untuk tidur
Mengikut pengalaman sis, kebanyakkan customer yang carik magnesium ni adalah untuk cardiovascular issues (especially hypertension), constipation and sleep issues. 

Pernah tak korang dengar antara tips untuk mudah tidur adalah minum segelas susu suam sebelum tidur?

Kenapa mesti susu?

Sebab susu mengandungi calcium dan magnesium. Dua-dua ini adalah natural muscle relaxant

So uols, Magnesium adalah antara supplement yang CPPS highly recommend. #cppsapproved

Read more on Magnesium HERE, or HERE, HERE.

Disclaimer: Above is writer's personal testimony and not
 intended as a substitute for professional care and should not be used for diagnosing or treating a health condition or disease. If you have or suspect you have a health condition, you should consult your doctor

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Dear Girlfriends.....

I have known a lot of ladies who think they need someone to complete them and make them happy. Some compromised a lot and sacrificed so much of themselves to be in a relationship. Sadly some changed the person they are, the way they dress, even friends they mingle with just because the man in their life ask them to. Do not put your happiness in the hands of others. Happiness is a journey,not a destination. It is always up to us to make ourselves happy. If you are constantly wanting to be in a relationship to be happy or less lonely, you are going to be really disappointed.  Be happy with the person you are. If the one you are with now constantly make you feel worthless, maybe you are in a wrong relationship. Learn to love yourself. If you are not happy with the person you are now, how can you expect others to love you? This is a really nice song by Alicia Keys - Girl On Fire. Dedicated to all my girlfriends :) Remember, yo...

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1 Beautiful! Pulau Perhentian adalah antara destinasi dalam wish list Cik Panda. Dari dulu lagi teringin nak menjejakkan kaki di salah sebuah pulau yang cantik di Malaysia. Plan punya plan, rezeki iols tahun ni bercuti ke Pulau Perhentian. Ye la uols, selama ni iols makan ikan salmon. Tahun ni kita makan ikan kembong ye. Siap cicah air asam lagi. Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Perhentian Okay macam mana nak ke Pulau Perhentian yang terletak nunnnn jauh di Terengganu tu? 1. Melalui Udara Kalau rasa nak cepat dan jimat tenaga, uols boleh naik flight ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Kota Bahru KELANTAN ye.  Iols ulang KELANTAN sebabnya jeti nak ke pulau tu terletak di Besut yang lebih hampir dengan Kota Bahru. Lepas landing tu uols bolehlah ambik teksi ke Jeti Kuala Besut . 2. Melalui Jalan Darat Weols yang 10 orang ni sangat gigih so weols drive 3 bijik kereta, Ferrari, Ferrara dan sudah tentunya kereta...

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Part 2)

Baca Bahagian 1 SINI   Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!! Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7. Suatu weekend, apek tua...