Skip to main content

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons

Image: Unsplash/ Derick Mckinney

Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian?

Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals, dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat?

Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari.

Apa Itu Meal Replacement?

Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi.

Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake?

Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza. 

Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral)

Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian dan bukan bertujuan untuk menggantikan makanan.

Mengurangkan Berat Badan Dengan Meal Replacement

Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu mengurangkan pengambilan tenaga harian(mencipta defisit kalori).

Bila anda dalam keadaan defisit kalori, maka berat badan pun akan turun.  

Manfaat Meal Replacement Shakes

  • Rendah kalori
  • Diperkaya dengan vitamin dan mineral penting
  • Mudah untuk disediakan, hanya goncang dan pergi.
  • Cara yang mudah untuk membekalkan badan anda dengan keperluan dan pemakanan seperti hidangan penuh tanpa kalori yang tinggi
  • Membantu mengawal nafsu makan/ cravings untuk snek, jajan yang sudah tentu akan mensabotaj usaha penurunan berat badan anda.

Jom Kita Tengok 3 Produk Meal Replacement Yang Terdapat Di Watsons

1. Kitsui Meal Replacement Plus

Image credit: Kitsui

Dirumus daripada bijirin oat, kacang soya, chia seeds untuk meningkatkan metabolisme badan dan memberikan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari 

Maklumat Pemakanan untuk 1 hidangan (bancuh dengan air) 
  • Kalori - 62 kcal
  • Lemak - 0 g
  • Protein - 8 g
  • Serat pemakanan - 0 g
📢 Remarks: Tidak ada maklumat tentang kandungan vitamin dan mineral. Jumlah kalori untuk 1 hidangan pulak terlalu rendah untuk kita consider produk ni sebagai meal replacement yang lengkap.

Baca review jujur kat sini

Retail Selling Price (Watsons): RM39.90 (15 servings)
Kos 1 hidangan                        : RM2.66

2. Total Image Meal Shape



















Total Image Meal Shape dirumus dengan 24 jenis pelbagai bijirin, OatS'elect™ Beta Glucan dan ekstrak buah kaktus serta tidak mengandungi pewarna, perasa atau pengawet tiruan.

Maklumat Pemakanan untuk 1 hidangan (bancuh dengan air) 
  • Kalori - 117kcal
  • Lemak - 1.0g
  • Protein - 1.0g
  • Serat pemakanan - 1g
Retail Selling Price (Watsons): RM79.00 ( ~ 25 servings)
Kos 1 hidangan                        : RM3.16

📢Remarks: Kandungan kalori dia acceptable tapi protein & serat sikit sangat, 1g/serving. Ideally, kalau untuk bagi rasa kenyang yang lebih lama, kandungan protein & serat kena tinggi sikit daripada 1g.

3. 21st Century Fat Burner Powder

21st Century Fat Burner Powder adalah meal replacement berkalori rendah + fat burner.

Setiap 1 hidangan mengandungi 98 kcal and mengandungi fat metaboliser/ lipotropics yang terdiri daripada Choline, Methionine, Inositol and Betaine HCL.

Lipotropics adalah bahan yang menggalakkan organ hati mencerna dan membakar lemak melalui proses metabolisme badan.

Bahan-bahan yang terkandung dalam 21st Century Fat Burner Powder:

  • Skim milk
  • L-leucine, L-isoleucine, L-valine: 3 asid amino yang dikenali sebagai Branched Chain Amino Acid
  • Choline, Methionine, Inositol, Betaine HCl: Lipotropics
  • Vitamin blend: Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Folic Acid
  • Cellulose Fibre, Silica dan Kelp
  • Magnesium Stearate, Dicalcium Phospate
Retail Selling Price (Watsons): RM41.31 (10 servings)
Kos 1 hidangan                        : RM4.10

📢 Remarks: Katanya produk turut mengandungi fiber/ serat tapi kat packaging tidak dinyatakan berapa gram fiber dalam produk ni.

Sejujurnya, sis macam annoyed dengan labelling & maklumat pada botol produk sebab tidak ada maklumat yang lengkap tentang kandungan nutrient yang ada dalam produk ni. 

Berapa kandungan BCAA, vitamin, minerals?

Sis paling tak boleh terima claim on the label

"BCAA is a muscle developer which takes fat from your body and converts it to muscles which give you a learner look"

NO. NO. NO. TIDAK SAMA SEKALI!

Lemak adalah lemak dan otot adalah otot. Lemak TIDAK BOLEH ditukar kepada otot.




Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

The Twerk Test

Hey hey Kembali bersiaran setelah sekian lama bertapa dalam gua bersawang mencari ilham. Maklumlah introvert tegar seperti Cik Panda Perempuan Sihir ni memang alergik dengan perangai manusia yang semakin hari semakin jelik. Bukak social media, all I see is stupidity. So terpaksa la iols recharge dalam hutan dimana tiada liputan langsung. Okay so berbalik kepada tajuk iols ni, apa itu twerk? Alaaaa takkan uols tak up to date? Takkan uols macam Cik Panda jugak, bertapa dalam gua bersawang? Kepada sesiapa yang kurang memahami apa itu twerk, silalah rujuk gambar dibawah. Nak explain pun susah, kena demo depan mata. Tapi iols takut kalau iols demo kang jadi lain pulak. Iols takut jantan bernafsu serakah menyerang iols. Oh Miley Cyrus and her bum. So apa kaitan post Cik Panda dengan twerk? As a fitness freak, 1/3 of the time, I'm in work-out/yoga pants.  Ala you know, seluar tak seluar legging gitu. Legging jegging seluarging. Seluar ni memang selesa. Lembut...

"Aunty, bangun aunty" - Sebuah Kisah Seram

Mungkin ada sesetengah antara uols pernah cerita ni sebelum ni. Tapi kalau dah tau pun, baca je lah sampai habis ye dok? hihi Seram uols, memang seram cerita ni. Alkisahnya begini.... Masa tu iols dalam tahun ketiga atau ke-empat di Medical School, masa tengah buat degree. 3rd year tu dah clinical posting la kan. Iols kena pergi ward, ward rounds dan start to hands-on dalam wad. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku ketika iols sedang buat Cardiac Posting. Wad-wad ini menempatkan pesakit-pesakit jantung. Weols sebagai medical student masa tu ditugaskan secara bergilir-gilir untuk datang pagi-pagi dan ambik darah pesakit. So satu pagi ni, iols dan sorang rakan sekelas, kita namakan dia Nur, pun terkedek-kedeklah pegi wad dalam 7.30am. "Nurse, patient bed mana yang kena ambik darah?" sambil weols start ambik alat-alatan yang diperlukan. So nurse ni pun sebutlah nombor-nombor katil pesakit. Nur ni memang student yang sangat bersemangat waja berbanding iols yan...

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D Move over vitamin C, vitamin D is the new star! Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan. Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan.  Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain. Apakah Vitamin D? Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda. *vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K. Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D? Vitamin D juga dikenali sebagai " sunshine vitamin "/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari.  Sumber vitamin D: Cahaya matahari = Be...