Skip to main content

Lelaki Bermulut Puaka & Bila Nak Kahwin


Lelaki bermulut puaka dan CPPS berpisah tiada. Kali ini ceritanya berkisar tentang kahwin.

Ohh topik yang panas sekali. Memang bikin panas.

Ada seorang kawan lelaki kita namakan dia Dhani. Si Dhani ni CPPS kenal sejak tahun lepas tetapi cuma jumpa 2 kali sahaja. Selebihnya lebih kepada chat yang lebih kurang begini

"Hoi. Busy memanjang. Bila nak jumpa? Sombong. Starlight dahi tu kang"

Ye, weols berdua memang gurau kasar sikit. Tapi Dhani ni rajin la jugak kan chat dan tanya khabar sekali sekala. Bukanlah macam jantan-jantan puaka lain kan.

Penghujung tahun lepas, Dhani cakap dia rasa macam nak kahwin sebab 'Two is better than one' katanya. Lagipun umur dah meningkat. Dia tua setahun daripada CPPS.

Ok fine. Tahniah. CPPS suruh la dia carik calon kalau terasa hati dah terbuka nak kahwin kan.

Pertengahan tahun 2017, dia cakap akan kahwin lepas raya.

Okaylah kan. Syukur la dah nak kahwin.

Baru-baru ni, dia whatsapp CPPS bertanya khabar. Perbualan biasa dan kemudiannya dia tiba-tiba tanya CPPS bila nak kahwin.



"I kahwin? Hmm..setakat ni belum lagi kot."

Iols sambung lagi 

"Weh ingat senang ke kahwin. Sekarang banyak biawak hidup okayyyy. Ramai orang nak kahwin tapi diri tu dah betul-betul bersedia ke? Kewangan macam mana, ilmu berumahtangga tolong bini kemas rumah masak semua reti ke? Tak masuk lagi ilmu agama nak bimbing keluarga nanti. Haaa nampak tu kenapa i cakap kahwin bukan main2"

Eh panjang pulak hujah CPPS kan. Ni semua pengaruh Kisah Rumah Tangga la ni. 

Anyway, page KRT tu gerun sangat uols. Sesiapa yang terasa gatal merenyam nak kahwin, rasanya baik siapkan diri dengan realiti alam perkahwinan dengan membaca page KRT. hihi 

"Kita kan manusia. manusia mana yang sempurna. Kalau tunggu semuanya sempurna, bila ntah nya semua tu. betul tak?"

Ehhh bila masa iols cakap nak orang yang sempurna?

"Ye i setuju. Tapi bagi i, i akan kahwin jugak kalau i jumpa orang yang i rasa sanggup bersusah senang bersama."

"Kalau nak tunggu semua tu perfect..silap2 umur you 69."

Ehhh so what kalau umur i 69 pun? 

"Marriage is not for everybody la. If you rasa you nak kahwin, you go ahead. Tapi respect people who doesn't think the same. Banyak lagi cara untuk membahagiakan diri. I belum terbuka hati lagi. And kalau i single sampai 69 pun takpe la. Masa tu kalau i nak 69 dengan sesiapa pun manade orang marah"

"Okay2. Alaaa you ni. sebut pasal kahwin, emo. Puiiii. Harap-harap masa you 69 tu tetek you tak ke bawah. Faham tak? I cuba nak buat lawak actually."

LAWAK HOTAK MUNG!

"I respect orang yang nak kahwin ni tapi kenapa orang tak boleh nak biarkan je orang lain yang tak nak kahwin? Kenapa perlu persoalkan pilihan diorang? Masing-masing bahagia dengan cara masing-masing kan."

"Rilek laaa. I pun kahwin lambat so i pun melalui fasa you sekarang tu jugak."

Dahh tu?? Kalau dah lalui kenapa macam tak faham pulak kan kalau iols cakap not my time yet.

"And I takde pun expect perfection tapi bagi i, kalau nak kahwin, kahwin for the right reason la sebab tak nak la kahwin cerai, berskandal sana sini."

Dari dulu sampai sekarang iols tak faham kenapa iols yang tak kahwin tapi orang lain yang panas bontot, tak senang hati tengok weols tak join the club.

Rileks la uols. 

Tak payah nak panas bontot tengok kitorang tak kahwin-kahwin. Not married tidak bermaksud tidak bahagia. Kahwin pun tidak semestinya bahagia. Masing-masing dengan cara masing-masing kan.

Ibaratnya macam ni.

Uols suka durian tapi kawan uols tak, dia suka tembikai. Lepas tu uols paksa kawan uols untuk suka durian.

"Kenapa tak suka durian? SEDAP GILA! rugi tak makan durian."

Habis tu tembikai tak sedap?

Haa lebih kurang macam tu la analogi pakai buah-buahan kan uols. 

Janganlah sampai interrogate mereka-mereka yang belum kahwin atau BELUM NAK kahwin tu. They have their own reasons. The least you can do is respect their reason and decision.

Rezeki kita manusia ni semua lain-lain.

Ada orang rezekinya berkahwin di usia muda. Ada pula belum berkahwin walaupun usia lanjut kerana rezekinya menjaga ibu bapa atau adik-adiknya. Tak payah la nak tanya-tanya, nak soal-soal.

Sebab soal ajal dan jodoh itu di tangan Tuhan. Kita ni manusia memang merancang tapi Tuhan menentukan.

Kalau ada, adalah. Syukur. Kalau takde, takpe lah kerana rencana Tuhan itu sesungguhnya adalah yang terbaik.

Dan jangan lah pulak kita mengata, mengutuk mereka yang pada tanggapan kita, kurang daripada kita kerana esok lusa kita tak tau lagi kan nasib kita macam mana.

Sekian tazkirah CPPS. #donedakwah

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Dear Girlfriends.....

I have known a lot of ladies who think they need someone to complete them and make them happy. Some compromised a lot and sacrificed so much of themselves to be in a relationship. Sadly some changed the person they are, the way they dress, even friends they mingle with just because the man in their life ask them to. Do not put your happiness in the hands of others. Happiness is a journey,not a destination. It is always up to us to make ourselves happy. If you are constantly wanting to be in a relationship to be happy or less lonely, you are going to be really disappointed.  Be happy with the person you are. If the one you are with now constantly make you feel worthless, maybe you are in a wrong relationship. Learn to love yourself. If you are not happy with the person you are now, how can you expect others to love you? This is a really nice song by Alicia Keys - Girl On Fire. Dedicated to all my girlfriends :) Remember, yo...

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Part 2)

Baca Bahagian 1 SINI   Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!! Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7. Suatu weekend, apek tua...

Story of a fish catcher

I was brought to a riverside that supposedly has a lot of fish. They said sometimes the fish even jump out of the water, almost landing in the lap of man. They said " I want you to fish these bountiful resources and you are to catch at least 5 a day!"  I was then given a set of instructions and left standing at the riverside, scratching my head trying to understand how do I fish without equipment. No fishing hook, no bait, no net, no bucket. No nothing. Just a set of instructions. So I jumped into the water and try to grab a fish with my bare hands.  Most swam away, some swam nearer then sped away.  It's okay. I jumped out of the water, dug at the riverbank and pulled out few small worms. Jumped back in with the worms, hoping that it can interest a few fish. Managed to hold a few but then they swam away towards the other end of the river, where another catcher has something more attractive, a bait and a net. Occasionally, someone was sent to me wit...