Skip to main content

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba

Image: Unsplash/ Bach Tran

Kulit kepala yang berminyak, gatal dan berkelemumur merupakan masalah lazim yang menghantui lelaki mahupun perempuan.

Lagi-lagi dengan cuaca sentiasa panas dan lembap memang membuatkan rambut cepat berminyak dan berbau kurang menyenangkan.

Cukup pakej merimaskan apabila kulit kepala juga asyik gatal dan berkelemumur. 

Nampak "bersalji" pulak bila pakai pakaian berwarna hitam kan?

Masalah kulit kepala berminyak, gatal dan berkelemumur ni bukan setakat merimaskan dan tidak selesa, malah menyebabkan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri.

Kenapa Kulit Kepala Berminyak?

Minyak (sebum) pada kulit kepala adalah sebahagian daripada sistem pertahanan untuk rambut dan kulit kepala kita yang sensitif.

Setiap hari, apabila kita terdedah kepada elemen persekitaran, sebum akan bercampur dengan kekotoran, debu dan peluh yang kemudiannya menyelaputi kulit kepala dan akar rambut. 

Perkara ini normal dan tak boleh dielakkan.

Namun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah keadaan yang menyebabkan pengumpulan minyak yang berlebihan. 

Faktor Kulit Kepala Lebih Berminyak Daripada Biasa:

1. Mencuci Rambut Dengan Terlalu Kerap

Ya cuci rambut itu bagus tapi kalian kena faham peel rambut & kulit kepala sendiri. Ada orang kena cuci setiap hari, ada orang memadai 2 hari sekali. Ni kalian kena experiment. 

2. Jenis Rambut

Rambut lurus dan jenis halus sangat mudah untuk mengumpul minyak dan nampak lebih ketara berminyak berbanding rambut kerinting atau ikal.

Itu kerana batang rambut yang lurus tidak mempunyai tekstur atau kerinting, jadi minyak meluncur lurus ke hujung rambut dan terkumpul di seluruh kepala. 

3. Penggunaan Produk Yang Tidak Sesuai

Sebum adalah sejenis minyak. Bermaksud, kalau kita sekadar mencuci rambut dengan air sahaja, tak boleh lah nak betul-betul bersihkan minyak dan kotoran yang terkumpul pada kulit kepala. 

4. Perubahan Hormon Atau Genetik

Perubahan hormon contohnya ketika remaja atau ketika mengandung pun turut mempengaruhi penghasilan sebum.

Tips Penjagaan Kulit Kepala Berminyak, Gatal Dan Berkelemumur

1. Pilih Syampu Yang Sesuai

Image: Unsplash/Scandinavian Biolab

Pemilihan syampu yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut ni kadang-kadang lagi susah dari mencari jodoh. hihi.

Untuk kulit kepala yang cepat berminyak, kalian kena cari clarifying shampoo yang bertindak untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan hair product buildups. 

Personally, I use Serioxyl Clarifying Shampoo ni. Best! Rasa fresh sebab hilang minyak-minyak kat rambut dan kulit kepala.

Elakkan syampu yang melembapkan, melicinkan, atau khas untuk rambut kerinting kerana syampu jenis ni cenderung terlalu melembapkan kulit kepala yang sedia berminyak.

Jadi makin berminyak nanti sis. 


Untuk rambut yang gatal, berminyak dan berkelemumur, boleh cuba untuk guna syampu antifungal.

Daripada pengalaman peribadi, antifungal syampoo ni sangat membantu mengurangkan kelemumur degil dan kulit kepala yang gatal.

😍Add to cart Nizorals A-D Anti Dandruff Shampoo kat Lazada

2. Gunakan Scalp Massager Ketika Mencuci Rambut 


Bila cuci rambut, luangkan sedikit masa untuk mengurut kulit kepala dengan teknik yang sesuai, pastikan buih-buih syampu sampai ke akar umbi rambut. 

Barulah minyak dan kotoran di kulit kepala dapat dipecahkan dan dibersihkan dengan betul-betul. Kemudian bilas dengan bersih.

Kalau rasa malas dan penat jari-jari tu nak mengurut kulit kepala, gunakan scalp massager bagi syampu tu sampai kat kulit kepala.

Bukan saja kulit kepala lagi bersih, malah membantu mengurangkan kelemumur, meningkatkan pengaliran darah dan menggalakkan pertumbuhan rambut.


😍Add to cart scalp massager di Lazada, pilih yang harga Rahmah atau harga Madani 

3. Sapu Conditioner Pada Hujung Rambut Sahaja

Image: Dreamstime.com

Perapi atau conditioner adalah penyelamat untuk rambut yang kering. 

Tapi kalau kulit kepala kalian jenis berminyak, sapu pada hujung rambut sahaja (elakkan sapuan pada kulit kepala), kemudian bilas dengan bersih.

Kadang-kadang, apa yang kalian fikir adalah minyak sebenarnya hanyalah syampu atau perapi yang belum dibilas sepenuhnya. 

Jadi jangan lupa bilas dengan bersih ya.

4. Gunakan Tonik Rambut Yang Sesuai

Image: Unsplash/Scandinavian Biolabs
Penggunaan tonik rambut yang sesuai boleh membantu untuk menyeimbangkan minyak kulit kepala, mengurangkan rambut gugur, kelemumur.

Sesetengah tonik juga mengandungi bahan yang untuk menggalakkan pertumbuhan rambut


Untuk sapuan yang lebih berkesan, gunakan tonik rambut sekali dengan scalp massager.

5. Guna Dry Shampoo


Untuk rambut yang terlalu berminyak, pernah tak lepas cuci rambut waktu pagi, belum petang rambut dah kembali berminyak. Rambut jadi flat, menepek ja kat kulit kepala.

Like what-is-this gitu kan?

Untuk keadaan macam ni, boleh gunakan dry shampoo untuk serap minyak berlebihan dan mengembalikan rambut yang bouncy beralun. 

Dry shampoo bertindak sebagai quick fix untuk mengurangkan rambut berminyak dan bukanlah sebagai pengganti syampu biasa. Jadi kalian bila balik rumah nanti, cuci rambut seperti biasa ya.


My personal favourite is Batiste Dry Shampoo. Harga berpatutan, berkesan mengurangkan minyak dan menghilangkan bau rambut yang kurang menyenangkan. Ada size yang kecik so boleh letak satu dalam handbag.

😍Jangan lupa add to cart kat Lazada

6. Apple Cider Vinegar Rinse (Bilasan Cuka Epal)

Antara kegunaan ACV adalah mencuci rambut untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala, menguatkan rambut, dan untuk rambut bersinar.

Dalam keadaan semula jadi, pH kulit kepala kita adalah sedikit berasid. Tapi penggunaan syampu dan pelbagai produk rambut boleh mengubah pH kulit kepala menjadi beralkali.

Perubahan pH ni boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rambut berminyak, kulit kepala gatal, berkelemumur dan jangkitan kulat.

ACV yang bersifat asidik membantu untuk menyeimbang dan mengembalikan pH kulit kepala kepada keadaan asal. 

Macam Mana Nak Buat ACV Rinse?

1. Cuci rambut dengan syampu seperti biasa
2. Larutkan 1 bahagian ACV dengan 5 bahagian air 
3. Bilas rambut dengan larutan ACV, pastikan kena pada kulit kepala sekali
4. Bilas rambut dengan air
5. Gunakan perapi pada hujung rambut jika perlu

Amalkan seminggu sekali. Boleh buat lagi kerap kalau rambut jenis terlalu berminyak.

Personally, saya recommend sangat buat ACV rinse untuk mereka yang rambut berminyak dan gatal. 

Bila mengamalkan ACV rinse ni, saya perasan yang rambut kekal tak berminyak untuk jangka masa yang lama, bersihkan product buildup, kulit kepala kurang gatal, dan rambut tak flat dan nampak lebih bersinar.

Kalau kalian nak buat ACV rinse, pilih ACV dengan "the mother" ya.


Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kepala berminyak, gatal dan kelemumur!

Baca:

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Manusia Dua Alam

  Pernah jumpa tak manusia yang indah khabar dari rupa? Ataupun manusia yang dalam sosial media adalah seseorang yang sangat menarik hidupnya, melancong sana sini, kelihatan peramah dengan cerita-cerita pasal orang sekeliling dia tapi dalam kehidupan sebenar, agak sendu dan krik krik? Pernah kan? Inilah manusia dua alam dimana alam maya dan alam realiti dia berbeza umpama langit dan bumi. Ada seorang manusia ni, kita namakan dia XX (bukan nama sebenar). XX ni sering update cerita panjang lebar dalam sosial media dia. Satu gambar dia upload selalu disertakan dengan karangan 2 mukasurat.  Ada sekali dia upload gambar makanan yang diberikan rakan sekerja dia. Mulalah karangan 2 muka surat dia menceritakan mak si anu masak makanan lebih sikit untuk dia, si polan pun bagi makanan. Betapa murahnya rezeki dia dan bertuah dikelilingi kawan-kawan yang baik dan thoughtful. Wahhh kemain. Tapi dalam alam realiti, dia manusia berperangai pelik dan tidak boleh difahami. K...

Inferno Panic

Last night, Joel, Anne and i was chatting in the house when we smell something burning. We looked everywhere for the source of the smell until i saw smoke coming out of the main switchboard.  First it was only smoke, then little flame. Before long, the fire got bigger! Smoke fill the house and it smell of burning plastic and rubber. We panic and run out of the house. Knocked on neighbour's door to ask if they have fire extinguisher while Anne and I trying to think who to call for help. We wanted to call bomba but didn't know the number! In that moment of panic, we forgot that it's 999. So we call friends asking for bomba's number. Anne called her friend and the first thing her friend said "Anne! Save your laptop and your thesis!"  Only post-grad students understand this. Thesis and our research is more valuable than your IC or money or thousand dollar phone because only we know how difficult, how important our thesis is. Its a lifetime effort and hard...

Amazing Swimming Pools

I am a Pisces and "pisces" in Latin means fish. Pisces love to swim. So that explains my strong affinity for water. Just like a fish, i find water to be calming and soothing. Recently i've began to swim regularly after so long. Not only it is a good exercise, it releases stress and is extremely calming. I've read somewhere that water is a good medium to buffer and absorb all your negative energy and emotions. Two in one eh? I've developed obsession over swimming pools recently. Why i always seems to have obsession lately is beyond me. The nicest pool i've been to so far was this pool with an amazing view of Petronas Twin Tower. Perfect for a night swim as it was quiet and the pool is heated. Macam infinity pool tapi tidak juga.   Infinity pools are the nicest! Jom cuci mata sambil berangan ada pool macam ni... Ooh that's super nice. Perfect for a night swim. This is a pool in Bali. So calming. Next trip perhaps? ...