Skip to main content

Resipi Roti Gebu

Mak aihhh. Lambatnyalahhhh CPPS nak hapdate belog ni ye. Sejak dua menjak ni busy sangat. Otak kena pulak reboot.

Maafla ye kepada sesiapa yang mintak resipi roti gebu segebu CPPS tu. 

CPPS dari dulu teringin nak buat roti sendiri. Pernah la jugak try beberapa kali tapi asyik tak menjadi, tak capai standard iols. Tetapi iols tetap tak berputus asa.

Punya semangat nak buat roti sampai pernah terfikir nak beli breadmaker. Emm tapi breadmaker tu mahal sangat uols. Dari iols beli breadmaker, baik beli vacuum cleaner kan nak vacuum rambut iols yang *MENGAREY kat rumah.

Ehh. So the surirumahtangga kan.

*mengarey = bahasa sarawak untuk bertaburan, bersepah

Tapi roti tak buat-buat jugak sehinggalah iols pulang ke kampung halaman. Teringin nak makan roti yang lembut dan gebu. Banyak dah tempat iols beli roti, tetapi kebanyakkan roti yang iols jumpa, tidak menepati citarasa.

Roti-roti tu no bite, not chewy, too crumbly, no taste! 

Rasa macam makan udara ada. Rasa macam makan kertas pun ada.

Baru fefeeling nak sapu peanut butter, roti tu dah hancur berkecai.

So gigihlah CPPS ni mencari resipi kat google. Resipi ni CPPS approved!

Bahan doh asas roti/bun:
  • 500 gram tepung roti / high protein flour/top flour (4 cwn)
  • 3/4 cawan gula kastor (boleh kurangkan jadi 1/2 cwn)
  • satu biji telur
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 11 gram yeast kering (1 paket)

Cara-cara
  1. Campurkan susu pekat manis, telur, yis dan tambah air, jadikan 300ml semua sekali. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan air 300ml tadi dan gaul sebati - Iols pakai handmixer jeh, pakai yang macam hook tu ye uols.
  3. Masukkan marjerin/butter.
  4. Gaul sampai agak-agak sebati dan keluarkan untuk diuli. - Kalau melekit sikit, uli je sampai dah tak melekit. Iols tak tambah tepung atau minyakkan tangan.
  5. Perap doh (tutup dengan kain lembab) sehingga naik sekali ganda (1-1 1/2jam). - 1st proofing
  6. Bila adunan dah naik, tumbuk untuk keluarkan angin, uli lagi. Bentukkan sesuka hati uols (iols masukkan je dalam loaf tin yang digris dengan butter. Resipi ni boleh hasilkan 2 loaf roti)
  7. Perap lagi sehingga naik sekali ganda - 2nd proofing
  8. Sapu permukaan roti dengan campuran telur + susu/air. - Iols taburkan gula sikit atas permukaan roti
  9. Bakar 160c, 20-30 minit. 

Haaaa. Bahan-bahan buat roti ni senang je uols. Yang paling penting adalah teknik menguli. Pastikan doh diuli dengan kaw-kaw. 

Kenapa penting untuk uli kaw-kaw?

Sebab kita nak activate gluten (sejenis protein) dalam tepung. Gluten tu lah yang akan buat roti uols chewy mewy gebu.

Dari segi tepung pulak, seeloknya pakailah tepung roti/top flour kerana kandungan proteinnya yang lebih tinggi. Iols pernah jugak eksperimen pakai tepung roti + tepung gandum, menjadi jugak ye roti tu.

Berbalik kepada cerita menguli tadi. Macam mana nak tau doh tu cukup diuli ke tak?
Doh ni masih belum cukup diuli kerana kelihatan agak lembik dan permukaannya tidak licin berkilat. Macam mana nak uli? CPPS main tebar, tarik-tarik, hempuk-hempuk kat meja menguli tu. 

Uli macam uols basuh baju kat sungai. Kain-kain uols tu uols tebar-tebar pastu hempuk kat batu kan? Ha buat roti cara CPPS lebih kurang macam tu. Kelas ke idok??? Fefeeling cantik berkemban di tepian air.
Gambar kredit Google. Doh cukup diuli apabila jadi elastik macam ni. Hempuk la macam mana sekali pun, doh tu tak putus. permukaan doh akan kelihatan lebih licin dan berkilat. Jangan berhenti menguli selagi tak elastik. 30 minit jugak la CPPS uli selalunya.

Seronok jugak buat roti ni. Rasa puas hati sangat. Tambah-tambah lagi apabila ada orang yang suka makan.


Roti lembut dan gebu, cinonet dua orang ni pun suka makan tau!

Uols boleh pelbagaikan resipi tu. CPPS pernah eksperiman letak choc chips + raisins, almond + kurma.

SEDAP!! boleh makan macam tu sahaja.

Selamat mencuba!

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

The Twerk Test

Hey hey Kembali bersiaran setelah sekian lama bertapa dalam gua bersawang mencari ilham. Maklumlah introvert tegar seperti Cik Panda Perempuan Sihir ni memang alergik dengan perangai manusia yang semakin hari semakin jelik. Bukak social media, all I see is stupidity. So terpaksa la iols recharge dalam hutan dimana tiada liputan langsung. Okay so berbalik kepada tajuk iols ni, apa itu twerk? Alaaaa takkan uols tak up to date? Takkan uols macam Cik Panda jugak, bertapa dalam gua bersawang? Kepada sesiapa yang kurang memahami apa itu twerk, silalah rujuk gambar dibawah. Nak explain pun susah, kena demo depan mata. Tapi iols takut kalau iols demo kang jadi lain pulak. Iols takut jantan bernafsu serakah menyerang iols. Oh Miley Cyrus and her bum. So apa kaitan post Cik Panda dengan twerk? As a fitness freak, 1/3 of the time, I'm in work-out/yoga pants.  Ala you know, seluar tak seluar legging gitu. Legging jegging seluarging. Seluar ni memang selesa. Lembut...

"Aunty, bangun aunty" - Sebuah Kisah Seram

Mungkin ada sesetengah antara uols pernah cerita ni sebelum ni. Tapi kalau dah tau pun, baca je lah sampai habis ye dok? hihi Seram uols, memang seram cerita ni. Alkisahnya begini.... Masa tu iols dalam tahun ketiga atau ke-empat di Medical School, masa tengah buat degree. 3rd year tu dah clinical posting la kan. Iols kena pergi ward, ward rounds dan start to hands-on dalam wad. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku ketika iols sedang buat Cardiac Posting. Wad-wad ini menempatkan pesakit-pesakit jantung. Weols sebagai medical student masa tu ditugaskan secara bergilir-gilir untuk datang pagi-pagi dan ambik darah pesakit. So satu pagi ni, iols dan sorang rakan sekelas, kita namakan dia Nur, pun terkedek-kedeklah pegi wad dalam 7.30am. "Nurse, patient bed mana yang kena ambik darah?" sambil weols start ambik alat-alatan yang diperlukan. So nurse ni pun sebutlah nombor-nombor katil pesakit. Nur ni memang student yang sangat bersemangat waja berbanding iols yan...

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D Move over vitamin C, vitamin D is the new star! Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan. Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan.  Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain. Apakah Vitamin D? Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda. *vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K. Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D? Vitamin D juga dikenali sebagai " sunshine vitamin "/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari.  Sumber vitamin D: Cahaya matahari = Be...