Skip to main content

CPPS dan Personal Trainer

Ketika di zaman agak muda, fefeeling baru nak up dan baru berkecimpung dalam dunia gym, memang diakui CPPS amat tertarik kepada personal trainer.

Baca kisahnya DISINI dan SINI.

Pelik betul penyakit iols ni. Jantung iols akan berdegup kencang. lutut pulak terkulai layu, mulut tergagap apabila melihat kelibat jejaka kacak berbicep kekar.

Gituuuuh.

Itu dulu la kan.

Apabila usia sudah meningkat, pengalaman semakin luas setelah terdedah lama dengan dunia abam-abam hot gym ni, bolehlah dikatakan CPPS sudah sembuh daripada penyakit angau gila bayang dengan personal trainer.

Kalau nampak personal trainer, CPPS akan lari pecut macam tak cukup tanah. Tetiba alergik kan. Padahal dulu terhegeh.

Kebanyakkan mereka, terutamanya yang kategori anak-anak ikan ni, didalamnya "KOSONG".

To them, everything is about appearance. 

Rupa paras mereka lebih penting dari segalanya. Otak kosong, attitude sucks fefeeling hensem. Yang penting sado dan tampak maskulin. 

Bila sembang, kalau bukan pasal workout, mesti pasal "NAK DIET. DAH SEBU. ARGHHH STRESS KENA DIET. KENA START DIET BALIK. WORKOUT ALL OUT."

Ulang topik sama 18 juta kali.

CPPS ni uols, sangat tertarik dengan orang yang can hold intelligent conversation. Their opinions, ideas about issues. Kalau setakat topik workout, diet memanjang, ensem macam Fattah Amin pun CPPS bagi pandangan serong je. Kah!

Walaupun iols dah tak minat PT nih, tetapi mereka sering tertarik kepada CPPS. Terutamanya PT yang baru-baru, yang baru nampak muka sememeh tetapi comel CPPS kat gym tu. 

Nak try CPPS la konon kan. Fefeeling hensem. Cheh! 

Okaylah nak dijadikan cerita, baru-baru ni adalah seorang PT baru kat gym selalu iols melacur  workout tu. Dia terjumpa Instagram iols, kemudiannya dia mintak nombor telefon.

Homaigawddddd. 

So the anak ikan chuols. Baru 23 tahun. Matilanak. CPPS tak paham kenapa anak-anak ikan berkenan sangat kat iols. 

Budak ni kita namakan dia F ye.

Iols pun layankan la. Macam kawan-kawan. Seperti yang dijangka, apabila texting, F tidak lain tidak bukan asyik bercerita tentang DIET, WORKOUT, CHEAT DAY dan DIET lagi. 

Okay tu takpe.

F juga menganggap CPPS sebagai a shoulder to cry on dan asyik bercerita tentang dirinya yang frust menungging apabila gadis (berusia 30an) yang dia cinta separuh mati mereject dirinya. 

Hmmm F ni MILF hunter kot.

Pukul 3 pagi, F akan text iols. Bagitau dirinya tak boleh tidur sebab asyik terfikir pasal perempuan tu. Asyik fikir pasal future. Lepas tu mintak nasihat CPPS.

CPPS bagi satu baris ayat sahaja "MOVE ON PLEASE".

Besoknya pukul 3.30am, masih tak boleh tido kerana fikir benda yang sama.

Hello come on la. Perempuan bukan sorang, dia tu masih muda lagi. Perjalanan hidup masing panjang. Fikir pasal orang yang dah taknak kita buat apa kan. 

CPPS tanya la apa yang dia dapat kalau asyik fikir pasal benda yang lepas.

Hambik kau. Panjang lebar dia reply CPPS.

Dia nak dapatkan perempuan tu balik la. Hari-hari doa semoga itu jodoh dia. Kalau bukan jodoh dia, doa semoga dia dapat lupakan perempuan tu etc etc etc etc etc etc etc etc etc etc etc etc etc etc..............

...........................................

..........................................

HOMAIGAWD. Ai is menyampah. Terus tak reply. Boriinnngggggg.

Tetapi dia memang gigih kerana rajin whatsapp walaupun kadang-kadang iols tak reply.

Dia nak CPPS buat apa sebenarnya ni?

Nak cakap yang everything will be okay? Yang dia akan dapat balik perempuan tu? Yang dia akan happily ever after?

Heloo. Tak kuasa la iols nak berpura-pura caring, bagi kata-kata semangat.

Lagi satu tak boleh blah, dia tak habis-habis nak mintak belanja. 

"Hari ni cheat day i. Jom belanja I" 

Hamboiiiiii. Nak mintak belanja pegi la carik sugar mummy kan. Iols ni bukan sugar mummy, mami monster adalah.

Ni bukan pertama kali iols jumpa PT yang macam ni. Pernah ada sekali tu, si PT bajet hensem ni mintak iols belikan reload. MEMANG IDOK LER!

Tapi bukanlah semua PT macam tu kan.

CPPS pernah jumpa seorang yang sangat knowledgeable dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu workout. Dan yang paling CPPS hormat sebab dia tak pernah nak try-try, nak menggatal dengan iols.

Susahkan jadi manusia yang hot mot gorgeous morgeous dan awet muda seperti CPPS ni? Mungkin kena kurangkan pakai susuk. #jangankecam 

Memang kena pasang bodyguard ni.

KAH!

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

The Twerk Test

Hey hey Kembali bersiaran setelah sekian lama bertapa dalam gua bersawang mencari ilham. Maklumlah introvert tegar seperti Cik Panda Perempuan Sihir ni memang alergik dengan perangai manusia yang semakin hari semakin jelik. Bukak social media, all I see is stupidity. So terpaksa la iols recharge dalam hutan dimana tiada liputan langsung. Okay so berbalik kepada tajuk iols ni, apa itu twerk? Alaaaa takkan uols tak up to date? Takkan uols macam Cik Panda jugak, bertapa dalam gua bersawang? Kepada sesiapa yang kurang memahami apa itu twerk, silalah rujuk gambar dibawah. Nak explain pun susah, kena demo depan mata. Tapi iols takut kalau iols demo kang jadi lain pulak. Iols takut jantan bernafsu serakah menyerang iols. Oh Miley Cyrus and her bum. So apa kaitan post Cik Panda dengan twerk? As a fitness freak, 1/3 of the time, I'm in work-out/yoga pants.  Ala you know, seluar tak seluar legging gitu. Legging jegging seluarging. Seluar ni memang selesa. Lembut...

"Aunty, bangun aunty" - Sebuah Kisah Seram

Mungkin ada sesetengah antara uols pernah cerita ni sebelum ni. Tapi kalau dah tau pun, baca je lah sampai habis ye dok? hihi Seram uols, memang seram cerita ni. Alkisahnya begini.... Masa tu iols dalam tahun ketiga atau ke-empat di Medical School, masa tengah buat degree. 3rd year tu dah clinical posting la kan. Iols kena pergi ward, ward rounds dan start to hands-on dalam wad. Nak dijadikan cerita, kisah ni berlaku ketika iols sedang buat Cardiac Posting. Wad-wad ini menempatkan pesakit-pesakit jantung. Weols sebagai medical student masa tu ditugaskan secara bergilir-gilir untuk datang pagi-pagi dan ambik darah pesakit. So satu pagi ni, iols dan sorang rakan sekelas, kita namakan dia Nur, pun terkedek-kedeklah pegi wad dalam 7.30am. "Nurse, patient bed mana yang kena ambik darah?" sambil weols start ambik alat-alatan yang diperlukan. So nurse ni pun sebutlah nombor-nombor katil pesakit. Nur ni memang student yang sangat bersemangat waja berbanding iols yan...

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D

Kenapa Anda Mesti Pastikan Diri Anda Cukup Vitamin D Move over vitamin C, vitamin D is the new star! Eh tak tak, kedua-dua vitamin C & D penting untuk kesihatan. Cuma, sejak kebelakangan ni, vitamin D semakin dikenali & diiktiraf kepentingannya untuk kesihatan.  Semakin banyak kajian dilakukan dan ternyata vitamin D bukan sahaja penting untuk tulang & gigi, tetapi juga penting untuk daya tahan badan (sistem imun) dan mood, antara lain. Apakah Vitamin D? Vitamin D adalah vitamin larut lemak* yang memainkan beberapa peranan penting dalam badan anda. *vitamin larut lemak = vitamin yang memerlukan lemak untuk diserap & boleh disimpan di dalam badan kita. Vitamin larut lemak yang lain adalah vit A, E & K. Dari Mana Kita Boleh Dapatkan Vitamin D? Vitamin D juga dikenali sebagai " sunshine vitamin "/ vitamin matahari kerana badan kita berupaya menghasilkan vitamin ini apabila terdedah kepada cahaya matahari.  Sumber vitamin D: Cahaya matahari = Be...