Skip to main content

Perlu Ke Kita Ambil Supplement?

Perlu Ke Kita Ambil Supplement?

Isu supplement ni rasanya sampai ke sudah tak habis. Sentiasa menjadi isu-isu berbangkit gitu kan.

Oh sebelum saya bukak cerita, ada baiknya sekira saya clarify yang saya merujuk kepada dietary supplements seperti multivitamins, omega 3 fish oils, vitamin C dan sebagainya.

Dan bukannya jamu perapat, ubat kurus atau kunyah-kunyah terus cantik. Bukan juga supplement yang claim boleh sembuhkan pelbagai penyakit.

Bukan ye.

Sebelum ni, kita cerita pasal berbahaya ke supplement yang kalian boleh baca KAT SINI.

Kali ni kita cerita pulak perlu ke kita ambil supplement? 

Baca: Apa Yang Korang Kena Tahu Pasal Supplements

Supplement adalah supplement. Ianya sesuatu yang melengkapkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Supplement kalau dalam bahasa mudahnya adalah 

"Untuk melengkapkan sesuatu yang kurang"

Okaylah, berbalik kepada cerita pasal "perlu ke makan supplement?". Apa kata uols jawab dulu soalan-soalan dibawah.

1. Adakah makanan seharian anda terdiri daripada ikan, sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna dan jenis?

2. Adakah anda menanam sendiri buah-buahan dan sayuran?

3. Adakah udara sekeliling anda bebas asap rokok/kereta?

4. Adakah anda tak sentuh langsung alkohol?

4. Adakah anda minum air kosong dengan mencukupi dan tak minum langsung kopi atau minuman manis-manis?

5. Adakah anda robot yang anti-stress?

Kalau anda jawap semua Ya, TAHNIAH! Anda memang tak perlukan supplement.

Tapi kalau semua tu kalian jawab tidak, makanya bolehlah kalian consider dietary supplementation ye.

Kenapa?

Soalan 1: Pemakanan Yang Seimbang

Secara teorinya, kalian boleh capai keperluan seharian untuk vitamin dan mineral  kalau kalian makan makanan yang pelbagai jenis dalam jumlah mencukupi.


i.e susu bekalkan kalsium, kekacang bekalkan vitamin E dan bijirin bekalkan selenium. 

Kata lah korang makan banyak sayuran dan buah yang pelbagai warna. Adakah ianya dimasak atau makan secara mentah? 

Suhu yang panas ketika memasak boleh merosakkan kandungan vitamin dalam sayuran.

Pulakkk dahhh.

Orang Malaysia ni dengan nasi lemak, kueh tiaw goreng, bihun goreng, cucur pisang, nasi kandar, roti canainya, takde masalah dari segi macronutrient (carb, protein, fat), terlebih adalah.

Apa yang kurang adalah micronutrient (vitamins and minerals) yang sering terdapat dalam hasil-hasil tumbuhan.

Kita cerita pasal kalsium pulak. 

Ya, kita boleh dapat kalsium daripada susu tapi tau tak, kebanyakkan orang Asia ni lactose intolerant


Tak boleh minum susu langsung. Minum je cirit-birit.

Lagipun, minum susu setiap hari bukanlah tabiat orang Malaysia. Susu pekat manis tak kira hokaaayyyyy. No No No.

Untuk mereka yang lactose intolerant, maka supplement kalsium adalah sesuatu yang boleh memanfaatkan kesihatan diorang. 

Soalan 2: Sumber Makanan

So katalah korang makan sayuran dan buahan pelbagai warna (merah, hijau, oren, purple), TAHNIAH sisturs!


Tapi beli kat mana tu? Supermarket ke tanam sendiri? hehe

Tau tak daripada mana tumbuhan dapat minerals?

Daripada tanah.

Tapi terdapat banyak spekulasi bahawa kualiti tanah kita dah tak macam dulu. Kandungan mineral dalam tanah sudah berkurangan sebab over-farming. Pertanian secara besar-besaran, selepas saja tanaman dituai, terus tanam tumbuhan lain dan tidak memberi masa untuk mengembalikan kandungan mineral tanah. 

Sebab nak untung banyak dan cepat, kita tak bagi masa kat tanah untuk recover, untuk kumpul balik nutrient-nutrient. 

So macam mana kita nak tau buah-buahan dan sayuran yang kita makan tu mengandungi vitamin dan mineral yang mencukupi?

Soalan 3: Tabiat Merokok Dan Minum Alkohol

Salah satu keburukkan merokok adalah ianya memusnahkan kandungan vitamin dalam badan kita.

Kalau korang tak merokok, TAHNIAH!

Tapi pastikan jugak korang tidak terdedah kepada asap rokok daripada orang sekeliling ya. 

Secondhand smoke pun berpotensi memusnahkan vitamin dalam badan terutamanya kalsium, vitamin C dan B.

Hmm alkohol. The only one with proven health benefit is wine. Alkohol juga merosakkan vitamin dalam badan ye.

Soalan 4: Kopi Dan Kafein

Ahhh apalah nikmat hidup tanpa kopi/nescafe kan. Rasa macam tak bernyawa.


Tapi tahukan anda, kafein boleh membuatkan badan kita "kebocoran kalsium"? 

Ya sisturs. Kafein boleh membuatkan badan kita mengeluarkan simpanan kalsium dari dalam tulang dan kemudiannya dibuang melalui air kencing

*Lari nangis tepi bucu katil

Baca: Kaitan Diantara Kafein Dan Kalsium

Soalan 5: Stress
















Ada ke manusia yang tak pernah stress?

Pegi kerja stress banyak driver macam hanj***, kat tempat kerja stress macam-macam puaka.

Takde suami stress, ada suami lagi stress.

Jadi manusia ni, haruslah kita berdepan dengan stress setiap hari.

Tapi, tahukah anda yang stress boleh mengurangkan kandungan vitamin B dalam badan kita?

Jadi bagaimana? Rasanya cara pemakanan dan gaya hidup korang cukup tak untuk membekalkan badan dengan nutrient yang mencukupi?

Ataupun korang tengah consider nak makan supplement?

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Secluded Sanctuary For Introverts

 Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Introvert's Perfect Sanctuary Picture credit: https://strawberryparkresorts.com/ I'm always on the hunt for an introvert's getaway. As you can probably tell, I love misty mountain retreats. The tranquility, cool crisp air, breathtaking view, the seclusion are just 😍 perfect for introverting. I chanced upon Strawberry Park Resort while staying at SunLight Suite during my last trip to Cameron Highlands.  I was admiring the night view from Sunlight Suite's compound when I saw a well-lit area on the adjacent hill and remembered thinking to myself "Hmm, that looks like an expensive place....but I gotta check it out!" As it turns out, it wasn't that expensive considering the comfort, the facilities, and the invigorating environment.  Hotel Booking I booked through Agoda for a 3-day 2 nights stay, without breakfast for RM720+. Before my trip, I emailed the resort for booking confirmation, coz you know how sometimes A...

Adventure Time In Taman Negara Pahang - Day 1

Adventure Time In Taman Negara Pahang Image credit: Mutiara Taman Negara My last memorable trip was that rejuvenating retreat in Cameron Highlands . So, I vowed to make 2023 as memorable as possible, and visit new places as much as money and time would allow. This Taman Negara trip marks my first trip for 2023 and I would highly recommend all nature lovers to visit.  Absolutely memorable! It only took less than a month to gather 6 adventure kakis, plan, and book the trip.  Easy peasy lemon squeezy.  Accommodations in Taman Negara Pahang There are a lot of places you can stay in Kuala Tahan .  We booked Mutiara Taman Negara for convenience and resort vibe which I'm a sucker for. I just have this crazy attraction for a wooden chalet in a jungle. Anyway, Mutiara Taman Negara is the only resort that is located within Taman Negara, overlooking Sg. Tembeling.  They offered several attractive packages that include accommodations, meals, and activities. We booked ...

Squats Ke Arah Bontot Mantap

I love doing squats and all the variations of squats. Kalau pegi gym and tak buat senaman bontot, bukan Cik Panda lah namanya.  Bontot yang mantap tu kan aset. Ada orang yang bertuah dilahirkan semula jadi bontot memang mantap. Tu genetik. Tapi malangnya orang itu bukanlah ai. I'm not born with it, I build it.  Kadang-kadang kedengaran desiran angin nada-nada jealous makcik-makcik bawang sekalian. "Heh. Buat apa nak buat bontot besar-besar, squat bagai. Nak bagi jantan tengok la tu. Pakai ketat-ketat lepas tu tayang kat jantan-jantan. Nak mintak kena rogol ke apa?" Amboi mulut makcik-makcik bawang netizen sekarang ni memang puaka uols. Suka mendoakan yang jahat-jahat kat orang.  Kita buat bontot or whatever, tu untuk kepuasan diri sendiri. Untuk meningkatkan tahap keyakinan diri and it shows on your face and attitude when you have a healthy level of self-confidence.  Tak gitu uols. Yang takde confidence tu la yang duduk sebalik keyboard dan kutuk, ...