Skip to main content

Jenis Produk Supplement Yang Popular Tetapi Merepek Di Malaysia

Jenis Produk Supplement Yang Popular Tetapi Merepek Di Malaysia


Ramai orang Malaysia ni gullibe tau.

Menurut kamus, gullible didefinisikan sebagai:

easily persuaded to believe something; credulous.
"an attempt to persuade a gullible public to spend their money"

Ha, bermaksud senang sangat nak percaya sesuatu.

Sekarang ni kan ada macam-macam jenis produk. Semua orang boleh jual produk. Untuk kesihatan la, untuk kecantikkan la. 

Kalau yang betul-betul certified, yang kita betul-betul tau segala kandungan bahan dia,yang sudah ada trial sana sini tidak apa la jugak kan. 

Ni produk yang entah apa-apa. Lepas tu testimoni amboiiii sis, wonder-drug sungguh. Segala macam penyakit boleh sembuh. 

Produk Ketatkan Vagina

Produk ni kononnya boleh hilangkan bau badan, masalah keputihan dan bau period. Paling tak tahan part dia boleh ketatkan vagina. 

Siap bagi testimoni lagi suami komen semakin ketat, semakin sayang, semakin kerap 'bersama'...

Vagina tu kan ada muscle sis. Muscle kan perlukan exercise untuk bina dan maintain. Sebab tu orang buat senaman Kegel. 

Ada ka logik minum produk terus ketat? Kalau pasal hubungan intim ni lajuuu je suruh ejen PM harga, logik semua letak tepi. 

Produk Mantap Dan Pejalkan Bontot

Lepas tu beberapa hari lepas mana tah iols nampak, produk hormon untuk mantapkan bontot. 

Kalau ikut fikiran logik dan waras, betul ke minum produk je bontot yang serupa obor-obor boleh jadi mantap dan bulat?

Tidak ye kawan-kawan. It doesn't work that way.

Ramai orang kat luar sana bermati-matian buat squat la, lunges untuk mantapkan bontot. 

Macam cerita vagina tadi tu, bontot kita kan ada muscle. Muscle ni kena exercise la kalau nak bina bontot yang mantap. 

Kalau malas sangat tapi tak nak bontot kelihatan seperti obor-obor, belilah spender span bontot ni. Settle. Tak payah nak makan produk pelik-pelik yang kita tak tau bahan dia.


Pakai ja bontot span ni. Habis cerita..

Produk Putihkan Atau Cerahkan Kulit

Sekarang ni pun femes produk putihkan kulit. Ada yang memang berkesan tapi banyak tidak. Mahal pun orang sanggup beli. 

Gambar testimoni yang terang-teranan diedit pun orang percaya. 

Sekarang banyak application edit gambar. Muka berjerawat jadi licin, kulit kurang cerah jadi cerah pink-pink. Tak payah habis beratus ringgit pun, download ja apps. 

Siapa cakap kulit gelap tak cantik?

Produk Kurus Dengan Claim Yang Melampau

Produk kurus ni adalah satu produk sentiasa ada permintaan tinggi. Nak nak lagi produk yang menjanjikan kurus dengan cepat tanpa bersenam atau jaga makan.

Sistur sekalian, tidak ada produk yang selamat, yang diiktiraf oleh KKM, yang sah disisi undang-undang yang boleh buat korang tanpa jaga makan atau bersenam.

Tidak ada ye.

Jadi jangan cepat terpedaya dengan produk-produk kurus sebegitu. 

Baca: 
1. Fat Burner Dan Diet Puaka
2. Produk Kurus: Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Fat Burner
3. Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

Kawan-kawan doktor saya banyak yang frustrated sekarang sebab pesakit lebih percayakan kawan-kawan diorang, internet, media sosial dari doktor. 

Ubat doktor tak nak makan, follow-up tak nak pegi, diet tidak jaga, tak mau berhenti merokok sebab semua tu tidak berkesan. 

Sekarang ni ada produk boleh sembuhkan semua penyakit. Kononnya makan ja produk tu sembuh semua diabetes, darah tinggi, sakit jantung, kanser, tinggi kolesterol dan sebagainya.

Marilah kita ambik masa sejenak untuk fikir, 
kalau la betul ada wonder-drug macam tu, tidak ada orang yang sakit dalam dunia ni. Doktor tak payah susah-susah belajar berbelas tahun untuk rawat pesakit.

Lumrah manusia kot, nak cari jalan mudah. 

Memang tak salah nak cantik, nak sihat tapi guna akal fikiran logik ya kawan-kawan. Produk tu semua bukan murah tapi belum tentu berkesan. 

Dan testimoni bukanlah sesuatu yang ada kredibiliti. Lagi pulak, kena tau jugak testimoni melampau dan over tu siapa yang claim? Ejen/pengedar produk sendiri. Mestilah dia nak bagi nampak produk dia gempak.

Berhati-hati ya dengan produk-produk ni.

Kadang-kadang ada bahan yang merbahaya untuk kesihatan. Memang kita tak nampak kesan dia sekarang, tapi nanti kemudian hari? Badan ni kita nak pakai lama sis, kena jaga elok-elok. 

Baca: 

Senarai Produk Yang Diharamkan Kerana Mengandungi Bahan Terlarang 

Perlu Ke Kita Ambik Supplement?

Berbahaya Ke Supplements?

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap I love cakes but I love baking more than I love eating them.  So sapa jadi mangsa habiskan kek-kek yang iols buatkan?  Colleagues dan kawan-kawan iols lah yang untung.  *Misi menggemukkan rakan sekerja* Lemon butter cake ni iols pernah buat seketika dahulu dan digemari oleh kawan iols, Ari Fatonah Diva. Tiba-tiba hari tu, iols dikunjungi oleh seruan angin surirumahtangga dan teringin nak buat lemon butter cake ni.  Resipi ni iols ambik dari blog Phong Hong Bakes and Cooks . I love her blog because she is a die-hard foodie and hilarious too. By the way, resipi ni CPPS approved sebab kek ni ringan dan gebu. It's on the lighter, not-so-dense side with a nice, not too overpowering aroma and taste of lemon. Super sedap dan digemari ramai!  Bahan-bahannya senang didapati, cuma teknik whisking egg whites and fold in the batter tu uols kena mantap sikit la. Hehe.  Lols. Just showing how air...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

Common Malaysian Favourite Food And Their Calorie Content

Common Malaysian Favourite Food And Their Calorie Content Oh, Malaysia is definitely a food heaven. We have a looonnnnnggggg list of yummy food. My favourite would be nasi lemak ayam goreng.  Sinful, i know but definitely the best. Others on the list is Penang Char Kueh Teow with lots of clams, Thosai masala, roti canai roti telur...etc.  But do you know what is the calorie content of these foods? Some food have calories that exceeds your daily calorie intake with just one serving!   How Many Calories Should You Consume Per Day?  In general*: Adult male: 2440 kcal/day Adult female: 2000kcal/day * depending on your activity level. Or your weight (kg) x 30. i.e 50 x30= 1500kcal/day. Let's See How Many Calories These Favourite Malaysian Foods Contains:  1 Karipap = 128 kcal  (almost equivalent to 2 hard boiled eggs!) Sarawak Kolo Mee = 467 kcal Mee goreng mamak = 660 kcal Char Kueh Teow = 629 kcal Teh tarik = 83 kcal Mee...