Skip to main content

5 Sebab Kenapa Lebih Sukar Untuk Perempuan Turunkan Berat Badan

5 Sebab Kenapa Lebih Sukar Untuk Perempuan Turunkan Berat Badan

Sepasang suami isteri, Encik A dan Puan B mempunyai azam yang sama iaitu menurunkan berat badan. 

Jadi diorang berdua pun bersenam bersama-sama setiap hari. Pasangan romantis katakan. Makan pun makanan sihat yang sama.

Selepas 1 bulan, Encik A berjaya mengurangkan 5kg manakala Puan B begitu je la, tak berganjak pun beratnya waima 1kg pun. Maka tidak hairanlah kenapa Puan B berasa kecewa dan frustrated.

"Eh kenapa susah sangat berat aku nak turun ni sedangkan bersenam & makan pun sama je dengan laki aku?"

Jika ini adalah anda, jangan lemah semangat dan putus asa. Apa yang kalian buat tu dah betul dah, bersenam dan jaga makan. 

Sebenarnya memang ada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam menurunkan berat badan dan ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang perempuan itu lebih sukar untuk turun berat badan.

Ini Adalah 5 Sebab Kenapa Lebih Sukar Untuk Perempuan Turunkan Berat Badan

1. Metabolisme Yang Lebih Rendah


Kadar metabolisme seorang perempuan adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Secara lazimnya, perempuan mempunyai tisu lemak yang lebih banyak tetapi jisim otot yang sedikit berbanding lelaki. Ini mempengaruhi basal metabolic rate = metabolisme (kalori yang dibakar oleh badan ketika rehat).

Dari segi biologinya, perempuan memang dicipta untuk mempunyai peratusan lemak dalam badan yang lebih tinggi. Ini adalah untuk kesuburan, keseimbangan hormon dan persediaan apabila berlakunya kehamilan. 

Otot adalah seperti sebuah enjin yang membakar kalori. Jadi semakin banyak jisim otot seseorang itu, semakin banyak kalori yang dibakar dalam sehari. 

Jadi logiklah seseorang yang lebih berotot mempunyai basal metabolic rate = metabolisme yang lebih tinggi. 

Ini juga bermaksud, badan lelaki akan membakar lebih banyak kalori dalam sehari yang kemudian menyumbang kepada caloric deficit dan penurunan berat badan. 

2. Pengaruh Turun Naik Hormon


Hormon sangat mempengaruhi kehidupan dan kesihatan perempuan, termasuklah berat badan.

Turun naiknya hormon dalam kitaran haid boleh menyebabkan berat badan seseorang wanita jadi off balance. Huru hara sis. 

Kadar estrogen dan progesteron dalam badan akan turun naik bergantung kepada tempoh kitaran haid bulanan. Perubahan kadar hormon ini pulak akan menyebabkan badan lebih cenderung untuk menyimpan air (water retention atau gemuk air)

Oleh sebab itu, ketika PMS atau bila datang haid, apabila ditimbang, berat badan lebih sukar untuk turun malah kadang-kadang naik walaupun sudah menjaga makan dan bersenam dengan kerap.

Frustrating kan?

Jangan berputus asa sebab berat air ni bersifat sementara je. Bagaimana cara nak kurangkan kecenderungan badan untuk menyimpan air berlebihan?
  • Kurangkan makanan yang masin, bergaram
  • Lebihkan makanan yang mengandungi mineral potassium, magnesium dan calcium
  • Pengambilan air masak yang mencukupi
Lagi satu, fokus kepada inch lost dan bukannya weight lost.

3. Perbezaan Dalam Permakanan

Sering Mengidam Makanan Yang Manis Berlemak

Berbanding lelaki, perempuan lebih cenderung untuk craving makanan yang tinggi lemak dan manis seperti donut, kek atau pastri berbanding lelaki. 

Kajian juga menunjukkan apabila perempuan menghidu, melihat atau merasa makanan seperti pizza, cinnamon bun dan kek coklat, mereka lebih cenderung untuk makan walaupun sebenarnya mereka tidak lapar langsung. 

Lapar Selepas Bersenam

Perempuan lebih cenderung untuk berasa lapar dan makan selepas bersenam. 

Selepas bersenam, ghrelin — hormon yang membuatkan kita lapar akan naik manakala leptin — hormon yang beri isyarat kenyang akan berkurangan.

Perubahan hormon ini hanya berlaku pada perempuan dan tidak berlaku dikalangan lelaki. 

Jadi, bolehlah disimpulkan bahawa selepas bersenam, perempuan cenderung untuk makan lebih banyak dan kemudiannya menyebabkan lebih sukar untuk menurunkan berat badan berbanding lelaki. 

Cenderung Untuk Emotional Eating

Aduh, susah ye jadi perempuan ni. Emosi tak stabil, cari makanan. Stress je, cari makanan. 

Kalau mengidam sayur kobis ke lettuce ke takpelah jugak kan. Ada ke orang bila stress/ sedih, teringin nak makan kobis. Takde kan?

Perempuan lebih cenderung jadi emotional eater yang mana mereka makan sebab keadaan emosi (sedih, stress, sunyi atau gembira) dan bukannya sebab lapar.

Dalam usaha untuk rasa lebih baik, emotional eaters lebih gemar pilih makanan yang manis, berlemak, masin yang jika dimakan secara berlebihan akan menyebabkan berat badan naik

4. Tabiat Senaman Yang Berbeza


Dari segi senaman, kebanyakkan perempuan lebih gemar untuk melakukan senaman kardio seperti jogging, zumba, berbasikal atau berenang dan takut untuk membuat senaman angkat berat yang membina otot (weight training).

Kemungkinan besar sebab mereka mempunyai tanggapan yang weight training, mengangkat besi akan membuatkan badan jadi berotot seperti lelaki. 

Ada jugak yang takut sebab dimomokkan yang perempuan tak elok angkat berat, nanti jatuh peranakkan. 

Tidak sama sekali!

Seseorang perempuan yang buat senaman angkat berat tidak akan berubah jadi berotot seperti lelaki sebab hormon testosterone yang membantu pembinaan otot adalah terlalu sedikit berbanding lelaki.

Jadi jangan takut untuk membuat weight training. Malahan, untuk tujuan pembakaran lemak, weight training adalah sangat bermanfaat dan harus dimasukkan dalam rutin senaman kalian. 

Lagipun, otot kan enjin pembakar lemak. Jadi bila jisim otot kita mencukupi, lebih senanglah badan kita nak bakar lemak. 

Tak takut ke jatuh peranakkan?

Disinilah kita kena tau teknik mengangkat berat yang betul. Kalau tak pasti, boleh dapatkan panduan daripada personal trainer yang bertauliah. Kena tau jugak ya kebolehan badan kita sendiri. Janganlah tak pernah angkat berat, tiba-tiba nak angkat besi 100kg. Tak boleh la kan sistur.

5. Diet Yang Terlalu Extreme


Bukan semua tapi perempuan cenderung untuk menjalani diet extreme yang terlalu ketat - diet makan telur & epal hijau sahaja, juice cleansing diet, no carbs, no rice ataupun lebih teruk, tak makan langsung.

Apa pun tak boleh makan kan. Semuanya sebab nak turunkan berat badan dengan cepat.

Masalahnya diet extreme ni tidak sesuai dan tidak ramai yang boleh mengamalkannya untuk jangka masa panjang. Hangat-hangat tahi ayam gitu kan. 

Berbanding dengan lelaki, strategi untuk menurunkan berat badan sedikit berbeza. Mereka lebih cenderung untuk membuat perubahan kecil contohnya makan lebih sayur dan bersenam extra 20 minit setiap hari. 

Strategi macam ni lebih sustainable ya. Bermaksud boleh diamalkan untuk jangka masa panjang, maka kuranglah kejadian hangat-hangat tahi ayam. 

Adakah bermaksud perempuan tidak boleh menurunkan berat badan?

Boleh ja. Kenapa pulak tak boleh. Mungkin betul proses dia lebih lambat dan sukar berbanding lelaki tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak boleh dilakukan.

Teruskan usaha kalian dan jangan berputus asa. 

Comments

Post a Comment

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

CPPS Shemale?

Shemale ke?? Nothing related. Just that I like this pic and how I picture myself when looking at my phone. Walaupun CPPS jarang ngepost cerita pasal Tinder, tak semestinya CPPS tak main Tinder lagi. Sesekali bila bosan, iols swipe-swipe la jugak kiri kanan kan. Saje bagi jari-jemari lemah gemalai ni bersenam sikit. Kekadang tu saje la kan nak networking. Tapi setakat tu je la kan. Sebab up to a certain point, Tinder ni bosan jugak. You have to put up with a lot of small talks, shallow conversations and jerks who think with their dicks. So biasanya bila uols sama-sama swipe right tu, maka uols dah connected and boleh lah mula mengejas. Biasanya si jantan akan text "Hey" Lepas tu uols pun reply "Hey. How are you?" Lepas tu krik-krik 2-3 bulan. Ataupun "Hey" "Hey. How are you?" "Good good. And you" "Great. What do you do for a living" dah macam interview keje kan. Ada satu soalan ni ULTIMATE TIN...

The Perfect Staycation For An Introvert: The Saujana Hotel Kuala Lumpur, A Lush Sanctuary In The City

The Perfect Staycation For An Introvert: The Saujana Hotel Kuala Lumpur, A Lush Sanctuary In The City  I absolutely love staycations and almost always prefer places that are quiet, intimate with lots of greens.  Like a resort in the middle of the city. But to find one with an affordable rate in Kuala Lumpur city is quite a challenge. I happened to have a work-related thing in The Saujana Hotel and fell in love. Told myself that I will come back to spend a night (or two) here. The Saujana Hotel Kuala Lumpur Nestled in 160 hectares of lush gardens is a luxury resort-style hotel, located in the suburbs and next to a golf course somewhere in Subang/Shah Alam. It's the perfect place for a rejuvenating weekend when you want to be away from the hustle-bustle of the city but still located in the city. J ust minutes away from Subang Airport. I love that it's near to   Citta Mall , Subang Parade and Empire Subang Shopping Gallery .  So you know, I got a lot of F&B options...

Footprints In The Sand

This is my favourite story of Jesus One night I dreamed I was walking along the beach with the Lord.  Many scenes from my life flashed across the sky.  In each scene I noticed footprints in the sand.  Sometimes there were two sets of footprints.  Other times there were one set of footprints.  This bothered me because I noticed that during the low periods of my life  When I was suffering from anguish, sorrow, or defeat,  I could see only one set of footprints.  So I said to the Lord, "You promised me, Lord,  That if I followed you, you would walk with me always.  But I noticed that during the most trying periods of my life  There have only been one set of prints in the sand.  Why, When I have needed you most, you have not been there for me?" The Lord replied,  "The times when you have seen only one set of footprints  Is when I carried you." When times are tough, when you feel so lonely and ho...