Skip to main content

Kenapa Berat Badan Naik Mendadak Dalam Masa 1 Hari?

Kenapa Berat Badan Naik Mendadak Dalam Masa 1 Hari?

Pernah tak bila korang tak jaga badan langsung tapi tanpa disedari turun berat badan pulak.

Tapi bila makan dengan berpada-pada, siap bersenam 3 kali seminggu tapi berat naik. Kemudian, kedengaran pulak suara-suara puaka:

"Eh you dah gemok. Tak jaga makan la tu."

Rasa down sangat kan. Umpama semangat korang punah gitu.

Rasa macam dah tak tau nak buat apa sebab dah kurangkan makan makanan yang bergoreng, manis, fast food. Semualah!

CPPS selalu sangat hadapi situasi macam ni dalam healthfitness journey.

Dan yang paling menyakit hati bila yang suka bagi komen macam tu adalah lelaki.

Lelaki yang tak tahu menahu langsung pasal fisiologi seorang perempuan. 

Lagi sadis kalau orang tu "fitness professional"

Perempuan sangat dipengaruhi oleh hormon dari segi fizikal dan emosi. Malangnya, hormon turut mempengaruhi berat badan kita jugak. 

Lelaki tidak akan faham part ni.

Diorang tak boleh nak relate macam mana bloated, beratnya, gedabaknya badan 1-2 minggu sebelum period.  

Kenapa kita perempuan ni "kembang/gemok" sebelum period?

Satu perkataan ringkas dan padat, PMS (pre-menstrual syndrome)

Perubahan hormon dalam badan masa tu menyebabkan badan kita lebih cenderung menyimpan air (water retention). Ada pulak orang sebelum period tu dan dan pulak sembelit.

Dah la tengah gemok air, PMS pulak, lepas tu ada pulak mulut-mulut puaka cakap korang dah gemuk kan. Memang berangin la. 

Sebenarnya, peningkatan berat secara mendadak/overnight ni bukanlah disebabkan lemak tetapi seringkali disebabkan water retention atau gemuk air.
Besar kemungkinan bukan lemak kerana untuk badan kita menyimpan 1 pound lemak, kita perlu makan extra 3,500kcal sehari on top of 2000kcal (daily requirement)

Maksudnya korang perlu makan 5,500kcal sehari barulah 1 pound lemak akan tersimpan.

3,500kcal bersamaan dengan :
  • 5 pinggan nasik lemak
  • 8 keping roti telur
  • 27 keping pisang goreng
  • 35 batang sate
Mustahil kan korang makan semua ni dalam masa 2 hari?

So berbalik kepada cerita gemuk air ni, jom kita tengok apa lagi yang menyebabkan water retention.

1. Garam

Pengambilan garam atau sodium/natrium yang berlebihan membuatkan badan cenderung menyimpan air.

Mungkin kita tak bubuh banyak garam tapi kita orang malaysia ni suka makan belacan, kicap, ikan masin, ikan bilis, megi cukup rasa, kiub pati ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan pelbagai lagi sos.

Dan makanan proses juga mengandungi banyak garam tersembunyi contohnya mi segera, sosej, nugget etc.

Jadi kenalah kurangkan pengambilan garam, sos-sos, segala jeruk pekasam.

Minum lebih air untuk flush out sodium dan kurangkan processed food/ makanan segera.

2. Karbohidrat

Sis bukan anti-karbohidrat. I love carbs.

Cuma apabila kita mengambil terlalu banyak karbohidrat ringkas (nasi putih, roti putih, gula putih, pastries), badan kita lebih cenderung untuk menyimpannya sebagai glikogen dan lemak.

Glikogen adalah carbs yang disimpan di otot dan hati. Simpanan ini akan digunakan apabila badan kita perlukan tenaga.

Tapi glikogen ni pulak macam magnet air. 1 gram glikogen akan menarik 3-4 gram air.

Jadi macam mana?

--> kurangkan karbo ringkas
--> lebihkan karbo kompleks lain i.e wholegrain, brown rice, oats, sayuran

3. Intensiti senaman berubah

Sejak berjinak dengan strength training, angkat-angkat besi, berat sis naik 3-5kg berbanding zaman cardio-obsessed.

Gemuk. Sado. LOL.

But I'm so much stronger now

Bila kita buat strength training, otot kita akan koyak/cedera sikit (that's how muscle grow). 

Proses ini menyebabkan keradangan. Darah dan air akan lebih banyak mengalir ke sana untuk proses penyembuhan.

Air lebih? --> weight gain overnight.

HILANG 10KG DALAM SEMINGGU?

Teori ini juga boleh diguna-pakai dalam detox tea, teh kurus, diet kurus cepat.

Berat yang turun mendadak itu adalah sebenarnya berat air dan bukannya lemak. Sebab itu, apabila berhenti mengamalkan teh kurus/fad diets, berat akan naik balik.

Malah lebih teruk bila naik berganda-ganda!

The goal is to lose fat and not water okay.

So macam mana?

THROW AWAY THAT DAMNNNN WEIGHING MACHINE.

wah emo pulak.

The number on that weighing scale is not everything.

CPPS kenal seseorang yang lebih ringan lebih selim daripada iols tetapi body fat 36%. Maigwaddd. Mana dia simpan lemak-lemak tu?

Perempuan kebanyakkannya obses nak kurus dan terlalu fokus kepada weighing scale.

More importantly is you are healthy and happy.


http://www.liftingrevolution.com/the-weightroversy-why-your-weight-fluctuates-so-much/

Bikin panas tau ni. Kalau paha masih size chopstick jangan berani cakap diri gemuk. Wakakaka


Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Secluded Sanctuary For Introverts

 Strawberry Park Resort Cameron Highlands - Introvert's Perfect Sanctuary Picture credit: https://strawberryparkresorts.com/ I'm always on the hunt for an introvert's getaway. As you can probably tell, I love misty mountain retreats. The tranquility, cool crisp air, breathtaking view, the seclusion are just 😍 perfect for introverting. I chanced upon Strawberry Park Resort while staying at SunLight Suite during my last trip to Cameron Highlands.  I was admiring the night view from Sunlight Suite's compound when I saw a well-lit area on the adjacent hill and remembered thinking to myself "Hmm, that looks like an expensive place....but I gotta check it out!" As it turns out, it wasn't that expensive considering the comfort, the facilities, and the invigorating environment.  Hotel Booking I booked through Agoda for a 3-day 2 nights stay, without breakfast for RM720+. Before my trip, I emailed the resort for booking confirmation, coz you know how sometimes A...

Adventure Time In Taman Negara Pahang - Day 1

Adventure Time In Taman Negara Pahang Image credit: Mutiara Taman Negara My last memorable trip was that rejuvenating retreat in Cameron Highlands . So, I vowed to make 2023 as memorable as possible, and visit new places as much as money and time would allow. This Taman Negara trip marks my first trip for 2023 and I would highly recommend all nature lovers to visit.  Absolutely memorable! It only took less than a month to gather 6 adventure kakis, plan, and book the trip.  Easy peasy lemon squeezy.  Accommodations in Taman Negara Pahang There are a lot of places you can stay in Kuala Tahan .  We booked Mutiara Taman Negara for convenience and resort vibe which I'm a sucker for. I just have this crazy attraction for a wooden chalet in a jungle. Anyway, Mutiara Taman Negara is the only resort that is located within Taman Negara, overlooking Sg. Tembeling.  They offered several attractive packages that include accommodations, meals, and activities. We booked ...

Squats Ke Arah Bontot Mantap

I love doing squats and all the variations of squats. Kalau pegi gym and tak buat senaman bontot, bukan Cik Panda lah namanya.  Bontot yang mantap tu kan aset. Ada orang yang bertuah dilahirkan semula jadi bontot memang mantap. Tu genetik. Tapi malangnya orang itu bukanlah ai. I'm not born with it, I build it.  Kadang-kadang kedengaran desiran angin nada-nada jealous makcik-makcik bawang sekalian. "Heh. Buat apa nak buat bontot besar-besar, squat bagai. Nak bagi jantan tengok la tu. Pakai ketat-ketat lepas tu tayang kat jantan-jantan. Nak mintak kena rogol ke apa?" Amboi mulut makcik-makcik bawang netizen sekarang ni memang puaka uols. Suka mendoakan yang jahat-jahat kat orang.  Kita buat bontot or whatever, tu untuk kepuasan diri sendiri. Untuk meningkatkan tahap keyakinan diri and it shows on your face and attitude when you have a healthy level of self-confidence.  Tak gitu uols. Yang takde confidence tu la yang duduk sebalik keyboard dan kutuk, ...