Skip to main content

Lombok Day 3 - KUTA

Tanjung Aan, Lombok Selatan.
Baca cerita deodorant, PTPTN dan Day 1 DISINI

Cerita Day 2 ke Tiu Kelep, Sendang Gile, Guide Puaka dan Nasi Ayam DISINI.

Hari ketiga seperti semalamnya, CPPS dah celik mata awal pagi sebab hari ni nak try menu nasi goreng pulak. Tapi nasi goreng dia so so je la uols. 

Ni lah susahnya kalau diri sendiri pandai masak. Tibaahhh memuji diri kan.

Okay hari ketiga ni weols ke Lombok Selatan pulak. Day trip kali ni ongkosnya 500,000 rp yang termasuk

  • Banyumulek Pottery Village
  • Sukarara Weaving Village
  • Sasak Village Sade
  • Kuta Beach
  • Tanjung Aan
  • Merese Hills
Masa nak decide aktiviti day 3, Pak Amin recommend sangat ke Gili Nanggur di Lombok Selatan tapi mahal uolssss, dalam 1juta rp (approx RM400) jugak lah. Snorkelling trip ke 3 Gili (Gili T, Gili Air dan Gili Meno) murah sikit tapi iols taknak snorkeling sebab CPPS ni masalah mabuk laut. 

Lagipun nanti bukannya iols snorkeling sangat pun. Duduk atas bot jeh. Tak nak rentung punya pasal. hahaha!

So iols decide la nak ke Lombok Selatan sahaja.

Weols gerak lewat sikit dalam 10.30am sebab pak supirnya lambat. Kali ni pak supir weols muda lagi. Nama dah lupa tapi sangat sopan dan gentle orangnya. Kalau Pak Amin potpetpotpet tak berenti, supir yang ni bercakap tepat masanya dan bila perlu. Bawak kereta pun tak bad ass sangat macam Pak Amin.

Pit stop pertama weols adalah Banyumulek Pottery, 45minit daripada Senggigi.
Macam kat Batu 6, Kuching uols. Kedai pottery. Hehe. Kat sini uols boleh lah beli kalau berminat.


Ha nampak tu selebet tak CPPS? Liburan pakai selipar jepun jeh, muka sememeh bedak pun takdak.

Kat sini uols boleh hands on buat pottery. Nanti dia suruh lah uols pilih nak buat apa, ashtray ke, kura-kura ke, doraemon ke itik ke. Bentuk sosej pun boleh kalau uols nak. Pottery hasil uols tu boleh bawak balik. Bukan free okay, lepas habis kelas pottery tu, uols bagi lah sumbangan seikhlas hati.

Masa ni bila tengok orang sebelah hulur duit, CPPS pun tanya la kat makcik ni 
"berapa ya mbak?"

Makcik ni tiba-tiba mai bisik kat kita tapi CPPS langsung tak faham apa dia cakap. Lepas tu dia dok ulang-ulang bisik.

OOOOOooooo rupanya seikhlas hati mau bayar berapa. Em kayyyy.

Seikhlas hati ni weols lemah sikit. Bagi 1000rp macam sikit sangat, 100,00rp macam banyak sangat. adoiyaiii.

Weols sempat la interview mbak tu kan, rupanya dia dah temurun buat pottery ni. 
Gadis yang bawak beg tu Rose from Canada. Kebetulan semasa dinner kat Warung Jawa semalam, weols makan semeja dengan dia. Dari situ weols start borak-borak. Sebab dia potpet weols layankan je la. Rose travel seorang diri hampir ke seluruh Asia, ambik gap year selama setahun. Anapurna pun dia dah sampai uols! Mampu?!

So weols tanya la what do you think of KL tapi dia cuma transit 48 jam di KL
"It's a very funny city. You have mixture of everything! old and new city in a one place."

Mat dan minah salleh ni uols, lebih menggemari tempat yang bukan bandar besar. Diorang lebih suka untuk experience culture sesebuah tempat tu. Diorang kalau tanya CPPS dari mana, bagitau Sarawak diorang taktau. Kita kena cakap Borneo baru diorang tau. 



Ni lah hasil tangan weols. sia-sia je weols buat sebab akhirnya ditinggalkan di Mama Bella sahaja. Tak kuasalah CPPS nak pegang macam tu bawak naik kapal. haha.
Selepas main tanah liat tu, weols gerak pulak ke Sukarara Weaving village dalam setengah jam dari Banyumulek.

Kat sini akan ada guide yang membawa uols masuk dan bagi penerangan, lepas tu nanti, uols tips la dia seikhlas hati.

"Dari mana ya?"Guide tu tanya

Weols pun jawab Malaysia

"Oh Upin Ipin." Seeee. told ya. memang semua orang yang weols jumpa akan cakap macam tu.

Kaum Sasak adalah majoriti di Lombok dan dalam budaya mereka, anak gadis diwajibkan untuk pandai menenun kain songket barulah dibolehkan untuk berkahwin. 

CPPS ni jangankan menenun, menjahit pun bukan reti sangat, patutlah kerturina gitu kan. Mereput hingga ke tua. Kakaka

Untuk siapkan kain-kain ni, ambik masa sampai sebulan. Sesetengah design dia, interestingly looks so similar to Pua Kumbu. Kat sini, uols boleh beli kain-kain songket dan bermacam lagi tapi bagi CPPS agak mahal la.

Di Sukarara ni, uols boleh try pakaian tradisional Sasak dan bergambar fefeeling OOTD. CPPS pulak uols, fefeeling gadis Sasak yang menunggu untuk diculik dan dikahwin lari.

Unik budaya suku kaum Sasak adalah dalam melarikan anak gadis untuk dikahwini. Ha nanti CPPS cerita bila kat Sasak Village Sade.

Duduk sampai kematu bontot pun takde orang nak culik. Sedeyyyy

Sebab perjalanan jauh, pak supir pulak bawak kereta lemah lembut, apalagi CPPS dengan TC tertidur berdengkur la dalam kereta. 

Dah nak sampai tu, pak supir tu kejutkan dengan lemah lembut lepas tu siap mintak maaf sebab kejutkan. Jatuh cinta betul la dengan pak supir tu. CPPS ni memang lemah kalau lelaki yang gentle dan soft-spoken nih. Kahkah

Perhentian seterusnya pulak adalah Sasak Village Sade. 

Ini adalah perkampungan tradisional suku kaum Sasak. Kat sini pun akan ada guide yang bawak uols masuk dan terangkan amende kat sekeliling uols tu.

Guide weols terbaik!

Masuk-masuk saja, dia pelawa weols ke sebuah pondok yang juga merangkap balai raya kampung tersebut, yang dikenali sebagai sakenam (sakenam bermaksud 6 tiang, sakempat pula 4 tiang yang sering digunakan untuk keluarga bersantai).

Penerangan guide tersebut memang tip top!

Yang paling menarik adalah budaya Sasak yang melarikan anak gadis dan di Lombok adalah satu-satunya tempat dimana menculik gadis adalah dibenarkan dan tidak akan dilaporkan.

Menculik gadis adalah sebagai effort si lelaki untuk memperisterikan gadis tersebut dan ada perbezaan di antara kahwin lari dan kahwin paksa.

Kahwin lari apabila dua-dua pihak suka sama suka tetapi kahwin paksa apabila si gadis tidak suka lelaki tersebut tetapi terpaksa berkahwin kerana dalam kaum Sasak, tiada istilah tidak restu atau tidak setuju.

Maksudnya kalau dah kena culik tu, uols suka atau tidak, memang kena kahwin. 
Macam ni lah rumah diorang. Yang macam pondok tu sakempat sebab ada 4 tiang. Atapnya daripada jerami dan unik lantai rumah Sasak ni, adalah diperbuat daripada campuran tanah liat dan kotoran sapi (taik lembu la uols).

Dan untuk membersihkan rumah, diorang pakai kotoran sapi jugak. Hmmm unik sekali!

Rumah Sasak ada 2 bahagian. Tingkat bawah adalah ruang tamu, bilik tidur lelaki. Tingkat atas pulak dapur, bilik bersalin dan bilik tidur perempuan.

Lelakinya ramai petani dan perempuannya penenun. Disini uols boleh beli kain-kain songket dengan harga berpatutan dan boleh tawar menawar. Iols ni dahlah paling benci tawar menawar.

Guide weols tu baik gile. Tempat pertama weols pegi, orang tu letak harga permulaan 600,000rp hokaayyy. Guide tu senyap2 cakap kat kitorang sebenarnya boleh dapat sekitar 250,000rp sahaja. So dia bawak kitorang pegi gerai yang murah tu.

Menurut guide, kain songket diorang diperbuat daripada kain kapas dan bukannya kekabu. Ha tu yang warna hijau dalam kontena putih tu lah buah kapas. 


CPPS beli yang macam ni. Yang ni Kain Songket Tenunan corak rangrang. 250,000rp (approx RM82, murah!) termasuk dengan selendang tu. Bagi kat mak iols pun okay ni.

Sebenarnya nanti kat Tanjung Aan pun ramai je orang jual kain songket macam ni, lagi murah tapi takpelah kan, membantu ekonomi perkampungan Sade gitu kan.

Macam biasalah mana-mana guide, uols bagilah tips seikhlas hati. Disebabkan guide ni baik sangat, weols bagilah lebih sikit. 

Dalam perjalanan ke Kuta, Pak Supir cakap kat weols, nanti kat Kuta, akan ada RAMAAAIIIIII orang yang cuba menjual bermacam-macam. Gelang lah, T-shirtlah, songket lah. 

Dia nasihatkan weols jangan layan, tolak dengan baik, cakap dengan baik-baik takde duit sebab penjual-penjual ni agak agresif.

"Tapi jangan bagitau saya cakap begitu!"pak supir tu gelak-gelak. Aduhh bergegar tulang rusuk CPPS jatuh chenta.

Sebelum ke Kuta, kawan FB CPPS yang pernah ke Lombok sudah siap berpesan

"Kuta PANAS GILE. Make sure sunscreen pakai banyak-banyak."

Yes memang sangat panas. Menyengat! Kebetulan pulak masa tu dalam pukul 2 petang.

Sebelum berjalan ke pantai, weols singgah makan kat restaurant ni pak supir bawak. Restaurant standardlah uols harga tourist, so dalam 100,000rp seorang. Gambar makanan tak ambik sebab lapar. Makanan sampai terus makan tak pandang kiri-kanan.

Lepas lunch, weols berjalan ke pantai. Gile kau panas terik!

Kain ni versatile. Jadi selimut boleh, skirt boleh, dress boleh. Macam-macam boleh.

Disebabkan CPPS tak nak rentung, maka kain digunakan untuk membalut diri. Bukan apa uols, kesan rentung ketika di Pulau Perhentian October 2016 tu sampai hari ni ada lagi okayyy. 

Pantai Kuta, Lombok

Breathtaking kan? Tapi CPPS takdelah gila nak mandi tengah hari buta. PANAS!
Pasirnya sangat unik dan SANGAT susah untuk berjalan sebab kaki uols akan terbenam dalam pasir.

Close up pasirnya begini, biji-biji.
Ha tengok, sebentar kemudian kain tu boleh transform jadi skirt. Kain ni weols beli kat main bazaar Kuching jeh. Harga tak ingat.



Time ni weols ambik gambar cepat-cepat lepas tu lari sebab panasnya YA AMPUUUUNNNNN
Perhentian seterusnya adalah Tanjung Aan yang terletak lebih kurang setengah jam daripada Kuta Beach. Jauh tu takdela jauh cuma jalannya sempit dan berlubang-lubang.

Pak supir pulak asyik mintak maaf sebab jalan berlubang tapi mana dia tau kat Malaysia pun ada je jalan macam tu. Hihi.


Tanjung Aan ni TERSANGAT CANTIK! Airnya biru, pasirnya putih halus! orang pulak tak ramai. Masa ni TC nampak air terus berdesup lari terjun dalam air.

CPPS duduk kat pondok bambu tu sambil minum air kelapa. Feeling sangat! Nak mandi tu memang tak sebab panas yang amat.

Lagipun CPPS tak bawak baju tukar. Bila fikir nanti susah nak tukar baju, CPPS tak jadi bawak baju tukar.

Toilet facility dia emmm menyukarkan kita yang perempuan ni nak tukar baju sebenarnya.

Dalam satu jam CPPS duduk kat pondok tu, adalah dalam 10 orang approach CPPS jual T-shirt, gelang dan kain songket. Kalau nak beli songket kat sini murah, 150,000 rp tapi taktaulah kalau termasuk selendang macam yang CPPS beli tu.

150,000rp tu uols boleh tawar lagi sebenarnya.

Kulit-kulit mat salleh ni memang tebal macam kulit durian. Berjemur tengah panas terik pun cuma kemerah-merahan dan kemudian tan dengan cantik.

Kita ni orang Malaysia, tak payah cakap nak berjemur. Kalau keluar rumah sekejap jemur kain, masuk balik dah rentung. Rentung tona tak sekata bercapuk-capuk pulak tu. 




Selepas Tanjung Aan, kita ke Bukit Merese pulak. Permandangan dari bukit ni memang SUPERB! tapi uols kena daki sikit la. SIKIT jeeee.



Seronok uols duduk atas bukit ni tengok permandangan. Angin dia kuat pulak tu. Kalau uols hampar tikar nak piknik pun okay cuma awas taik lembu. Bukit ni port pengembala lembu dan kerbau bawak ternakan ambil angin petang.



Area Kuta ni dikenali untuk surfing sebab ombak dia besar.

Tanjung Aan daripada Bukit Merese. 

Kat Bukit Merese ni pulak satu cerita. Tempat ni memang view dia magnificient. Kita pun excited la nak bergambar kan. Siap carik port baik punyaaaa nak bergambar. So bila iols jumpa satu port baik punya tu, iols panggil la TC ni nak ambikkan gambar dia yang meletup. Uols tau apa dia cakap?

"Apa ni bergambar2? Just enjoy the view la"

Ko ghase??!!?!?! Berapi tak CPPS masa tu. Padahal kita nak ambik gambar dia.Potong stim betul. Terus hilang mood nak bergambar. So uols jangan tanya kenapa tak banyak gambar CPPS. 

OKAY FINE!!

Kitorang pun duduk menikmati permandangan dengan jarak satu kilometer diantara satu sama lain dan angin pun berlalu.....
Daripada atas bukit ni, uols boleh nampak Batu Payung yang nunnnnn secotet disana. Petang-petang macam ni, nak ke Batu Payung kena naik bot sebab air pasang. Mahal jugak. Ni Pak Supir tu cakap la. Kalau air surut, boleh jalan je ke situ.
Panoramic view on top of Bukit Merese
Boleh dikatakan trip ke Lombok Selatan ni favourite CPPS. Kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, CPPS akan repeat Lombok dan sudah semestinya akan memilih untuk tinggal di Kuta atau Selong Belanak.

Weols tak tunggu sunset sebab lewat sangat pulak nanti sampai Senggigi. Sampai hotel hari pun dah gelap. So macam biasa letak saja barang, weols keluar makan kat Warung Pak Tahir sebab situ murah dan sedap.


TC makan ayam penyet, iols pulak makan nasi campur complete set (ayam, udang, sotong, tauhu dan tempe), siap ada sayur pucuk ubi masak lemak. CPPS nampak pucuk ubi terus tak ingat dunia dah uols. Favourite kan.

Minum es jeruk (limau ais) dan dragonfruit (pekat dan sedap sebab dia blend real fruit), semua makanan ni cumalah dalam 63,000rp (approx RM20). Murah kan?

Tapi kat sini, uols kena tahan makan pedas la. Pedas sampai berairmata berair hidung.
Lepas makan tu weols balik la berehat tapi sebelum tu sempat singgah beli Terang Bulan lagi. 

Kalau uols jenis yang suka night entertainment, di main street Senggigi banyak bar dan restaurant yang ada live band dan karaoke. 

COST LISTING (PER PERSON):
Day trip : RM82
Souvenir: RM82 (songket)
Lunch: RM20
Dinner:RM10

Tengok-tengok balik rasanya takdela less than RM1000 nih. hahahaha. 

Tapi rasanya kalau uols nak lagi jimat, ada je tempat tinggal yang murah dan sudah tentunya costing lagi murah kalau uols pegi ramai-ramai.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus? Image: Unsplash/ Nature Zen Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi.  Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? 😋 Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols? Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian.  Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus? Baca: Nasi Penyebab Kegemukkan? Apakah Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus? Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

Jom Ke Krabi - Krabi Night Market Atau Pasar Malam Krabi Yang Popular!

Read about our FABULOUS Bluesotel Krabi HERE and our EXCITING island hopping adventure HERE . Okay hari ketiga adalah hari CHILLEX bebeh! Pagi tu weols bermalas-malasan dan breakfast dalam bilik hotel. Makan roti cicah nescafe, maklumlah 7E sebelah je and breakfast hotel pulak mahal. Dalam pukul 11 macam, weols pun keluar menjelajah, menyusuri kawasan Ao Nang dan Noppharat Thara beach, jalan-jalan cari makan dan cuci mata Ihhh tak. Mun dik Bau mun eh neh. Ba ninga dorod dik belakang noh ~ Google translate plis Pantai Ao Nang dari hotel kitorang takdelah jauh sangat, dalam 5 minit perjalanan je. Tapi nak ke Noppharat Thara beach tu boleh tahan jauh, dalam 10-15 minit berjalan dalam terik matahari. Boleh tahan basah jugak ketiak. Gadis x: Saya cuma akan kawan dengan lelaki yang ada Honda. Huh! orang yang takde Honda tak layak untuk i! Lelaki x: Saya ada Honda! Gadis x: Jom kawin. Kalau uols malas nak jalan, boleh je sewa scooter/motosikal. 200 Baht untuk sehari. ...