Skip to main content

Lombok Day 2 - Tiu Kelep & Sendang Gile

Seketul pink dibelakangi biruan?
Belum baca cerita deodorant, PTPTN dan Day 1? Baca DISINI ye.

Hari keduanya di Lombok, 7.30am CPPS sudah bangun celik mata okay. Sebab apa?

Sebab nak makan breakfast complimentary hotel. Kahkah.

Hotel breakfast dan CPPS berpisah tiada.


Breakfast corner Mama Bella. Comel je uols. Mama Bella tak serve lunch or dinner tapi ada list menu untuk tapau kalau guest nak.
Rempuan siher memang tak senonoh selebet uols. Celik mata, tak cuci muka tak berus gigi terus pegi breakfast. Tu yang muka macam mak lampir. 

Staff mama bella ni versatile, front desk boleh, yang masak breakfast pun diorang. tapi breakfast tak banyak pilihan la, Coffee/tea, Fruit Juice/fruit platter, Eggs and toast/pancake/nasi goreng jeh. Ha, untuk 3 hari kat sana, CPPS try semua. Kahkah. 


 Semalamnya semasa check in, berurusan dengan staff yang friendly, Cik Dani untuk aktiviti hari kedua. Biasanya hotel ada sediakan pakej-pakej day trip. Kalau uols rajin, boleh je pergi kat main street Senggigi dimana ada banyak tour operator.

Tapi weols nak ambik jalan senang so berurusan sahaja dengan hotel.

Untuk hari ni, weols ambik day trip ke Air Terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile yang terletak di Senaru, Lombok Utara. Air terjun ni terletak di kaki Gunung Rinjani.

Harga day trip 750,000 rp termasuk pak supir, park entry dan tour guide ketika di air terjun nanti.

Jam 9 pagi kitorang dah bertolak dengan Pak Amin. 
Vila Hantu ni sebenarnya bangunan terbengkalai. Mana ada hantu ponn. Vila hantu dan vila yang belum siap tu dimiliki oleh warga Australia. Menurut Pak Amin, banyak resort dan property kat Lombok ni dimiliki oleh warga asing.
Pemandangan di Lombok ni menarik uols sebab bila toleh kiri, laut dan pantai. Toleh kanan pulak, bukit-bukit, gunung-ganang dan sawah padi.

Dalam perjalanan ke Senaru, biasanya supir akan berhenti kat Villa Hantu yang terletak di atas bukit kawasan Malimbu. So uols boleh turun untuk ambik gambar. Masa ni panas terik uols. Tapi amazing kan view ni?
Dari vila ni jugak, uols boleh nampak Gili T, Gili Meno dan Gili Air. Dan bot-bot yang menuju ke gili tersebut. Dari jeti Senggigi, uols boleh ambik slow boat ke Gili T dan akan ambik masa 1jam. Dan yang paling menarik dari vila ni, uols boleh nampak Gunung Agung yang nunnnn di Bali.
Perjalanan ke Senaru ambik masa dalam 1 jam setengah jugak la. Sampai kat entrance air terjun, akan ada guide yang menjemput. 

Kenapa CPPS tak ambik gambar park entry tak tau lah.

Sesiapa sahaja di Lombok, kalau dia tau kita dari Malaysia

"Oh Malaysia. Upin Ipin."

Everyone okay. Everyone!

Famous gila Upin Ipin kat Lombok.

Berbalik kepada air terjun, nak trekking tu mudah sahaja sebab dah ada laluan yang disediakan. Sebaiknya pakai pakaian dan kasut yang sesuai sebab kena merentas air 2 kali.

Tak payah verangan mekap full face, aksesori, topi pantai, sunglass #OOTD bagai ye.

Dari segi kesusahan nak trek, Sg Chiling lagi mencabar la

Sendang Gile cuma 15 minit daripada pintu masuk, Tiu Kelep kena trek dalam 20 minit bergantung kepada tahap kelajuan uols jalan. So guide bawak weols ke Tiu Kelep dulu. Katanya kat situ boleh spend masa lama-lama nak mandi. Okay fine.

Ohh CPPS rasa nak hempuk je guide weols tu. Sekali dengan TC CPPS nak hempuk. Jalan menonong laju gile!

CPPS baru verangan nak ambik gambar alam, nak soak in the vibe, enjoy the cool air. Ni tak, terkejar-kejar puaka 2 ekor tu. Sabo je la.


Untuk ke Tiu Kelep, uols akan lalu laluan ni.


Disebabkan weols berjalan laju gile, overtake ramai orang, weols sampai kat Tiu Kelep tak sampai 20 minit pun.

Dari jauh uols dah boleh dengar deru air. Pegi dekat sikit, uols akan dibasahi rembesen Tiu Kelep. Memang uols tak akan kering la kalau duduk situ.

Memang MAJESTY air terjun ni. Sg Chiling cinonet je kalau dibandingkan dengan Tiu Kelep. Macam tempat Puteri Gunung Ledang bersiram you youuu

Alam mistik uols. Bila bulan mengambang, akan kelihatan puteri-puteri kayangan turun bersiram dengan dayang-dayang gitewww.
Even from this distance, uols akan basah kerana rembesan Tiu Kelep
Pakai bikini kat sini tak disarankan ye kerana air dia sangat deras, bikini uols silap hari bulan hanyut ke hilir. Kumpulan duyung yang berbikini dalam gambar ni berapa kali CPPS nampak kena adjust bikini takut kenampakkan puteri kismis diatas pau kacang. Period tak period CPPS terjun jugak dalam air tu. hehehe

Sendang Gile ni kecik sikit. Nak mandi manda ala-ala puteri boleh tapi kecik jeh. Tak boleh kuak lentang. Kuman pun tak lemas.

Sendang Gile dan perempuan gile
Masa nak trek balik ke Sendang Gile, kat depan weols ada 2 orang Mamat Italy. Tiba-tiba guide weols ni menggeletis dengan mamat Italy 2 orang tu, mengendeng je dengan diorang. Kitorang dua ditinggalkan di belakang.

Kurang asam.

Amende la guide ni. Berair ke dengan mamat Italy tu?

Memang weols tak bagi tips la dengan dia.

Part paling mencabar trekking ke air terjun ni adalah perjalanan balik. 

Uols kena daki tangga yang curam. Semput jugaklah CPPS dan keesokkan harinya kaki lenguh nak berjalan pun terkedek.

Lepas trekking dan tukar baju, weols lunch kat satu kedai ni, Warung Ijo namanya betul-betul depan entrance air terjun. Harga tourist jugak ni. 

CPPS order Mi Goreng Ayam dan TC order Nasi Ayam.

Terbayang lah dalam kepala macam Nasi Ayam macam kat Malaysia kan. Setelah tunggu agak lama, datanglah makanan weols dan CPPS nak gelak terguling-guling. Kalau boleh nak guling sampai turun bukit.

Kenapa?

Nasi Ayam dia LITERALLY NASI dan AYAM. HAHAHAHAHAHAHAHAHHA!

Adoilaaahhh
Ni la Nasi Ayam tu uols. Nasi, 2 ketul Ayam Goreng Garam dan secoet sambal. Boleh tahan jugak harga dia ni. Dalam 30,000 rp. Tapi sambal dia power la. Sedap tapi pedas!
CPPS punya Mi Goreng (rasa macam mi sedap), ayam goreng garam secotet dan telur goreng. Okay la kan dari nasi ayam kawan tuh. Kah kah.


Nasib baiklah CPPS penggemar tempe. Boleh tahan jugak harga dia ni, 20,000rp dalam RM6.50. Kat Malaysia boleh makan tempe sampai muntah harga macam tu. Makan je laaaa kan uols.

Dalam perjalanan pulang ke Senggigi, uols akan lalu banyak sawah padi dibelakangi gunung-ganang macam ni. Cantik! Kebanyakkan penduduk disini adalah petani. Tanahnya pula subur sebab dibawah kaki gunung berapi.

Sampai di hotel dalam pukul 4.30pm. perjalanan tu yang agak penat uols. Trekkingnya takdela penat sangat. Selepas letak barang, weols berjalan kaki ke main street Senggigi kemudian berjalan dalam 10 minit ke Pantai Senggigi. Kat sini boleh je berenang tapi banyak bot la.


Ini kat jeti Senggigi. Daripada jeti ni, uols boleh ambik bot ke Gili atau ke Bali.


sunset di Senggigi
Sunset di Lombok ni special dan amazing sebab uols akan nampak matahari perlahan-lahan terbenam disebalik Gunung Agung nuuunnnnn di Bali.



Ombak sebelah sini power sikit so sebelah sini siap ada surf school. Sebab ombak dia ala-ala manja gitu so sesuai la untuk mereka yang baru belajar surfing.
Bila matahari dah terbenam dan hari dah gelap, weols pun mula mencari makan. Hari ni weols makan kat warung biasa. Warung Jawa Pak Tahir namanya. Tapi tak ambik gambar pulak. Murah. Dua orang makan tak sampai 100,000 rp.

Macam biasa, bila keluar negara, CPPS suka masuk mart tengok groceries dan beli barang merepek. Saltcheese ni punya susah nak jumpa kat KL, kat Lombok ada. Weehoooo

Keropok ni sedap uols. Kalau pegi Indonesia harus minum Teh Botol. Padahal kat Malaysia pun ada kan. Verangan! 
Must try! Terang Bulan tu sebenarnya Apam Balik tapi Terang Bulan ni lagi besar dan gebu. Uols boleh pilih topping dia. CPPS 2 malam berturut-turut beli Terang Bulan ni. 1st night beli, ambik topping coklat + pisang, 2nd time beli, topping kacang + coklat. harga dalam 20,000 rp. Martabak dia pun uols harus try. Berbeza dengan murtabak Malaysia, martabak dia rangup dan dimakan dengan saus pedas, cili dan timun jeruk.

Kebetulan malam kedua, lepas balik dinner, hujan. So weols duduk kat balkoni, buat kopi, makan martabak dengan terang bulan sambil ditemani bunyi hujan. Terbaik!
Personally to me, the best part about this travel was sitting with a cup of coffee, reading a novel by Jodi Picoult, listening to the sound of the rain in a beautiful place.

Terang bulan ni sedap! sampai sekarang CPPS terbayang. huhu. Kena cari pasar malam ni cari apam balik.
Cost listing (per person):
Senaru trip : RM123.50
Lunch and Dinner: Approx RM30

CPPS punya tak payah cakap lah, beli mende merepek, keropok la, coffee 3 in 1 la, air tin la, biskut la. Indocafe 3 in 1 5 paket tu baru RM1.50. Excited pulak sebab murah. haha. Padahal hotel ada je provide coffee dalam bilik.

Malam-malam kat Mama Bella aman dan damai. Kebanyakkan guest disini mat salleh yang tak huhahuha bising pun. Guest kat sini pun jenis chillex, duduk berjemur tepi pool atau baca buku di balkoni masing-masing.

This is my kinda place.

Maka berakhirlah hari kedua. Baca kisah hari ketiga ke Kuta yang terletak di Lombok Selatan DISINI!

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

Bikinication: Project Phuket Part 2

In case you have not read the part 1, click HERE .  So on the 3rd day we went island hopping to Phi Phi Island where the movie "The Beach" featuring Leonardo Dicaprio was filmed.  Bought the package while wandering around Patong Beach but you can get these island hopping packages anywhere in Phuket.  Like many other things in Phuket, you have to bargain. We got our package for 1050 Baht/pax which included transport to and fro hotel, lunch and refreshments, snorkeling equipment and covers Maya Bay (where the filming was), Loh Samah Bay, Pileh Lagoon, Viking Cave, Monkey Beach and Khai Nok Island.  We only stop and got down the boat at Maya Bay, another lagoon i don't know what's the name for snorkeling, Phi Phi Don for lunch and Khai Nok Island.  They picked us up at 7.45am from the hotel and all of us gathered in a place for a briefing. There were 3 boats that day for all of us,  then departed to the jetty which was about 1...

Guide To First Dates For Dummies

Guide To First Dates For Dummies While I'm not exactly an expert in relationships, first dates, and stuff, I've had a few learning experiences and a panel of consultants.  I feel the need to share with you, especially guys, a few do's and don'ts of a first date.  Basically to give you some idea of what girls expect on a first date and to save you from embarrassment and disappointments from not securing a second date.  1. Dress To Impress DO NOT underestimate the power of dressing. You only have one chance at making a good first impression.  You don't have to wear something expensive or trendy. Just something tidy, presentable, smart, or casual. Something you are comfortable in. Jeans, a nice shirt and shoes would be fine.  No short pants, slippers, and ratty t-shirts. If you want to wear shorts, wear them with a shirt (with collar) and shoes instead. Hair should be presentable, facial hairs trimmed and tidy, no bad breath or body odour.  Use cologn...