Skip to main content

Super Fanatic Zumba Snob

Hey!

Ingat ada fitness snob je ke? Super fanatic zumba snob pun ada hokayyy. 


Jay, Sally dan Swen adalah kenalan zumba CPPS yang minat dan sayang dunia tarian. We always attend the same class and strike up acquaintance gitu kan.

Di suatu petang, sementara menunggu kelas bermula, Jay ni dok pok pek pok pek la dengan nada suara yang agak tidak berpuas hati dalam bahasa Kantonis dengan rakan dia.

CPPS memang tak paham la kan.

Lepas tu dia pok pek pulak dengan CPPS

"omg you know ah, that day I went for zumba in Midvalley. There is this group of super fanatic fans aunties so terrible man!"

Lorhh. Jay ni pun satu, gigih pulak nak pegi zumba kat Midvalley tu. Dalam sejarah kelas zumba di CF, Midvalley adalah tempat terakhir CPPS akan pergi sebab penuhnya ya ampppuuuuunnnn, kalah-kalah KTM di pagi Isnin.

"What happen?! Crazy la you. So rajin go midvalley, packed like hell"

"I know la packed but they don't have to be so rude ma. The studio already so packed, not much space to move. So I only move a little la. Then the aunty bumped into me. First time okay la, she didn't smile or apologize, maybe she tak sengaja. Second third time, she gave me that bitch face! Walao ehh. Like she owned the place like that!"

UIshh.

Truth is uols, gym classes ini adalah seperti groupie/cult.

Instructor, terutamanya kalau instructor lelaki adalah rockstar dan makcik-makcik separuh umur adalah groupie.

CPPS boleh bayangkan macam mana keadaan studio tu yang penuh, dengan makcik-makcik, hakak-hakak peminat fanatik instructor clad from top to toe in trendy sports attire,conquer barisan depan.

Mereka akan sampai setengah jam awal, booking barisan depan dengan meletakkan tuala atau botol air dan merasakan diri BFF dengan instructor. Diorang ni dengan gigih akan pergi semua kelas instructor tersebut dari studio A ke studio Z, dari pagi hingga ke malam.

Mereka ini adalah orang yang akan attend semua zumba fitness party.

Diorang ni takde kerja ke?

Disebabkan tu, tidak hairanlah kalau hakak-hakak, makcik-makcik ni dah hafal steps kan. HAFAL OKAY HAFAL. Kadang siap improvise. They will put those who are rhythm-and-coordination-challenged to shame!

Dalam kes makcik groupie terlampau, masa kelas zumba, diorang akan all out gila, lentok, gelek baik punya feeling so sexy while admiring themselves in the mirror it will make you uncomfortable.

Oh well, orang-orang macam ni, kat mana-mana group fitness pun ada uols. Be it Saltar, BodyPump or BodyCombat, mesti ada punyalah.

Kita buat lek buat chill je la kan. Janji kita sihat dan happy.

Happy Zumba!



Comments

Others Also Read This!

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena? Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan.  Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang p erut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya. Apa Itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman. Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad. Sistem penghadaman kita ( gastrointestinal ) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat) Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu men...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...