Skip to main content

Selamat Tinggal MANAGER PUAKA


Selepas CERITA INI, KISAH INI, CERITA INI dan KISAH INI, akhirnya CPPS telah angkat kaki daripada segalanya.

Disebabkan syarikat X ni memerlukan notis 14 hari, CPPS dah siap kira-kira hari dimana CPPS patut hantar notis untuk cukupkan sebulan hari bekerja. Tetapi selepas beberapa kejadian yang sangat membuatkan CPPS tertekan, CPPS tetap hantar notis 14 hari tetapi persetankan sebulan tersebut.

Tahap tertekan CPPS sampai marah-marah orang sekeliling yang langsung tidak bersalah.

Dihari CPPS hantar notis, MANAGER PUAKA outstation dan dia cuma reply

"I will see you tomorrow"

Di hari tomorrownya, si MANAGER PUAKA ni suruh CWP belikan dia nasik. Tetiba CWP pulak suruh CPPS belikan nasik.

Adoiyaii MANAGER PUAKA ni pun. Selalu makanan dia, dia arahkan staff-staff untuk beli. Memang boss besar PUAKA.

Jam masa tu pukul 6.10pm, memang hari ni CPPS balik lewat sebab ada program malam. Makanya CPPS pegi belikan nasik lepas tu naik pegi ofis MANAGER PUAKA tu.

MP tengah oncall dengan managing director so CPPS melangok duduk depan dia tunggu. Bila dia dah off phone 

"you see. I'm like this la. Always on the phone."

Erkk. Okayyy. thanks for the info.

Lepas tu CPPS sangat terkejut sebab dia sembang baaaiikkkk punya dgn CPPS. Mesra, banyak cakap pulak tu. Tanya baik-baik kenapa nak berenti, siap cakap in the future, dia boleh buat exception and CPPS boleh jadi distributor.

Siap offer CPPS buat part-time untuk satu event ni sebab diorang tak cukup orang.

CPPS macam

"omg. ni MANAGER PUAKA ke?"

So dipendekkan cerita, hari-hari terakhir CPPS di syarikat X dihabiskan dengan mengangkat dan menyusun kerusi meja manage events/programs.

Ketika menguruskan program terakhir CPPS, ajk hall arrangement boleh pulak MC sehari sebelum event, wak cleaner pulak dengan kekwatnya boleh cakap

"Saya tak boleh susun meja. Saya ada banyak kerja!" ujar wak tu sambil lap-lap dinding lif.

Agaknya wak tu pun fed-up asyik angkat meja susun kerusi.

Syarikat X tu pulak 4 orang sahaja staff lelaki (termasuk MP). Nak tak nak, terpaksa la CPPS dengan cik receptionist ni tunggang terbalik angkat meja susun kerusi.

Dalam sibuk susun kerusi tu, cik receptionist sempat membebel

"dia ingat kita ni ada kudrat macam jantan?! asyik kena angkat meja. Seminggu je 3-4 kali kita angkat meja. Yang lelaki bukan boleh harap. event bukan main banyak, staff yang buat keja asyik muka samaaa je." 

Uish marah betul cik receptionist ni.

CPPS pulak kipaskan api kemarahan dia

"Kan. Semalam pun i nampak you angkat meja dengan cc pepagi buta. keja i pun memang dok angkat meja je la kat sini. Ada you nampak MP angkat meja? ke CWP angkat meja? TAKDE. Yang diorang tau, nak mengarah orang je. Nak beli makanan pun suruh-suruh orang."

"Ala kak. Kat sini culture dia memang macam tu. Diorang kat atas tu tau mengarah je. Kalau dia cakap eh jom tolong i angkat meja jap, kita pun tak kisah la nak buat.' Ni tak. Semalam I geram gile dengan MANAGER PUAKA 2, nak envelope je, suruh kita hantar naik atas. Dia ingat kite takde kerja lain ke? Lepas tu, tengah hari tu pulak, si MANAGER PUAKA suruh pulak kita belikan makanan.  "

Sebenarnya cik receptionist ni muda lagi, dalam 23 tahun macam tu. Tapi dah nak kahwin dah bulan May ni. Sebab tu dia perlukan financial stability kot. 

"Diorang ni taktau ke ramai staff dah merajuk?" cik receptionist sambung membebel lagi

"Staff kat sini keluar masuk je. tak ramai yang tahan. Dulu masa kita kerja customer service, sampah pun kita tak buang sebab ada cleaner. Sekarang, semua benda pun kita buat. Kita kerja ni pun tak ikhlas dah kak. Sebab kita belajar tak tinggi, kerja pun susah nak dapat sekarang.."

Hmm CPPS pun tak tau nak kata apa.

Di hari event, CPPS pastikan semua berjalan lancar. Sebab tak cukup tangan (hari sabtu kan, off day sesetengah staff, ada pulak yg cuti, ada yg MC), so CPPS memang lari sana sini. Termasuk tolong AJK F&B sediakan jamuan ringan pun CPPS buat.

Di penghujung event, ketika peserta sedang menikmati jamuan ringan, CPPS duduk kat belakang tempat kaunter measurement selepas selesai mengambil ukuran peserta. 

MANAGER PUAKA 2, Ms.X, berjalan masuk sambil memegang secawan minuman.

"Eh why your drink so thick one? Press-press cannot come out?" 

Co-main com, Ms. S yang sarat mengandung ni pun terkedek-kedek pegi siasat apa kejadian.

CPPS sambunglah duduk kat measurement counter kan in case ada lagi nak buat measurement

tetiba Ms. X puaka pulak bersuara

"Eh go help Ms. S NOW!" dengan muka ketat dia tu.

eh huk alohhh. 

Tadi dia yang dok pegi ambil minuman tu tak check ke terus kenapa minuman tak keluar? Kenapa kena suruh orang? Dah you kat situ, you buatlah. Bukan susah pun kan?

CPPS pun membontoti Ms.S yang kemudian mengodek tong minuman

"eh okay pun. Apalah Ms. X ni.." Ms.S pulak mengomel. 


Dari mula CPPS ditemuduga oleh MANAGER PUAKA, sehinggalah ke kata-kata "motivasi"CWP dan ketika membaca review syarikat di internet, satu perkara yang sering kedengaran adalah CULTURE.

Selama CPPS bekerja di sana, CPPS masih tidak faham apa CULTURE yang dimaksudkan. 

Adakah CULTURE orang atasan yang sering mengarah membuat sesuatu yang remeh temeh? 

Atau CULTURE dimana you are expected to be at their beck and call?

Atau CULTURE dimana kerja diutamakan, life (friends, family, hobby) does not exist?

Walau apa pun, CPPS akan jadikan ini sebagai pengajaran.

Beberapa hari yang lepas, CPPS kembali ke pejabat untuk selesaikan apa-apa yang patut. 

I have always feel this boundary/distance between myself and the co-workers. CPPS tak tau diorang takut/segan ke apa. Tetapi sangat terasa ada jarak. So I was not surprise when they regarded me coolly when I walked into the lobby.

Dan sebenarnya orang yang paling excited nampak muka CPPS adalah pak guard tukang jaga lift yang selalu berborak dengan CPPS.

How sad is that?

Comments

Others Also Read This!

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena? Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan.  Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang p erut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya. Apa Itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman. Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad. Sistem penghadaman kita ( gastrointestinal ) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat) Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu men...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...