Skip to main content

Instagram VS Real Life


Pernah tak uols scroll-scroll exercise ibu jari kat instagram tu, uols tengok gadis fitness katanya yang selim melim, perut kempis, bontot pulak montok tak payah cakap. 

Cantik pulak tu.

Ramai pulak komen

"Sis tak pernah tak cantik!"

"#bodygoal" 

Lepas tu uols pun pandang ke bawah, jeling dan picit-picit lipatan spare tyre uols yang gebu tu. Kemudian uols pulak berjalan ke cermin dan intai bontot uols yang tidak berapa montok. 

Lepas tu uols pun down dan benci diri sendiri kerana tidak mampu untuk menjadi gorgeous macam tu.

Pernah tak uols?

Pernah kan. 

Instagram bukanlah untuk semua orang. Sebenarnya dalam dunia sosial media ni uols, kita harus bijak menilai yang mana betul dan yang mana tidak.

Dan tiada hidup orang sesempurna seperti yang ditayangkan di Instagram. Begitu juga badan-badan #bodygoal yang uols nampak kat IG tu.

Kita sendiri pun, bila kita upload gambar, haruslah kita pilih gambar yang paling cantik, angle yang menampakkan kita kurus, perut kempis dan sebagainya. 

Begitu juga mereka-mereka ini. Termasuklah CPPS walaupun CPPS bukan instapemes


Okay this took courage to upload because we never want to show the unflattering side of ourselves but shit just got real. On the left is posed and for instagram, and what I look like 1% of the day. On the right is how I look 99% of the time. I get conscious when people say they want to have a body like mine. Truth is, I got flaws too, just like everybody else. And who the heck in the world doesn't have fat rolls when they sit??
Kalau uols nak inspirasi body goal, jangan follow gegadis fefeeling gedik instapemes.

Kebanyakkan mereka ni memang azali kurus. Upload gamba kat gym workout katanya tapi bulu mata palsu tetap maintain. Pose wajib pulak menungging sikit tunjuk bontot.

Jangan tertipu uols. Kadang-kadang bontot tertungging montok itu adalah hasil seluar push-up.

Follow gadis fitness yang betul. Yang super-real. Yang tunjuk gambar bila duduk perut pun berlipat. Yang tunjuk gambar pose and non-pose. Yang tunjuk real workout. Yang tunjuk real transformation. Ini baru betul-betul empowering.

Jangan uols follow gegadis yang manjang post gambar selfie, gambar OOTD, gambar pose cantik lentik bentuk S lepas tu depressed, duduk kat sudut bilik mengenang nasib.

Itu namanya sendiri carik penyakit.

Kat sosial media standardlah uols, semua nak tunjuk yang positive, yang baik-baik, yang up-up saja. Tapi semua tu bukan real pun. It's just what people choose to show you, to show to the world.  


How I look like when I go out, 30% of the time on left and 70% of the time on the right, selebet uols, selipar jepun jeh. Siap jinjit plastik pisang goreng.
CPPS memang kagum gegadis yang berhias top to toe setiap kali dia keluar, dengan make up dia berlapis-lapis, contouring dan paling gigih pasang bulu mata palsu. CPPS ni kadang-kadang cuci muka pun malas. Dressing diorang pun CPPS kagum. Banyaknyaaa baju diorang! Rajinnya dress up hari-hari. CPPS nak pakai bra pun malas kadang-kadang.


Fancy breakfast is only probably 10% of the time, 90% of time, is on the right. Fuss free, comfortable and soul-soothing.
Hahhh...

So macam mana nak survive dalam dunia show off yang competitive ni?

Be yourself. Ingat lirik lagu Selena Gomez ni "I'm no beauty queen, I'm just beautiful me."

Be grateful for the blessings in your life. Percayalah rezeki kita semua lain-lain, Contohnya ada yang murah rezeki harta tetapi kurang rezeki kesihatan. Ada yang murah rezeki dalam kerjaya tetapi hati tidak senang. 

Ingat selalu yang "what you see is not always what it is."

Giteeewww CPPS pakar motivasi katanya. 

Ok bye.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Kak PONTI!

Letak gamba hantu comel. Iols dah taubat Kawan-kawan yang ada follow CPPS di Instagram tau la perangai iols yang suka letak gambar hantu kat IG story kan? Kadang-kadang iols post kat Whatsapp Story. Kenapa? Saja. Suka-suka. hehe. Seronok tengok reaksi kawan-kawan dan disebabkan tu, ramai manusia yang silent reader/stalker, SO OUT OF THE BLUE, text iols. Buat macam tu barulah they alls timbul kan. Hampeh punya kawan. Tapi jangan risau. Lepas ni weols tak buat dah.  Wakakka. Dah insaf uols. Nak dijadikan cerita, dekat 2 tahun dah CPPS dengan Anne berpindah ke kawasan kediaman baru ni. Dalam 2 tahun ni, memang aman damai la kan kat situ. Privacy, aman tak bising, penduduknya pula jenis tak buat bising. Memang bukan spesis makcik bawang la.  Amannya sampai terserempak dengan orang dalam lif ketika peak hours sahaja.  Ketika berpindah masuk pun, rumah CPPS tu memberikan satu energy yang baik. Maksudnya takde la rasa seram-seram, tak sedap hati gitu ka...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka Kawan-kawan Cik Panda selalu cakap  "Waaahhh untungla you. Ramai lelaki nak kat you." Arghhh itu semua ketahian.  Kalau nak kat weols tapi niat tak ikhlas buat apa kan. Kalau tertarik dengan rupa fizikal Cik Panda baik tak payah. Rupa fizikal boleh berubah, esok-esok kalau Cik Panda dah tak gojes mojes mau lagi ke orang tu dengan Cik Panda? Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia.  Gituuuuu. Cik Bear, kawan kepada Cik Meow cakap "Cik Panda tu memang lah cantik, ada body semua tapi tu lah semua lelaki nak kat dia sebab body dia. ha tu lah buat badan lagi." Cik Panda buat badan untuk kepuasan diri sendiri uols. Kepuasan yang macam ni ha "You can look but you can't touch." katanyaaa Cik Panda tak boleh la nak halang orang yang tergoda tengok tapi rimas lah iols nak menapis lalat-lalat bernafsu serakah ni.  Sebab tu Cik Panda perlukan bodyguard/gym buddy/boyfriend upahan/tunang upahan.  G...