Skip to main content

Ayo Ke Lombok Day 1

Ayo Ke Lombok Day 1

Keindahannya sudah kelihatan ketika dalam flight
CPPS ni uols, kalau ada orang hajak travel ke mana-mana, confirmkan je. Kalau tiada aral melintang, CPPS memang on.

So suatu hari tu, ada seseorang mengajak CPPS travel bajet, below RM1000. CPPS pun suggest Lombok dan mula membuat research dan perancangan. 

Travel Companion (TC) CPPS ni bukanlah kaki travel sangat, makanya CPPS menguruskan urusan beli tiket, booking hotel dan perancangan lain.

Tiket CPPS beli agak last minute, kurang sebulan daripada travel date, dapatlah dalam RM370 return tix. Kalau beli awal, boleh dapat below RM300.

Dimanakah Lombok?


Lombok adalah sebuah pulau yang terletak di Indonesia, di timur Bali. Sejak kebelakangan ini, Lombok semakin terkenal dan menjadi pilihan pelancong kerana keindahan alamnya, terutama pantai yang berpasir putih halus dan Gunung Rinjani yang majestic.


Lombok ni sangat besar so uols kena decide kat mana nak stay bergantung dengan aktiviti pilihan. 

Kebanyakkan pelancong akan memilih untuk tinggal di Senggigi atau Gili Trawangan (Gili bermaksud Pulau) kerana tempat-tempat terletak di tengah, senang untuk ke Lombok Utara atau Selatan.

Kalau uols nak daki Rinjani, uols pilih la bahagian Lombok Utara.

Kalau uols nak chill,relax tepi pantai yang cantik, tak congested, disarankan pilih bahagian Lombok Selatan (Kuta, Selong Belanak)

Kalau uols nak ikut hype, nak snorkeling, uols boleh pilih stay kat Gili Trawangan (dikenali sebagai Gili T dikalangan penduduk). Gili T ni agak sesak dengan manusia dan banyak tourist, so ongkosnya disini juga agak tinggi ya. Harga tourist kan.

CPPS pulak pilih untuk tinggal di Senggigi kerana ianya di tengah-tengah so boleh buat day trip ke Lombok Utara dan Selatan. 

Nak dijadikan cerita, TC ni nak kata tak pernah travel oversea, pernah. Siap pernah belajar kat UK sekejap tapi tak tau la macam mana dia agak blur dalam urusan travel-travel ni. 

So CPPS kena remind benda yang boleh bawak tak boleh bawak, mende-mende liquid ni kalau hand luggage tak boleh more than 100ml etc dan travel requirement lain.

Dia nak bawak deodorant spray. CPPS cakap la kan

"Tak pastilah boleh ke tak. Tapi better not la. Nanti sampai kat sana boleh je beli deodorant."

Tapi dia memang agak degil disitu "Hmm. Takpela bawak je la. Try je. Tak boleh takpela"

Masa kat scanner, CPPS dah lepas dulu kemudian dok tunggulah TC ni. Aihh lama beno.

Rupanya sangkut kat situ sebab deodorant TAK BOLEH BAWAK HAND LUGGAGE okayyy. Akhirnya deodorant dia kena buang.

CPPS dah sengih kambing "I told you so" 

Itu belum lagi cerita pasal PTPTN dan Imigresen uols.

TC ni risau la kan kalau Imigresen tak lepas sebab bayaran PTPTN agak kurang cantik. Tambah-tambah lagi sekarang ramai yang sangkut kat airport sebab nama blacklist.

Dia dah check online banyak kali, nama dia tak blacklist tapi tetap perasaan cuak tu ada. Tak syok la kan kalau punya excited nak bercuti, tiba-tiba tak boleh lepas kat Imigresen.

So di hari kejadian, weols pakai machine je masa kat Imigresen sebab malas beratur.

CPPS lepas dengan jayanya.

Tiba-tiba bila giliran TC, passport tak boleh baca. ALAMAK!

Dibatalkan, sila ke kaunter katanya. 

Ketiak TC mula basah, kegelisahan. Dia pun cuba beratur di kaunter. Sebab lama sangat urusan, dia cuba machine lagi sekali.

NASIB BAIK LEPAS. kah.

Kalau tak lepas, taktau lah apa nak jadikan. Terpaksalah CPPS ke Lombok sorang-sorang.

Panjang pulak cerita kat airport kan. Ni baru airport uols. Belum sampai Lombok lagi.

Cerita dalam kapal terbang satu hal pulak. TC is afraid of flying, terutama sekali bila take off and landing.

So semasa take off and landing dan setiap kali kapal bergoyang sikit, TC akan pegang dan genggam tangan CPPS dengan sepenuh jiwanya. Rasa kesian pun ada, rasa nak ketawa pun ada. Adoilahhh

Perjalanan ke Lombok mengambil masa dalam 3 jam dan weols sampai dalam pukul 4 petang.

Dari airport ke destinasi uols ada beberapa pilihan transport.

Kalau nak bajet dan banyak masa nak bazir, uols ambik la bas ada aircond (DAMRI), tiket dia murah je, dalam 9000 rupiah.

Weols ambik taxi ke Senggigi (219,000 rupiah termasuk airport fee 17,900 rp) dan mengambil masa 1-2jam.

Kat Lombok ni sangat disarankan ambik taxi bermeter yang boleh dibeli tiketnya di dalam airport dan berhati-hati dengan ulat-ulat transport ye uols.

Cerita pasal transport di Lombok ni satu hal jugak.

Bila CPPS suruh TC search what is the best mode of airport transfer, dia tak habis-habis dengan Grabcar and Uber. Mana ada Grabcar dengan Uber kat Lombok uolsssssss. Lombok ni agak kampung lagi, dia ingat macam KL ke uber merata?

Degil betul, kita cakap tak percaya. Hanginnnn je.

Boleh dikatakan main mode of transport kat Lombok ni motosikal. Kat sini memang cabaran nak drive sebab moto merata bawak macam jalan bapak dia, siap takde helmet, jalan pulak sempit. 

So sesiapa yang nak sewa kereta dan memandu sendiri di Lombok, CPPS ucapkan selamat berjaya. 

Sepanjang perjalanan ke Senggigi, uols akan lalu banyak sawah padi, kampung-kampung, pekan-pekan kecil. Rasa macam balik kampung pun ada. hehe.

Akhirnya weols sampai di hotel, MAMA BELLA'S RETREAT yang CPPS booking daripada Agoda.com

I LOVEEEE THIS PLACE!
Ni lorong ke Mama Bella. Jangan terkejut kereta pun boleh lalu okay
Lepas tu lalu jalan ni pulak. Aik biar betul ni?
Okay almost there
Pintu gerbang Mama Bella
Tadaaaa! Di sebalik pintu gerbang tu adalah sebuah sanctuary. Beautiful!
Cantik swimming pool kan tapi CPPS tak berbikini berendam dalam tu pun. Period pulak. Boohoooo. Sia-sia je CPPS workout separuh mati.
Mama Bella ni is a little bit off the main street, lorong nak masuk tu siap kena lalu rumah-rumah orang, jalan batu-batu, lopak-lopak lagi. Tapi bila sampai kat perkarangan Mama Bella, bukak je gate, tersergam sebuah sanctuary yang sangat indah. 

Seolah-olah uols berada dalam dunia lain.

Introvert heaven!

Kat Mama Bella cuma ada 10 unit chalet, sebuah swimming pool dan dikelilingi pokok-pokok hijau. 

Aman dan nyaman, privasi tip top.

Tapi tempat ni tidak sesuai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil sebab no children allowed gitu.

Kalau rasa nak rejuvenate, nak tenangkan diri jauh dari hiruk pikuk, nak honeymoon, babymoon, CPPS highly recommend Mama Bella.

And the rate is amazing. Untuk 3 malam, satu bilik yang ada 2 single bed is RM432. 
Selimut weols pua kumbu hokaayyy. Di Lombok, kain tenunan adalah salah satu hasil kraf tangannya. Tapi CPPS kagum kerana design ni hampir sama dengan design Pua Kumbu Sarawak.

Kalau uols kira-kira, semalam untuk seorang adalah dalam RM72 with complimentary breakfast, WIFI, coffee and tea making facilities, TV with movie channels (I watched Fox Family Movies 2 nights in a row), air-conditioned room, hot shower, and clean toilet.


Not to mention super friendly and helpful staff.

So worth it.

Lepas weols check in, hari pun dah gelap. Kat sana, 6 petang dah gelap uols. Letak barang je terus weols keluar jalan kaki dalam 5 minit ke main street. Hotel siap sediakan satu torchlight dalam bilik okay. So thoughtful. haha

Main street Senggigi. Zebra crossing tu seperti di Malaysia cumalah hiasan. Hihi. Nak melintas jalan kena berhati-hati tengok kiri kanan walaupun di zebra crossing
Kat main street ni ada banyak restaurant, kedai makan, mini market ala-ala 7E, kedai urut, ATM (ada CIMB and Maybank).

Sebab lapar dan penat sangat, weols pilih saja mana-mana restaurant yang ada. Makanan pun harga tourist la uols. Rasanya dalam 120,000 rp jugaklah untuk 2 orang (RM40)

Takpelah janji kenyang kan. Besok-besok ada tenaga, bila tak lapar baru kita survey.
Kat Lombok, antara makanan yang harus dicuba adalah Ayam Taliwang. Ataupun bahasa omputehnya, Spring chicken with hot sauce uols. Yang CPPS makan ni, siap dengan Pelecing Kangkung (kangkung rebus dengan sambal). Rasanya unik dan pedas.
TC pulak makan ni, CPPS lupa nama tapi rasanya sebijik lontong. Hihi. 
Dimana-mana uols makan di Lombok, akan disediakan semua ni. terutamanya kicap manis dan saus pedas tu.

Lepas makan tu, balik hotel dan rehat, bersedia untuk adventure keesokkan harinya ke Air Terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile di Senaru.

Jangan terkejut kat sini malam-malam ada bunyi "Toookeee Tookeeee"

Mula-mula ingat katak, tak pun serangga, momok mungkin?

Rupanya cicak tokek tu ye uols. Kat Mama Bella ni memang tiap malam dia berbunyi. 

Dan masyarakat di Lombok mempercayai tokek adalah simbol untuk keberkatan dan murah rezeki.

CPPS TRAVEL TIP #1: Install currency converter dalam phone sebelum travel so senang nak beli barang,nak gi makan untuk decide murah atau tidak. Maklumlah nak beli air pun 10,000. Terkejut den. 

Cost listing (per person):
Return Tix KL-Lombok : RM370
Airport transfer: RM 36
Hotel: RM216
Dinner: RM20

Baca cerita DAY 2 DISINI!

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Kak PONTI!

Letak gamba hantu comel. Iols dah taubat Kawan-kawan yang ada follow CPPS di Instagram tau la perangai iols yang suka letak gambar hantu kat IG story kan? Kadang-kadang iols post kat Whatsapp Story. Kenapa? Saja. Suka-suka. hehe. Seronok tengok reaksi kawan-kawan dan disebabkan tu, ramai manusia yang silent reader/stalker, SO OUT OF THE BLUE, text iols. Buat macam tu barulah they alls timbul kan. Hampeh punya kawan. Tapi jangan risau. Lepas ni weols tak buat dah.  Wakakka. Dah insaf uols. Nak dijadikan cerita, dekat 2 tahun dah CPPS dengan Anne berpindah ke kawasan kediaman baru ni. Dalam 2 tahun ni, memang aman damai la kan kat situ. Privacy, aman tak bising, penduduknya pula jenis tak buat bising. Memang bukan spesis makcik bawang la.  Amannya sampai terserempak dengan orang dalam lif ketika peak hours sahaja.  Ketika berpindah masuk pun, rumah CPPS tu memberikan satu energy yang baik. Maksudnya takde la rasa seram-seram, tak sedap hati gitu ka...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka Kawan-kawan Cik Panda selalu cakap  "Waaahhh untungla you. Ramai lelaki nak kat you." Arghhh itu semua ketahian.  Kalau nak kat weols tapi niat tak ikhlas buat apa kan. Kalau tertarik dengan rupa fizikal Cik Panda baik tak payah. Rupa fizikal boleh berubah, esok-esok kalau Cik Panda dah tak gojes mojes mau lagi ke orang tu dengan Cik Panda? Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia.  Gituuuuu. Cik Bear, kawan kepada Cik Meow cakap "Cik Panda tu memang lah cantik, ada body semua tapi tu lah semua lelaki nak kat dia sebab body dia. ha tu lah buat badan lagi." Cik Panda buat badan untuk kepuasan diri sendiri uols. Kepuasan yang macam ni ha "You can look but you can't touch." katanyaaa Cik Panda tak boleh la nak halang orang yang tergoda tengok tapi rimas lah iols nak menapis lalat-lalat bernafsu serakah ni.  Sebab tu Cik Panda perlukan bodyguard/gym buddy/boyfriend upahan/tunang upahan.  G...