Skip to main content

Jom Ke Jogjakarta - Merapi Sunrise Tour Yang Awesome!

Jom Ke Jogjakarta - Merapi Sunrise Tour Yang Awesome!

Misi mencari dinosaur

Baca cerita Day 1 kat SINI ye uols!

Hari ni kita nak jelajah Gunung Merapi pulak. Yahoo! Untuk aktiviti hari kedua ni, iols ambik perkhidmatan supir. Ongkosnya berbeza-beza antara berjuta supir yang iols survey.

Ada yang sampai Rm300/sehari! 

Tambah-tambah pulak masa tu Lebaran, jadi ongkosnya lebih sikit katanya. Tapi ada je la yang murah skit, uols kena rajin survey.

Kalau ramai-ramai, berbaloi la ambik supir untuk pengembaraan uols kat sana sebab boleh share cost kan. Kalau cik puaka dan TC puaka, 2 ketui manusia ja, rabak jugak poket weols.

Survey punya survey, iols book lah Pondok Transport Jogja untuk 550k dimana pakejnya termasuk minyak dan driver untuk 12 jam.

Untuk Merapi Sunrise Tour ni, pukul 3am iols dah terpacak kat lobi hotel menunggu supir datang. It's adventure time! Excited punya pasal.
2.30am iols dah bangun hokayyy.
Rasanya perjalanan dari hotel ke Merapi ni dalam 45minit jugak la kot. Tak tau lah kan sebab masa tu weols pakat sambung tido. 

Excited konon! dalam kereta pakat tido siap berdengkur lagi.

Sampai kat tempat jeep tour tu, hanya ada sebuah lagi kereta tourist. Pengendali jeepnya nggak kelihatan. Mungkin masih terbongkang sedap tido.

"hampeh tourist-tourist nih, aku nak tido pun tak senang" mungkin dia mengomel dalam hatinya apabila driver kitorang, Mas Agung dan driver van sebelah tak putus-putus cuba menghubungi mereka. 

Tips: Untuk Sunrise Tour ni, pastikan uols bawak jaket, pakai seluar panjang tau sebab SEJUKKK YA AMPUN. Tambah-tambah lagi bila naik jeep tak berdinding tak berbumbung tu.

Selepas 20 minit menunggu, berderu datang sebuah jeep oren dan beberapa buah jeep lain.

Jeep tour ni ada beberapa pakej, Short (350k), Middle (450k) dan Long (550k). Weols ambik yang middle tu je la.

EXCITED WEHHH FEFEELING NAIK JEEP NI!

So outdoor adventure gitu kan.



Ha, cenggini la rupa jeep tu.

Teringat masa kecik-kecik dulu, mendiang bapak iols memang kaki outdoor, ada sebijik jeep macam ni. Sempat la merasa naik jeep ni waktu hujan tapi ada kanvas la kan. 

Budak-budak apa tau, benda camtu pun boleh rasa seronok. hahaha

CPPS highly recommend jeep tour ni dan waktu terbaik untuk pergi adalah pagi hari sebab cuaca nyaman, sejuk. Kebarangkalian untuk nampak puncak gunung Merapi jugak lebih tinggi.


Sebab bila dah tengah hari, petang-petang sikit, selalunya puncak dilitupi awan.

I tell chuuu that jeep tour is super fun and unforgettable. It's so bumpy because the road is very rocky. Rasa macam duduk dalam blender!

The day is still quite dark combined with super cold weather, is such an amazing experience.

But wait till you see the volcano peak.

You'll be so mesmerized and speechless!

Patutnya sunrise tour kan, tapi langit masa tu berawan sikit kot jadi matahari terbit pun tak nampak.

Tapi sebenarnya masa tu, weols tak hirau pun sunrise tu sebab kagum sangat dengan permandangan indah gunung Merapi.

Maklumlah Malaysia takda gunung berapi kan, jadi memang sakailah orang Malaysia ni tengok asap keluar dari puncak gunung.
Mount Merapi (25 kilometers north of Yogyakarta, near Borobudur) is the most active of Indonesia's 127 active volcanos

In 2010, Mount Merapi erupted and killed almost 350 people within 2 months.  

Ceritanya, sejak September 2010, terdapat peningkatan aktiviti gunung. Oktober 2010, pihak berkuasa mengarahkan penduduk berdekatan berpindah. Letusan paling teruk dalam sejarah 80 tahun berlaku pada 5 November 2010.

"Kenapalah Malaysia takde gunung berapi kan?" Ujar CPPS sambil mengagumi gunung yang tersergam indah

"Gila ke apa?! Nasib baik takde gunung berapi. U bayangkanlah macam mana perasaan bila dia meletus tu, nak lari mana?" 

Ohh TC is such a joy killer.

Sebenarnya beberapa minggu sebelum ke Jogja, terdapat peningkatan aktiviti gunung sehinggakan airport ditutup sementara. Iols risau lah jugakan nak pegi gunung, takut pulak meletus masa iols kat situ.

Maka bersemadilah iols dalam keadaan rentung disana. Choiiiiiii

Anyway, it's such an amazing sight to behold that both TC and I stare quietly at the mountain, appreciating how slowly the sun shines and softly illuminating the mountain.

Pemandu jeep weols, Bowo ni pulak peramah, rajin melayan soalan iols dan paling penting, dia paling bersemangat nak ambik gambar iols. Iols tinggal nak posing persis supermodel je, dia yang sibuk carikkan angle yang menampakkan iols cantik meletup walaupun tak mandi pagi. 

Eh?!
Denggg! tetap kelihatan muka tak mandi
TC seronok lah sebab tak payah jadi photographer. TC's photo-taking skills is horrible amateur but have improved greatly since our Lombok trip.

Masa tu siap gaduh lagi sebab dia tak nak ambik gambar iols. Brengsek!

Okay so berbalik kepada cerita Mas Bowo ni, dia rajin menceritakan sejarah letusan gunung Merapi dari A-Z, berapa ramai mangsa terkorban, cerita-cerita penduduk kampung sebelah gunung. 

Macam-macamlah. Kalau dia kelentong pun bukannya iols tau kan. Kita layankan sajooo.

Ha tengok tu Mas Bowo sebok dok carik angle baik punya ambik gamba jeep dia
I find Bahasa Indonesia in Jogja is slightly different and more difficult to comprehend compared to Lombok but luckily Bowo's was easy to understand and we can communicate quite effectively.

Idok lerrr macam ayam dengan itik kan?

Bunker Kaliadem ni adalah tempat berlindung jika ada peningkatan aktiviti gunung berapi sahaja, ataupun bila keluar gumpalan asap dan debu, dan bukanlah untuk berlindung ketika gunung tu muntahkan lava uols. 

Namun begitu, ada 2 orang pekerja/sukarelawan penyelamat yang terkorban dalam bunker ni. Sebabnya masa tu, theyalls ingat letusan kecil je, rupanya lava baik punyaaaa.

Masa ni Bowo sempat buat lawak "Satu orang kayaknya dibakar oven, satu lagi kayak direbus gitu"

Pun boleeyyyyyy.
Lurah ni bukan lurah dendam berahi ye uols. Ni lah bekas laluan lava gunung berapi. Sekarang ni lurah-lurah camni tempat company ambik pasir untuk pembinaan.


 Gambar sumber: Tripadvisor

Masa ni kat tempat Batu Alien. Memanglah bentuk batu tu sedikit aneh menyerupai alien tapi asal Batu Alien ni bukanlah sebab ianya diturun-temurunkan oleh Alien, tetapi Alien berasal daripada perkataan "Alian = Alihan", maksudnya batu gedabaq tu dialihkan.

Boleh jadi terpelanting dari gunung atau mengalir mengikut aliran lava.

Selepas tu, uols akan dibawa ke Rumah Memori. Macam muzium la gitukan yang memaparkan peninggalan sebuah rumah yang musnah akibat awan panas.

Rumah ini musnah bukan sebab lava ye, sebab AWAN PANAS yakni debu-debu dan haba dari lava. Kalau kena lava dah lebur la kot. Menurut Bowo, awan panas ketika itu suhunya mencecah 400 darjah celcius.

Rangka tu bukan fosil dinosaur tapi rangka lembu-lembu.

Jam ini menunjukkan pukul berapa gunung Merapi meletus.
Pameran barang-barang yang lebur kesan awan panas
Kalau kaca bisa pecah, kayu juga bisa patah. Tibahh terdangdut pulak chuollss. 

By the way, inilah kaca-kaca yang lebur. Kaca hanya boleh dileburkan pada suhu yang sangat tinggi (>1000c), so uols boleh bayangkan betapa panasnya masa tu. 
Lava ciki boom boom
See how cloudless their sky is? Tengah hari panaih lit lit i tell chuuu
CPPS highly recommends Merapi Sunrise Tour ni. Ai is so puas hati!

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Rasa Tertekan Atau Stress? 4 Vitamin Dan Supplement Yang Boleh Membantu Anda Rasa Lebih Tenang

Vitamin Dan Supplement Bantu Menangani Gejala Stress  Anda stress? Kalau tak pasti korang stress, depress atau anxious, boleh lah buat Dass 21 test ni.  Siapa ja yang tak pernah stress kan? Rasanya rumput tepi jalan pun stress dengan keadaan yang tidak menentu sekarang.  Kita memang tak boleh lari daripada stress tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab stress yang berpanjangan dan tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya: Sistem imun yang merosot - senang jatuh sakit & ambik masa yang lama nak recover Masalah tidur - insomnia, susah nak tidur Migraine , sakit kepala Masalah cardiovaskular - darah tinggi, sakit jantung, stroke Mental & Emosi - hilang fokus, emosi tidak stabil Baca: Effects Of Stress On Our Body Kerap bersenam, tidur yang berkualiti dan cukup serta pemakanan yang seimbang antara strategi mengawal dan menangani stress. Disamping itu, pengambilan nutrisi atau supplement yang bersesuaian juga boleh membantu kita m...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...