Skip to main content

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1

Beautiful!
Pulau Perhentian adalah antara destinasi dalam wish list Cik Panda. Dari dulu lagi teringin nak menjejakkan kaki di salah sebuah pulau yang cantik di Malaysia.

Plan punya plan, rezeki iols tahun ni bercuti ke Pulau Perhentian. Ye la uols, selama ni iols makan ikan salmon. Tahun ni kita makan ikan kembong ye. Siap cicah air asam lagi.

Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Perhentian

Okay macam mana nak ke Pulau Perhentian yang terletak nunnnn jauh di Terengganu tu?

1. Melalui Udara

Kalau rasa nak cepat dan jimat tenaga, uols boleh naik flight ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru KELANTAN ye. 

Iols ulang KELANTAN sebabnya jeti nak ke pulau tu terletak di Besut yang lebih hampir dengan Kota Bahru.

Lepas landing tu uols bolehlah ambik teksi ke Jeti Kuala Besut.

2. Melalui Jalan Darat

Weols yang 10 orang ni sangat gigih so weols drive 3 bijik kereta, Ferrari, Ferrara dan sudah tentunya kereta iols Ferroro yang naik bukit tercunggap-cunggap.

Yang penting sampai dengan selamat uols.

Perjalanan dari KL melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), exit Kuala Terengganu menghala ke Kuala Besut mengambil masa 5-6 jam tapi weols berjam-berjam sebab hujan lepas tu berhenti kat setiap R&R.

Ni roadtrip Perhentian ke roadtrip R&R?

Sila plan trip anda baik-baik ye. Pilih tarikh yang betul sebab Perhentian akan ditutup pertengahan October-February dan timing kena betul takut terlepas bot sebab bot ke perhentian ada 8am-4.30pm je.

Weols sampai sebelum pukul 4. kalau tak ada yang berenang heret luggage bag uols. Sedihh.

Sampai di jeti, weols singgah di ofis resort dan akan ada orang yang offer ke tempat parking. Biasanya park kat rumah-rumah la. Per car is RM10/day.

Nanti kat hujung post iols kan buat expenses breakdown.

So weols terkedek-kedek la naik bot bawak barang masing-masing. Perjalanan dari jeti ke pulau lebih kurang dalam 30-40 minit bergantung kepada cuaca dan keadaan laut. 

Kalau bergelora tak boleh la bawak laju uols. Takut ada yang tercampak dalam laut lalu dibaham jerung. Hihi

Nak Pilih Perhentian Besar Atau Perhentian Kecil?

Pulau Perhentian ni ada 2, Perhentian Besar (PB) dan Perhentian Kecil (PK). 

Generally, PB is a much more quiet and family oriented la. Kalau nak fefeeling honeymoon boleh la pilih PB. Tapi penginapan di PB agak limited dan mahal kalau dibandingkan dengan PK.

PK pulak lebih banyak aktiviti. It's a bit more lively and hustling compared to PB and there is much more accommodation with different price range. Kedai makan pun banyak.

Actually lebih kurang je PB and PK uols. Kalau uols rasa nak duduk kat PB tapi nak melacur ke PK, ada servis water taxi kemana saja uols nak.  

Tempat Penginapan Di Perhentian Kecil

Walaupun dah decide nak pegi PK, still pening jugak nak pilih duduk kat area mana sebab ada banyak beach/ceruk uols boleh pilih.

Kalau nak tempat yang happening and lively sikit sambil cuci mata tengok mat salleh berjemur kat pantai, boleh duduk kat Long Beach

Tapi iols decide untuk duduk di Sharila Resort kat Coral Bay after recommendation by a friend. Coral Bay is 10 minutes walk from Long Beach, a bit more quiet and is the place if you want to watch the sunset.

But actually, it is the only place that provides a place where 10 of us can stay under one roof. 
Coral Bay ni tak sesuai sangat nak berenang uols sebab berbatu dan banyak bot. Nak berenang best kena pergi Long Beach
Sampai-sampai je "Adik manis mau ayerr?" Woww dapat welcome drink dari jejaka idaman uols!
Sharila Resort ni 24-hour electricity, air-conditioned, clean and running water, with TV and WIFI. 

I LOVED this place for its tranquility and serenity although much needed to be done about the WIFI.
The boys room/space. 
Siap ada pantry. Mampu? Gigih shopping kat NSK sehari sebelum tu.
Nasib baik weols sempat sampai sebelum ribut melanda
Sharila ni antara resort yang masih bukak walaupun tengah musim monsoon sebab kedudukkan dia yang tinggi atas batu
Gigih memanjat batu dan bertarung dengan biawak demi sekeping gambar. Haihhh
Hari pertama weols makan kat restaurant hotel jeh sebab penat dan lapar. Standard harga makanan disini Nasi Goreng Kampung pun RM12 uols.

Harga pulau la kot. Bukan saja di hotel ni tapi kebanyakkan tempat makan sini pun harga macam tu. Cuma beza sedap tak sedap jeh. 
Restoran Sharila yang berekabentuk klasik kemelayuan
Tengah makan tu hujan ribut yang maha lebat melanda sambil ombak menghempas batu. Perghhh memang terbaik la. Lepas makan masing-masing mata dah layu.

Malam sikit weols buat night walk to Long Beach melalui kebun getah. Masing-masing pakai pyjamas nih. So the orang tua.

Kat Long Beach ada beach bar yang korang boleh minum-minum, shisha tapi weols duduk kat kedai makan minum laici sambil cuci mata je. Tak ramai pun kupu-kupu malam berkeliaran sebab masih hujan renyai-renyai.

Weols perasan kebanyakkan benda kat Long Beach termasuk makanan dan pakej snorkelling lebih mahal dari Coral Bay.

Ye la. Snorkelling trip kalau ambik kat Coral Bay RM40, kat Long Beach RM50 padahal sama jeh.

Tunggu punya tunggu hujan taknak reda so weols redah je hujan tu balik ke hotel. Basah melecak masing-masing.

Day 1 pun berakhir.

Petrol KL-KT: RM100 per car (kalau Myvi lah)
Tol: RM50
Boat ride: RM70 two way
Park Entry Fee: RM5
Accommodation Banglo unit: RM3498 for 3 nights (including 6% GST) so RM349/person for 3 nights

Baca DAY 2, DAY 3 dan DAY 4!

Comments

  1. Cikpanda ni.. kenapa kena ada episod 2... Mmmm.. senah dah tak sabar nak baca...

    ReplyDelete
  2. Cikpanda ni.. kenapa kena ada episod 2... Mmmm.. senah dah tak sabar nak baca...

    ReplyDelete

Post a Comment

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Sunlight Suite: Introvert's Heaven In Cameron Highland

 Sunlight Suite: Introvert's Heaven In Cameron Highland I told myself I'll not revisit Cameron Highlands since it became so crowded, busy, and overdeveloped in recent years. I might have changed my mind after I found this beautiful hidden gem. Honestly, it really is challenging to find a place that ticks all the boxes for an ideal introvert's getaway in a touristy place like Cameron Highlands. With lots of research, you can and for me, that place is Sunlight Suite . Going on a long weekend, I already mentally prepared myself for the infamous non-moving weekend traffic jam in Cameron Highlands.  "Going to Cameron on a long weekend?! You crazy ahh?!" my friend said.  But to my surprise, the traffic was pretty smooth. It also helps that I departed quite late from KL (3pm-ish) via Tapah route and reached Sunlight Suite around 7pm.  Little English Cottage In The Tropics Moonlight Bungalow Picture credit to https://www.sunlightsuite.com/moonlight-bungalow/   Sunlight...

Superfruit Avocado - Resipi Mudah

Mesti uols pernah makan avocado kan? Buah avocado ni mula digemari ramai sejak kita masuk era "healthy eating". 10 tahun lepas, susah jugak nak jumpa avocado. Sekarang ni, kat Giant pun ada, siap dengan harga mampu milik. Zaman kita baby-baby dulu, mak-mak kita bagi makan bubur nasik kosong je jah. Bertuah anak-anak zaman modern sekarang sebab umo 6 bulan lagi mak dorang dah kasi makan avocado. Iols pun baru belajar makan avocado ni 5 tahun lepas. Itu pun sebab minum jus avocado. Wakakaka. Hari tu ternampaklah ada sorang hakak ni post dalam group MAHN (Masak Apa Hari Ni). Ceritanya baru beli avocado tapi "macam mana nak makan eh benda ni?" Okay. Ramai orang tau avocado tu apa tapi tak ramai yang tau khasiat buah ni dan kenapa ianya adalah superfruit! Ramai jugak yang kurang tahu cara-cara untuk makan buah ni. Meh CPPS nak cerita. Avocado ni unik. Kebanyakkan buah-buahan kaya karbohidrat tetapi avocado kaya dengan lemak yang baik. Seba...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...