Skip to main content

Staycation @ Laman Sentosa Kuantan - Ada Bathtub!

Staycation @ Laman Sentosa Kuantan - Ada Bathtub!

Mandi bunga buang sial gitewwww

5 hari cuti.

Persoalannya sekarang adalah nak kemana.

Sempat jugaklah menggodek itinerari ke Bangkok tetapi rasanya terlalu rushing, tak sempat nak buat research. Sebabnya iols ni jenis yang suka kaji selidik dulu sebelum buat sesuatu trip.

Okay then kita decide dalam negara sahajalah.

Port Dickson, Melaka, Genting Highlands, Cameron Highlands dan semua tempat pelancongan lain sudah tentu ramai manusia.

Godek punyak godek, tersinggahlah kat Laman Sentosa on the net, teruih jatuh hati dengan outdoor bath tub dan deco boutique hotel tersebut yang sangat memikat hati iols.

Lalu iols decide untuk staycation kat Laman Sentosa Boutique Hotel, Kuantan, Pahang.

Iols book melalui Agoda dan memilih garden suite, bilik yang mempunyai bath tub di luar. Total for 2 nights is around RM450

Iols suka sesebuah penginapan yang agak privasi, selesa, tidak ramai orang dan kalau boleh berdeco ala-ala resort/Bali/hutan/nature gitu kan. 

Maka ramailah yang agak hairan dengan pilihan destinasi iols tu. Why Kuantan among all places?

Because I've never been to Kuantan. Lols.

Read: Things To Do In Kuantan, Pahang

Perjalanan ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui LPT. Bertolak daripada KL lebih kurang dalam 11am dan sampai Kuantan ngam-ngam masa untuk check in. 

Ambik exit Gambang senang sikit. Orang cakap laaaa weols follow jeh.

Makan malam ke breakfast ke tidak disediakan di hotel ni. Cuma dalam bilik disediakan water kettle, complimentary tea and coffee.

Takdak mini bar. Sobs.

TV ada Njoi je lah uols. So tak bolehlah fefeeling tengok HBO ke Cinemax ke Starworld ke kan sambil mereput dalam bilik hotel.

Bilik dia agak tak soundproof ye. Uols boleh dengar TV jiran sebelah.

So kalau uols fefeeling nak pi honeymoon dengan pasangan masing-masing, diharap menggunakan silent mode ye. 

Ada satu kejadian ni iols pelik betul lah.

Pagi pertama weols kat situ, pepagi buta iols dalam tido-tido berbungkus fefeeling princess tu, terhidu bau kopi. 

Sapa tah punya kopi tak taulah. Jiran sebelah kot. hehe *Think positive*

Hotel ni dekat je dengan city centre. Nak pegi Teluk Cempedak pun dekat. 

Kiddie swimming pool. Sampai paras paha je air ni uols so tak payah la uols verangan nak swimming sini.

Walkway outside our room. Loved it!
And this walkway where we spent a lot of time taking photos. hahahahha
Ohh that bathtub is major love



Bunga, lilin dan aromatherapy weols bawak sendiri. Punya gigih nak DIY spa sampai bawak benda-benda ni semua. Kebetulan hari kedua weols kat sana, masa kat market ternampak mamat ni jinjing plastik berisi bunga-bunga macam ni. Apalagi, weols terus singgah kat market and carik kedai bunga sampai dapat. 

Kalau ditanya apa weols buat kat Kuantan 2 malam? Makan, berendam dalam tub fefeeling spa dan tido.

DIY spa gitu kann so bawaklah essentials uols siap-siap


Behind the scene gitu kan

Lepas check in, sebab hari masih panas, weols merayau kat East Coast Mall. Petang sikit barulah ke Teluk Cempedak. Kat sini bestttt! Angin petang nyaman sekali walaupun sedikit kuat. 
Ada satu walkway tu uols boleh jalan-jalan sebelah hutan bandar dia. Tempat ni cantik, bersih dan terjaga

bapak monyet, mak monyet dan anak-anak monyet sun-bathing kauuu
Kat area Teluk Cempedak tu ada kedai-kedai makan, Starbucks, KFC, McD. Sebelum balik tu weols tapau sedikit makanan. Malamnya tu lepak makan dalam bilik je.

Hari kedua, weols jalan-jalan ternak lemak. Untuk breakfast, weols makan kat Joe Mee Calong and nasi lemak. 

Mee Calong - I would describe as mihun sup with a hint of sweetness and keropok lekor rebus.

Read: What To Eat In Kuantan


Lepas tu dalam panaih lit lit tu weols berjalan kat Esplanade Kuantan. Mungkin masa tu weekdays, tengah hari buta maka takde orang lain yang gila macam weols nak berjalan kat situ so agak sunyi masa tu.

We had lunch at a wantan mee shop opposite the market. Iols nak namakan trip adik iols ke semanjung kali ni sebagai "The Wantan Mee Journey" sebab kerja dia dok mencarik wantan mee tak sudah. KAAHHHH!

Lepas lunch tu sempat menyinggah la kat pasar ni. Kat sinilah weols beli otak-otak dengan satar. 
Antara tempat uols harus pegi adalah Kula Cakes ni yang famous dengan Mango Cheesecake. Kula Cakes ni terletak betul-betul depan Laman Teruntum di Esplanade Kuantan tu.
Tetapi uols bersedialah untuk beratur ye. Ini barisan petang Jumaat. Iols tak boleh imejin kalau hujung minggu mesti lagi panjang
They have this nice enclosed area next to that little shop where you can enjoy your cakes.


They have a lot of cakes to choose from. We ordered their signature Mango Cheesecake and Salted Caramel Chocolate cake. SEDAP GILA. and reasonably priced too.

Tidak lengkap ke Kuantan kalau uols tak pegi Ana Ikan Bakar Petai. Weols pegi kat Tanjung Lumpur. Tempat ni memang terkenal dengan seafoodnya.
So weols ambik udang and sotong goreng tepung, sup campur dengan pari bakar petai. Untuk 2 orang makan, dengan nasik dan air, dalam RM95. Iols tak tau la mahal ke murah sebab iols memang jarang makan seafood. Tapi udang dia besar dan segar. Aihh terliur-liur pulak ingat balik.

Keesokan harinya, lepas check out, weols breakfast kat Hoi Yin Mee Curry, Teluk Cempedak sebelum bertolak pulang ke KL.

Kesimpulannya, trip ini adalah untuk makan, berendam dalam tub dan makan lagi. 

k besok diet.

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Rasa Tertekan Atau Stress? 4 Vitamin Dan Supplement Yang Boleh Membantu Anda Rasa Lebih Tenang

Vitamin Dan Supplement Bantu Menangani Gejala Stress  Anda stress? Kalau tak pasti korang stress, depress atau anxious, boleh lah buat Dass 21 test ni.  Siapa ja yang tak pernah stress kan? Rasanya rumput tepi jalan pun stress dengan keadaan yang tidak menentu sekarang.  Kita memang tak boleh lari daripada stress tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab stress yang berpanjangan dan tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya: Sistem imun yang merosot - senang jatuh sakit & ambik masa yang lama nak recover Masalah tidur - insomnia, susah nak tidur Migraine , sakit kepala Masalah cardiovaskular - darah tinggi, sakit jantung, stroke Mental & Emosi - hilang fokus, emosi tidak stabil Baca: Effects Of Stress On Our Body Kerap bersenam, tidur yang berkualiti dan cukup serta pemakanan yang seimbang antara strategi mengawal dan menangani stress. Disamping itu, pengambilan nutrisi atau supplement yang bersesuaian juga boleh membantu kita m...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...