Skip to main content

Anda Peminat Drama Tempatan/Melayu?



Sebelum memulakan post ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana ini merupakan post pertama dalam Bahasa Malaysia. *Cikgu BMku, adakah kamu berasa bangga dengan diriku ini?* hihihi

Saya memang peminat drama melayu, almaklum la uolss rumah takda Astro. Bukan semua drama melayu tak best, ada yang best, jalan cerita mantap, lakonon para pelakon tip top! yang penting heronya hensem. 




Drama paling saya suka. Fahrin Ahmad sangat hensem! walaupun saya tidak berapa minat Fasha tapi memang tidak dinafikan lakonannya mantap.

Ini lagi. mungkin agak berat sebelah kerana Aqasha sangat macho tapi lakonannya memang top class.

Bagaimanapun, jika dikaji betul2 ada banyak yang klise/tipikal dan tidak logik dalam drama2 tempatan ni.

1. Mesti ada watak datuk datin, bisnes juta2, kaya-raya, rumah macam istana.

2. Waktu tido pun mekap tebal 10 inci, siap dengan bulu mata palsu. Eyeshadow biru, pipi pink, lipstick merah menyala.

Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Gambar dari Google.

3. Kerja kerani, cikai2 ja di ofis pun mampu duduk rumah besar di KL. Pegawai kerajaan pun belum tentu mampu duduk rumah macam tu cik kak oiiiii.



Jom tengok video vblogger favourite saya, Mat Luthfi 
(who just recently won a SHOUT awards!) 
bercerita pasal drama2 tempatan. Enjoy!


Pstt..Tv rumah saya sudah rosak..Aqasha, I'm going to miss uuuuuu :p



Comments

  1. HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAH....

    #sotrue.... tetak sorang2 ku kat ofis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe walapun begitu, hidupku ternyata suram tanpa drama :p

      Delete

Post a Comment