Skip to main content

Kulit Berseri Bersama CPPS

Kasi peluang sikit nak promote diri. Kah!!
Curlasss tajuk iols kan. Dah macam iklan skincare tak berbayar.

Adalah kan beberapa orang yang bertanya kepada iols.

"Eh! Apa you pakai? Supplement apa you makan? Kulit muka you nampak lain la. Glowing, berseri-seri. Awet muda."

Orang yang cakap lah, bukan iols puji diri. Kah!

Okay. Disebabkan CPPS baik hati dan comel, maka kali ni iols nak share tips-tips skincare dan product yang iols pakai. 

Jangan risau, iols tak jual produk pun. Ye la kan, sharing is caring. CPPS pun nak lah sisthurs-sisthurs, brothers CPPS ni bersama-sama gorgeous morgeous meletop pom pom.

Sejak dari dulu lagi kulit iols ni jenis berminyak. tahap minyak dia tu dah macam boleh pakai goreng ayam berempah liang-liang roma gitu.

Sudahlah berminyak, kusam, agak gelap dan tona pulak tidak sekata. Bila kulit berminyak macam tu, pakai mekap ke foundation ke kan, ya ampun berkilat muka. 

Mekap pun cepat sangat hilang. Asyik kena touch up.

Liang roma lagi tak payah cakap la uols, dah macam perigi dah iols tengok. Sangat jelas kelihatan dan agak besar.

CPPS mungkin agak bertuah kerana bukan jenis kulit berjerawat/ breakout sangat. Tetapi dihiasi dengan whiteheads, blackheads and skin tags. 

Apabila mula bekerja, iols berjinak dengan facial yang iols pernah cerita KAT SINI.

Okaylah kan, nampak banyak perubahan. Tapi nak maintain tu, agak perit juga la sebab satu sesi tu dalam RM90-RM140 ( kalau uols tak add-on/ beli produk). 

So kita kenalah cari alternatif lain.

CPPS adalah seorang yang sanggup spend duit untuk skincare berbanding mekap. Mekap iols pakai cikai-cikai, jenama drugstore je uols. Ala macam Silky Girl ke Maybelline ke. 

Mur Mur jeh.

Yang lebih penting sebenarnya adalah penjagaan kulit muka kerana kulit muka uols tu macam canvas. Kalau canvas licin, maka foundation ke warna-warna akan blend dengan cantik.

Jom kita mulakan dengan step by step:

1. CLEANSING 


Sebelum mandi, sebelum cuci muka, lepas buang mekap, iols akan pakai Eucerin DermoPURIFYER ni. Walaupun hari tu iols tak bermekap sekalipun, tetap akan pakai ni dulu.

Kenapa?

Sebab kulit kita sentiasa terdedah kepada debu dan kotoran.

Ni lebih kurang macam micellar water tu la uols. Kalau uols nak pakai jenama lain pun okay je. Iols prefer Eucerin ni sebab antara skincare yang bagus dan sesuai dengan kulit iols.

Pernah jugak pakai Garnier tetapi kulit muka iols jadi sangat kering. Jadi, pilihlah yang sesuai dengan kulit masing-masing.
Facial cleanser iols takde yang spesifik. Pakai je mana-mana yang ada depan mata. Sekarang ni, iols pakai yang ni daripada The Face Shop.




2-3 kali seminggu, uols kena lah scrub, sental sikit kulit-kulit mati kat muka tu. St. Ives ni rasanya tidak perlu diperkenalkan sebab memang antara scrub yang popular. 

2. TONER

Perlu ke pakai toner?

Toner sebenarnya penting kalau kulit uols jenis berminyak, mudah berjerawat atau kering. Juga untuk mereka yang sering bermekap (extra cleansing gitu).

Semakin meningkat usia ni, kena tingkatkan hydration kulit. Barulah kulit nampak gebu plump plump kan. 

Iols suka sangat Chia Seed No Shine Hydrating Water by The Face Shop ni. Tidak mengandungi alkohol (so kulit tak kering), tidak berminyak dan melembapkan kulit.

3. SPECIAL CARE (SERUM etc)

Sepanjang hidup iols, BANYAAAKKKKKKK serum iols dah try. Vitamin C lah amende lah. Sebut je. Memang serum one of my favourite skincare. 

Ni iols nak share rahsia kulit berseri-seri umpama cahaya bulan.

MANDELIC ACID


AMPM Mandelic Acid 5% ni uols boleh beli kat Watson dalam RM50-RM60 macam tu untuk 30ml.

Kulit yang kusam biasanya adalah disebabkan oleh pengumpulan sel-sel kulit mati. MA ni increase cell turnover rate. So dia buang sel kulit mati dan galakkan sel-sel baru untuk tumbuh. Nak cerita panjang sangat. Uols google jeh.

Ni iols highlight apa kebaikan MA untuk kulit:
  • Reduce fine lines and wrinkles
  • Gentler chemical peel compared to glycolic acid
  • Reduce hyperpigmentation i.e melasma
  • Improve acne (anti-bacterial properties)
Iols SANGAT-SANGAT recommend MA ni. 

Adik iols si make-up artist puaka tu pun dah try dan sangat berpuas hati dengan MA.

MA ni ada beberapa concentration. Mulakan dengan yang rendah dahulu i.e 5%.

Sekarang ni iols pakai yang ni, 20% dan nampak improvement dengan 20%. Kalau kulit uols agak sensitif, jangan pakai setiap hari. Pastikan pakai sunscreen selalu dan kadang-kadang kulit akan kering sedikit. Yang ni iols beli kat Lazada, RM95+ untuk 15ml. 

4. MOISTURIZER

Rasanya yang ni pun ramai antara uols yang pakai kan? So far, iols sangat berpuas hati dengan RE ni.

Okay. Yang di atas semua adalah penjagaan luaran. Dari segi dalaman pulak iols takdela amalkan apa-apa yang extravaganza sangat.

Cuma dari dulu, iols adalah peminat vitamin C yang SANGAT TEGAR. Bukan sahaja penting untuk sistem imun, malah sangat bermanfaat untuk kulit yang sihat.

Yang lain-lain?

  • JANGAN MEROKOK! (kulit cepat berkedut)
  • Tidur yang cukup
  • Minum air yang cukup
  • Pemakanan yang seimbang
  • BERSENAM ( detox melalui peluh, improve blood circulation)
  • Senyum selalu 
  • Hati kena bersih (TIBAHHHHHHH)
Kenapa penting untuk kita jaga dalaman?

Sebab kulit adalah organ terbesar dalam badan. Kalau dalaman uols sihat, perubahan nombor satu yang akan uols nampak adalah kulit uols. 

Your face is a reflection of internal health. 

Okay? Semoga uols semua semakin gorgeous morgeous meletop pom pom!


Comments

Post a Comment

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Siapa Emotional Vampire?

Apakah itu emotional vampire? Dalam perhubungan manusia, tidak kiralah kawan, kekasih, keluarga, rakan sekerja dan sebagainya, ada yang positif dan membuatkan kita berasa gembira Dan ada pulak yang membuatkan kita jadi negatif, seolah-olah orang itu menyedut segala positivity/good vibes. Ini adalah orang yang kita panggil emotional vampire. They are someone who drains your energy.  Ini cerita tentang F, si emotional vampire yang mental. Siapakah F dan apakah kisah dia sebelum ini? Uols boleh baca kat SINI Si F ni uols dah berenti jadi PT. Katanya sebab bapaknya nak dia balik Penang, interview polis. K fine. Lepas tu selalu cakap kat CPPS dia sebenarnya tak nak jadi polis, nak jadi PT sebab suka bantu orang jadi lebih sihat, achieve healthier life gitu kan "Eh tapi jadi polis pun boleh bantu orang kan?" " Ye la you tapi I takut la tengok ramai sangat yang makan rasuah etc. I tak nak la jadi macam tu." K fine. Tapi malangnya rezeki dia tiada ...

Rasa Tertekan Atau Stress? 4 Vitamin Dan Supplement Yang Boleh Membantu Anda Rasa Lebih Tenang

Vitamin Dan Supplement Bantu Menangani Gejala Stress  Anda stress? Kalau tak pasti korang stress, depress atau anxious, boleh lah buat Dass 21 test ni.  Siapa ja yang tak pernah stress kan? Rasanya rumput tepi jalan pun stress dengan keadaan yang tidak menentu sekarang.  Kita memang tak boleh lari daripada stress tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab stress yang berpanjangan dan tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya: Sistem imun yang merosot - senang jatuh sakit & ambik masa yang lama nak recover Masalah tidur - insomnia, susah nak tidur Migraine , sakit kepala Masalah cardiovaskular - darah tinggi, sakit jantung, stroke Mental & Emosi - hilang fokus, emosi tidak stabil Baca: Effects Of Stress On Our Body Kerap bersenam, tidur yang berkualiti dan cukup serta pemakanan yang seimbang antara strategi mengawal dan menangani stress. Disamping itu, pengambilan nutrisi atau supplement yang bersesuaian juga boleh membantu kita m...

Footprints In The Sand

This is my favourite story of Jesus One night I dreamed I was walking along the beach with the Lord.  Many scenes from my life flashed across the sky.  In each scene I noticed footprints in the sand.  Sometimes there were two sets of footprints.  Other times there were one set of footprints.  This bothered me because I noticed that during the low periods of my life  When I was suffering from anguish, sorrow, or defeat,  I could see only one set of footprints.  So I said to the Lord, "You promised me, Lord,  That if I followed you, you would walk with me always.  But I noticed that during the most trying periods of my life  There have only been one set of prints in the sand.  Why, When I have needed you most, you have not been there for me?" The Lord replied,  "The times when you have seen only one set of footprints  Is when I carried you." When times are tough, when you feel so lonely and ho...

Manusia Dua Alam

  Pernah jumpa tak manusia yang indah khabar dari rupa? Ataupun manusia yang dalam sosial media adalah seseorang yang sangat menarik hidupnya, melancong sana sini, kelihatan peramah dengan cerita-cerita pasal orang sekeliling dia tapi dalam kehidupan sebenar, agak sendu dan krik krik? Pernah kan? Inilah manusia dua alam dimana alam maya dan alam realiti dia berbeza umpama langit dan bumi. Ada seorang manusia ni, kita namakan dia XX (bukan nama sebenar). XX ni sering update cerita panjang lebar dalam sosial media dia. Satu gambar dia upload selalu disertakan dengan karangan 2 mukasurat.  Ada sekali dia upload gambar makanan yang diberikan rakan sekerja dia. Mulalah karangan 2 muka surat dia menceritakan mak si anu masak makanan lebih sikit untuk dia, si polan pun bagi makanan. Betapa murahnya rezeki dia dan bertuah dikelilingi kawan-kawan yang baik dan thoughtful. Wahhh kemain. Tapi dalam alam realiti, dia manusia berperangai pelik dan tidak boleh difahami. K...