Skip to main content

Deko Laman Kecil


Minggu lepas sis ada post gambar makeover laman rumah yang siap dalam masa 3 hari.


Rupanya ramai jugak yang ingin mempunyai laman yang cantik dan kemas kan. Ye la, balik kerja stress petang-petang. Jadi kalau ada laman yang kemas, hati pun sejuk dan tenang je. 

So uols pun bertanya-tanya macam mana sis buat laman tu?

Ahh senang aja. Janji ada kerajinan, kemahuan dan sudah tentunya kena ada modal sikit. 

Laman yang sis makeover tu adalah laman rumah mak weols. Sedeh nengoknya terbiar macam tu. Sayang tak buat apa-apa sebab lokasi dan saiz dia penuh dengan potensi untuk menjadi sebuah laman yang cantik.

Idea untuk deko laman itu memang ada cuma proses melaksanakannya membuat otak sis jam.

Tanah rumah tu mendap dan turun beberapa inci. Jadi ada ruang yang perlu diisi supaya laman itu nanti sama rata dengan konkrit rumah. Mana lagi nak tanam bunga, rumput dan deko?

Sebenarnya sis tak tau macam mana nak mula sehinggalah satu hari tu, iols ikut sepupu sis, si JJ beli tiles. Sebelah kedai tiles ni kedai pasu/lanskap. Sementara JJ membeli tiles, weols cuci mata la kat kedai lanskap yang jual pokok-pokok bunga dan alatan lanskap lain.


Sis nampak ni. So orang yang buat deko ni buat sandbox yang diisi padat dengan pasir yang kemudian ditutup dengan artificial grass ni. Dari sini datangnya idea untuk deko laman rumah mak iols tu.



Laman ni bersaiz lebih kurang 5x5m. Kalau uols perhatikan, tanah dia rendah sedikit dari level rumah.

Langkah pertama adalah buat foundation 'sandbox'. Weols isi ruang dengan konkrit bumbung rumah yang bertahun terbiar. Jadi pakai je apa yang ada. Pakai batu pun boleh tapi batu kena beli lah. Ruang diantara tanah dan konkrit rumah, JJ letak batu bata kemudian simenkan. So bila takde ruang, pasir pun tak lari kesana sini

Okay so bila sandbox tu dah seal, kita letak pulak pasir. Pasir ni weols beli dalam 2 tan (RM120) tapi untuk laman size macam ni, 1.5tan pun dah cukup. Iols tak reti beli-beli pasir ni. Tu semua JJ yang bagi cadangan.


Sementara JJ simen ruang antara tanah tu, iols angkat la pasir tu sikit-sikit. Perghhh. memang memerlukan tenaga yang banyak buat kerja buruh kasar macam ni. Tak sia-sia pergi gym angkat besi. 

Masa ni, laman ni 60% siap. Pasir dibiarkan semalaman dan dimampatkan. Border untuk tanam bunga pun dah siap. JJ ni memang kaki DIY. Semua benda DIY ni dia reti dan rajin nak buat. Iols ikut je.

Ni weols beli:
  • 2 beg batu putih - RM15/bag
  • 2 beg batu hitam- RM25/bag  
  • Stepping stone yang kosong - RM5 each sekeping
  • Rumput tiruan/ artificial grass - 4x2m untuk RM150. Boleh je kalau uols pakai rumput hidup tapi weols nak buat laman yang low maintenance so artificial grass ni pilihan yang menarik.
Barang-barang ni sis beli kat nursery tempat jual pokok. Tapi kalau nak beli online pun boleh.
Pokok Heliconia tu weols cabut je kat semak samun dekat rumah Landeh. Heliconia dipilih kerana tumbuhan ni pun low maintenance.

Pendek kata iols nak bina laman untuk pemalas.


Dan inilah hasilnya selepas 3 hari. Sudut sebelah kiri, weols letak batu karangan/sungai yang weols beli kat hardware shop (RM3/sebaldi, weols pakai 3 baldi) dan kemudian diletakkan pasu bunga yang sedia ada di rumah.



Tambah tolak, kos untuk buat laman ni dalam RM500-600. Kira murah la tu kan daripada nak upah orang buat semua tu. 

Yang buat mahal adalah artificial grass tu. ye la, nak low maintenance dan senang katanya. Tangan iols ni bukan boleh harap sangat. Tanam kaktus pun boleh mati, inikan pula rumput carpet tuh.

Verangan je boleh lah. 

So siaplah Taman Astanakonapelaminangankumusnah by Cik Panda Poret Perempuan Sihir dan JJ Master DIY. 

Projek kedua?

Boleh Baca Ni Jugak Kalau Korang Nak Lebih Idea Untuk Deko-Deko Laman:

1. 30 Idea Mini Landskap Untuk Laman Rumah
2. Deko Halaman Rumah Kecil
3. 15 Idea DIY Hiasan Untuk Taman Mini

Comments

  1. Replies
    1. Kedai-kedai landskap biasanya ada jual. Tak pun boleh carik kat nursery jual pokok bunga

      Delete
  2. Di mana saya boleh dapatkan batu sungai dalam kuantiti yg banyak? Klu ada boleh pm sy
    017-3110632

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni rasanya boleh carik kat kedai jual bahan2 binaan, yg jual pasir, batu2. Boleh tanya kalau dia ada jual batu sungai tak

      Delete
  3. terima kasih berkongsi idea. nak tanya, bila hujan, bawah rumput artifcial tu basah dan berbau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far takde. Sebab letak pasir & genting bumbung dulu sebagai foundation dia. Air pun takde bertakung sangat.

      Delete

Post a Comment

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Rasa Tertekan Atau Stress? 4 Vitamin Dan Supplement Yang Boleh Membantu Anda Rasa Lebih Tenang

Vitamin Dan Supplement Bantu Menangani Gejala Stress  Anda stress? Kalau tak pasti korang stress, depress atau anxious, boleh lah buat Dass 21 test ni.  Siapa ja yang tak pernah stress kan? Rasanya rumput tepi jalan pun stress dengan keadaan yang tidak menentu sekarang.  Kita memang tak boleh lari daripada stress tapi jangan biarkan ianya berlarutan sebab stress yang berpanjangan dan tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya: Sistem imun yang merosot - senang jatuh sakit & ambik masa yang lama nak recover Masalah tidur - insomnia, susah nak tidur Migraine , sakit kepala Masalah cardiovaskular - darah tinggi, sakit jantung, stroke Mental & Emosi - hilang fokus, emosi tidak stabil Baca: Effects Of Stress On Our Body Kerap bersenam, tidur yang berkualiti dan cukup serta pemakanan yang seimbang antara strategi mengawal dan menangani stress. Disamping itu, pengambilan nutrisi atau supplement yang bersesuaian juga boleh membantu kita m...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...