Cik Panda sudah puas dikecewakan, hati ini bagaikan sudah bebal menerima kekecewaan demi kekecewaan, sudah puas diguris. Perasaan hampa bagaikan sudah lali dalam diri Cik Panda. Perasaan Cik Panda berkali-kali dipermainkan. Sudah puas ditipu dengan harapan palsu. Sudah biasa dengan perkara yang indah khabar dari rupa. Ternyata rupa dan nama bukanlah pengukur untuk kebahagiaan. Namun Cik Panda kagum dengan diri sendiri kerana masih sentiasa berharap dan tidak berhenti untuk mencari... Mencari kebahagiaan dan kegembiraan. Kerana itulah lumrah seorang manusia, untuk merasa kebahagiaan, walau sesukar mana sekalipun keadaannya. Setelah sekian lama mencari, mengharungi segala penat lelah, duri ranjau kehidupan, akhirnya Cik Panda ketemu juga Sesuatu yang ternyata bukan indah khabar dari rupa, sesuatu yang bisa membahagiakan walaupun sekecil mana nilainya, sesuatu yang lama Cik Panda cari. Ya, akhirnya Cik Panda ketemui juga Chicken Nugget yang betul-betul terasa...