Skip to main content

Posts

Lelaki Bermulut Puaka & Bila Nak Kahwin

Lelaki bermulut puaka dan CPPS berpisah tiada. Kali ini ceritanya berkisar tentang kahwin. Ohh topik yang panas sekali. M emang bikin panas. Ada seorang kawan lelaki kita namakan dia Dhani. Si Dhani ni CPPS kenal sejak tahun lepas tetapi cuma jumpa 2 kali sahaja. Selebihnya lebih kepada chat yang lebih kurang begini "Hoi. Busy memanjang. Bila nak jumpa? Sombong. Starlight dahi tu kang" Ye, weols berdua memang gurau kasar sikit. Tapi Dhani ni rajin la jugak kan chat dan tanya khabar sekali sekala. Bukanlah macam jantan-jantan puaka lain kan. Penghujung tahun lepas, Dhani cakap dia rasa macam nak kahwin sebab 'Two is better than one' katanya. Lagipun umur dah meningkat. Dia tua setahun daripada CPPS. Ok fine. Tahniah. CPPS suruh la dia carik calon kalau terasa hati dah terbuka nak kahwin kan. Pertengahan tahun 2017, dia cakap akan kahwin lepas raya. Okaylah kan. Syukur la dah nak kahwin. Baru-baru ni, dia whatsapp CPPS bertanya khabar. Perbualan ...

Minyak Kelapa Bagus Atau Tidak?

Suatu ketika dahulu, minyak kelapa tiba-tiba boommm! meletup, paling hot dipasaran kerana dikatakan antara minyak a.k.a lemak yang mempunyai manfaat kesihatan. Minyak kelapa dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan. Ada juga yang cakap makan satu sudu sehari untuk memudahkan proses bersalin.  Masuk ikut mulut dan kemudian lubricate laluan vagina la kot logiknya. Macam tak logik kan tapi orang percaya juga. Maka meletuplah pasaran dengan minyak kelapa standard, minyak kelapa dara dan minyak kelapa terlebih dara xxx (Extra virgin coconut oil). Takmau cecair? Jangan risau. kapsul pun ada. Tapi baru-baru ni kecoh pulak yang sebenarnya minyak kelapa sebenarnya boleh memudaratkan JIKA DIAMBIL BERLEBIHAN. Heyyy. Apa cerita ni? Okay sebelum kita cerita lebih lanjut pasal minyak kelapa, mari kita kenali dahulu apa itu minyak atau lemak. Asid lemak boleh dikategorikan bergantung kepada panjang rantaian karbon (long, medium, short), kehadiran ikatan berganda...

Berbahaya Ke Supplements?

Sejak akhir-akhir ni, perang supplement meletus apabila beberapa orang doktor melalui sosial media mengatakan yang supplement adalah berbahaya dan merosakkan buah pinggang. Kemudian orang ramai pula macam biasa, tanpa usul periksa, tanpa membuat pembacaan sendiri, terus percaya bulat-bulat kerana statement-statement tersebut datang daripada doktor. Heyyyy! Mestilah betul kan? They are doctors! But wait.. Pepatah Bahasa Inggeris ada menyebut, "Take everything with a grain of salt".  Sekarang ni uols, kita harus bijak dalam menilai samada maklumat itu betul atau tidak. CPPS setuju bahawa para doktor lebih arif dalam ilmu perubatan, terutamanya penyakit.  Tetapi melainkan doktor tersebut amat berminat dalam bidang pemakanan dan kemudian mengambil kursus tambahan atau melanjutkan pelajarannya dalam pemakanan, boleh dikatakan pengetahuan mereka mengenai pemakanan tidaklah setanding pakar-pakar pemakanan yang menghabiskan sekurang-kurangnya 4 tahun mengkaji nutrien,...

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus? Seringkali saya diajukan soalan  "Okay tak fat burner ni?" "Apa fat burner terbaik kalau nak kurus?" "Perlu ke ambik fat burner kalau nak kurus?" "Ish tak bahaya ke?" Sebelum ni iols pernah sentuh sedikit cerita pasal fat burner KAT SINI . Apa Itu Fat Burner? Fat burner ni adalah supplement yang sering digunakan untuk membakar lemak. Kebanyakkan fat burner yang terdapat di pasaran adalah bersifat termogenik. Apa Itu Termogenik? Ianya adalah proses peningkatan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan tinggi --> lebih banyak kalori akan dibakar. Contohnya: Tanpa fat burner   : penggunaan kalori harian 2000kcal Dengan fat burner : penggunaan kalori harian 2200kcal Jadi, fat burner ni sebenarnya bukanlah membakar lemak secara langsung. Bukan makan je terus lemak uols tu cair gitu tau.  Antara bahan-bahan termogenik yang biasanya digunakan dalam fat burner adalah seperti kafein, guara...

Travel Junkie Ke?

Di zaman EVERYONE CAN FLY ni uols, traveling is made easy gitu kan. Nak travel ke mana-mana sekarang lebih senang. Dan disebabkan industri pelancongan sudah banyak berkembang dan banyak pilihan, maka ongkosnya pun lebih murah berbanding 10 tahun lepas.  CPPS ingat lagi semasa kecik-kecik dulu, Bali tu macam destinasi heaven yang agak susah dicapai. Macam nuuuunnnn jauh di paradise. Tapi sekarang, dengan RM300 sudah boleh pergi balik Bali. Nak pergi balik hari pun boleh uols. Dan tidak hairanlah kalau timbul golongan travel junkie. Kalau travel junkie yang humble dan tidak lokek ilmu takpe la uols, ni kita nak cerita pasal travel snob, kita namakan dia Daniel. Daniel is a Malaysian. Daniel tanpa disedari, memandang rendah orang yang tidak pernah travel. Seolah-olah orang yang tidak travel ini berjiwa sempit.  Dan Daniel tidak pernah melepaskan peluang untuk menyenaraikan kesemua tempat yang pernah dijejaki apabila ingin memperkenalkan diri di social media. ...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...

Kulit Menggeleber Bila Berat Badan Turun Mendadak?

Orang yang sama, cuma beza 2 minit. Sering kali didalam media sosial, banyak perkongsian gambar-gambar atau cerita major weight loss yang sangat WOW! Daripada 150kg turun 70kg. Daripada tersangat obese dengan kegigihan dan kecekalan, boleh transform jadi langsing. Seperti tidak pernah gemuk langsung! Takde stretchmarks, takde selulit.  Lepas tu uols pun bersemangat waja ingin menjadi seperti mereka. Impikan flat abs, bontot yang up, paha yang bebas selulit dan lengan yang cantik terbentuk. Maka uols pun berusaha jaga makan, exercise separuh mati. Bila boss suruh OT, uols jeling dia lalu berkata "Boss tak paham ke ha?! Saya kena pegi gym! saya nak KURUS!" Selepas 3 bulan, 6 bulan, uols pun berjaya kurangkan daripada 100kg ke 60kg tapi masih tidak berpuas hati kerana perut menggeleber, lengan pulak jiggle-jiggle, paha wiggle-wiggle. Tapi uols tertekan kenapa tak jadi sebijik dalam kisah transformation tu.  Pendek kata, korang ada banyak excess/ loose skin a...