Skip to main content

Melbourne 2019 - Puffing Billy & Brighton Bathing Boxes

Melbourne 2019 - Puffing Billy & Brighton Bathing Boxes

The Iconic Brighton Bathing Boxes

Hari ke-4 di Melbourne, kita akan menjelajah pulak ke Puffing Billy dan kemudian petangnya pulak catch the sunset at Brighton Beach gituu.

Puffing Billy. Image from Google

The Puffing Billy ni adalah steam train yang alaaa, macam keretapi dalam cerita Harry Potter tu. So bila uols naik ni, bolehlah fefeeling macam Harry Potter nak pegi Hogwarts. 

Dan yang lagi bagi feel adalah keretapi ni terletak di Dandenong Ranges, sebuah kawasan hutan berbukit-bukit, bergunung-ganag yang masih terjaga alam semula jadinya.

Sejarah Puffing Billy dan maklumat lain, uols boleh baca kat PUFFING BILLY WEBSITE. Tiket untuk naik keretapi ni pun sis rekomen uols beli online kat website dia jugak.

Tips: Sila rujuk timetable keretapi bertolak kat SINI bagi mengelakkan kekecewaan ye. Keretapi ni akan bertolak dari Belgrave dan ada 3 destinasi uols boleh pilih, samada Belgrave-Lakeside ataupun Belgrave-Gembrook.

Weols pilih Belgrave-Lakeside, $59 per pax (dalam RM177), train pukul 10.30am. So kenalah rancang perjalanan bagi mengelak daripada tertinggal naik keretapi zaman purba ni.

Macam Mana Nak Pergi Puffiing Billy Dari Melbourne CBD?

Tips: Sila beli kad Myki untuk menaiki pengangkutan awam di Melbourne CBD. Macam kad Touch n'Go kita lah. Boleh beli ($6) di 7E atau office Myki yang terletak dalam SXS. Kad ni uols boleh top up berapa saja amount yang uols nak.

Untuk ke Puffing Billy, korang kena naik train dari SXS Platform 10, get on Belgrave line to Belgrave Train Station (1-hour train ride).

Dari satu platform tu, ada beberapa train menuju ke pelbagai destinasi. Cuma kena alert train tu menuju ke manalah, boleh baca destinasi yang tertera pada train sebelum naik train tu. Takut tersampai Russia pulak.

Masa nak naik train, sila pastikan uols touch Myki card pada panel dalam train ye.
Thank God it was a sunny day! Memandangkan tiket Puffing Billy weols pukul 10.30am dan perjalanan CBD-Belgrave adalah 1 jam, jadinya pukul 9am weols dah kena bertolak ke Belgrave.

Sampai saja di Belgrave station, carik dan ikut saja line biru ni. This brings you all the way to Puffing Billy. It's 5-10 minutes walk from the train station.


Siap ada nama hokayyy. Simpan elok-elok jangan hilangkan.

Antara yang menarik pasal Puffing Billy ni, operasinya dikendalikan oleh petugas yang berkhidmat secara sukarela. So uols akan nampak ramai pakcik-pakcik comel dengan pelbagai uniform. Lain-lain department gitu kan. Ada Fire Patrol, ada conductor, ada station master.



Inilah Million Dollar view Puffing Billy, bila keretapi melalui jambatan kayu (Trestle Bridge) ni. Dulu boleh duduk juntaikan kaki kat gerabak, sekarang dah tak boleh. Faktor keselamatan kot.

 Train akan berhenti di setiap stesen untuk beberapa minit. 1st stop was Menzie's Creek. Takde apa pun kat sini uols, tak yah la uols turun.Hihi
Menzie's Creek

Uols akan dibawa melalui hutan pokok-pokok tinggi macam ni. Bau hutan ohh so amazing. Selain hutan, uols akan melalui pekan-pekan kecil dan rumah-rumah orang. 

Tapi part yang paling best kan, bila keretapi ni lalu, semua orang akan melambai keretapi. SEMUA ORANGGG tauu. 

Dunia macam terhenti sekejap sambil dorang tunggu keretapi lalu.


Selepas satu jam, weols pun sampai di Lakeside. Kat sini ada little cafe, souvenir shop dan toilet.
Daripada stesen Lakside tu, uols jalan je menuju ke Emerald Lake ni. Kat sini boleh piknik tepi tasik. It was sooo niceee! angin sepoi-sepoi, cuaca nyaman. It was such a beautiful day and look at that gorgeous colour!


Piknik malas-malas. Yang penting nasik goreng ye.


That beautiful autumn colour. Sis is excited because this is my first autumn experience. 

Jangan syok sangat piknik sampai lupa train schedule nak balik Belgrave pulek. weols depart dalam pukul 3pm dari Lakeside dan sampai Belgrave pukul 4pm lebih. 

On to the next destination!

Untuk ke Brighton Bathing boxes yang iconic tu, naik train daripada Belgrave dan turun di Richmond station. Tukar train kepada Sandringham Line dan turun di Middle Brighton Station.

Arah mana nak pegi bathing boxes tu kitorang Google Map je lah. Jauh jugak nak jalan and weols jalan laju berdesup terkedek-kedek sebab takut tak sempat nak catch sunset.

Rasanya kalau drive datang sini lagi senang kot, sebab parking banyak.

Sampai kat bathing boxes tu, matahari dah nak hampir terbenam but sokay. We didn't expect the journey CBD-Belgrave-Lakeside-Belgrave-Middle Brighton is so longggg! Actually penat & masa habis kat perjalanan je.

Dah gelap dah sis.
We spent about an hour there then walked over to the town area near the train station for dinner. 

What we had for dinner?

Thai food. Asian food for the win.

Biasalah tamak, sorang satu dish. sekali datang, omak kauuuu besarnya portion dorang. Kebanyakkan tempat makan di sana portionnya besar, so boleh je share 2 orang. We had tom yam, green curry, thai basil chicken. Sedap uiii hatta Thai food di Melbourne sekalipun. 

Rasa sedap, portion pun besar. Berbaloi sangat sebenarnya. Bukanlah macam kat Msia, portion ciput pastu Tom Yam ayam tapi serai & cili je banyak.

Yilek gambar. Tak sempat ambik gambar pun sebab semua dah kebulur.

"Mun dah namanya lapar, memang sik kan jauh dari sifat tamak & lupa diri" - Kiyon, 2019.

Lepas dinner, weols pun naik train balik ke CBD dan turun di Flinder's Station. Kebetulan pulak masa tu Friday night, ya ampunnn ramainya orang kat Flinder's street station tu.

Pedestrian crossing dia depan tu dah macam Tokyo Shibuya Crossing. Friday night ni semua orang keluar happy hour la kot.

Yang penting, kitorang sempat lagi singgah di Woolsworth cuci mata tengok groceries, jajan, chocolate, knicks knacks nak bawak balik Malaysia.

And we walk all the way back to our apartment, another 10km complete for today.

Fuhh penat.

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia

 5 Popular Meal Replacement Shakes In Malaysia Image: Louis Hansel/ Unsplash Are you trying to lose weight but find it difficult to control your daily calorie intake? Or you are someone who is always on the go, regularly skipped meals, and find it really difficult to find healthy, well-balanced meals because of your extremely busy and demanding life?  Meal replacement shakes could be the answer that you are looking for. What Is Meal Replacement Shakes? Generally, meal replacement shakes have a calorie count of around 200–400 calories and a decent amount of protein, fiber, and essential vitamins and minerals. It is essentially meal-on-the-go.  Meal Replacement Shakes vs Protein Shakes. Are They The Same? They are not the same  and are designed for different goals. Meal replacement shakes is designed to replace your meal so it must contain the essential nutrients (carbs, protein, fat, fibre, vitamin and minerals) A protein shake is just intended to deliver protein...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap

Resipi Lemon Butter Cake Gebu, Mudah Dan Dijamin Sedap I love cakes but I love baking more than I love eating them.  So sapa jadi mangsa habiskan kek-kek yang iols buatkan?  Colleagues dan kawan-kawan iols lah yang untung.  *Misi menggemukkan rakan sekerja* Lemon butter cake ni iols pernah buat seketika dahulu dan digemari oleh kawan iols, Ari Fatonah Diva. Tiba-tiba hari tu, iols dikunjungi oleh seruan angin surirumahtangga dan teringin nak buat lemon butter cake ni.  Resipi ni iols ambik dari blog Phong Hong Bakes and Cooks . I love her blog because she is a die-hard foodie and hilarious too. By the way, resipi ni CPPS approved sebab kek ni ringan dan gebu. It's on the lighter, not-so-dense side with a nice, not too overpowering aroma and taste of lemon. Super sedap dan digemari ramai!  Bahan-bahannya senang didapati, cuma teknik whisking egg whites and fold in the batter tu uols kena mantap sikit la. Hehe.  Lols. Just showing how air...

Squats Ke Arah Bontot Mantap

I love doing squats and all the variations of squats. Kalau pegi gym and tak buat senaman bontot, bukan Cik Panda lah namanya.  Bontot yang mantap tu kan aset. Ada orang yang bertuah dilahirkan semula jadi bontot memang mantap. Tu genetik. Tapi malangnya orang itu bukanlah ai. I'm not born with it, I build it.  Kadang-kadang kedengaran desiran angin nada-nada jealous makcik-makcik bawang sekalian. "Heh. Buat apa nak buat bontot besar-besar, squat bagai. Nak bagi jantan tengok la tu. Pakai ketat-ketat lepas tu tayang kat jantan-jantan. Nak mintak kena rogol ke apa?" Amboi mulut makcik-makcik bawang netizen sekarang ni memang puaka uols. Suka mendoakan yang jahat-jahat kat orang.  Kita buat bontot or whatever, tu untuk kepuasan diri sendiri. Untuk meningkatkan tahap keyakinan diri and it shows on your face and attitude when you have a healthy level of self-confidence.  Tak gitu uols. Yang takde confidence tu la yang duduk sebalik keyboard dan kutuk, ...