Skip to main content

Apa Itu Skinny Fat?

Apa Itu Skinny Fat?


Eh? Sudahlah skinny tapi fat pulak. 

Macam mana seseorang tu, pada masa yang sama, dikategorikan kurus tetapi gemuk pulak?

Korang ada kawan yang makan macam bela jin tapi maintain kurus tak? 

Atau kenal orang yang diet sampai tahap kebuluran dan cardio tak hengat sebab nak jadi kurus persis supermodel?

Apa Itu Skinny Fat?

"Skinny fat means the person looks slim but because they have absolutely no muscle mass on their body the only thing keeping them alive is the fat layer they have covering their body"- Google. 

Kesimpulannya, seseorang yang skinny fat adalah seseorang mempunyai berat badan yang normal, yang luarannya nampak kurus tetapi mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi tetapi jisim otot yang rendah.

Pendek kata, komposisi badan seseorang skinny fat tu mempunyai jisim otot yang sedikit tetapi jisim lemak yang lebih banyak

Apa Penyebab Skinny Fat?

1. Pengambilan kalori seharian TERLALU rendah - extreme diet, nak capai calorie deficit punya pasal sis

2. Terlalu banyak membuat senaman cardio

3. Tidak melakukan atau melakukan terlalu sikit senaman angkat berat/ strength training

Bila kita buat diet yang terlalu extreme dengan harapan untuk kurus, itu bukan cubaan untuk menjadi sihat. Sebaliknya itu cubaan untuk menjadi kurus. 

Kita hidup dalam masyarakat Asia yang mengganggap gadis yang kurus, slim dan putih mulus sebagai cantik. 

Dan yang berisi sebagai kurang cantik.

Maka tidak hairanlah ramai gegadis diluar sana yang nak sangat jadi kurus dan flawless macam mihun. Dan rata-rata orang yang tergolong dalam "skinny fat" adalah perempuan. 

Baca: Ramainya Nak Jadi Mihun

Selama ni, BMI adalah salah satu kayu pengukur yang digunakan untuk menentukan tahap kesihatan kita. Jadi banyak ditekankan yang kita harus mengekalkan BMI dalam tahap yang normal. 

Pemahaham umum adalah andai kata BMI korang dalam kategori overweight atau obese, ianya tidak sihat dan sesuatu harus dilakukan. Dan kalau BMI korang dalam kategori normal, maka korang sihat.

BMI lebih banyak digunakan sebab ianya satu kaedah yang mudah dan cepat, terutamanya untuk community screening. 

Tapi BMI bukanlah segala-galanya atau gold standard untuk menentukan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang. Contohnya, BMI tidak mengambil kira peratusan jisim otot.

Dengan hanya berdiet, memang berat badan akan turun, cumanya diet sahaja tidak akan "tone" badan. Korang akan kehilangan lemak dan otot dan dikalangan pendiet extreme, jisim tulang pun akan berkurangan.

Bahaya tau.

Kehilangan jisim tulang boleh menyebabkan osteoporosis, tulang rapuh sis. Bila tulang kita rapuh, ianya akan cepat retak atau patah apabila kita jatuh. Masa muda-muda memang kita tak kisah pasal osteoporosis, tapi kesannya akan nampak bila tua nanti.

Baca: Apa Yang Korang Kena Tau Pasal Osteoporosis

Hip fracture/ patah tulang pinggul akibat osteoporosis dikalangan wanita warga emas membawa risiko kematian yang tinggi.

So anyway, kurus tidak bermaksud anda sihat. Malahan semakin kurus kering kita, semakin tinggi risiko untuk osteoporosis.

Bila sis cakap macam ni, bukanlah bermaksud 

"So tak payah la susah-susah nak kurangkan berat badan kan?"

Begini ya rakan-rakan seperjuangku, bila kita nak turunkan berat badan, apa yang kita patut fokus adalah "fat loss" dan bukannya "weight loss" semata-mata. 

Read HERE for dangers of skinny fat.

Iols pun macam tu jugak uols dulu-dulu. Diet, malam-malam tak makan gitu kan. Cardio setiap hari dan ya, memang kurus. Bontot pun takde uols. hew hew

Tapi lepas tu sis start buat strength training. 

Dan ya, sis dah tak kurus dan lagi berat dari sebelumnya. But I love that I'm stronger now with a killer butt (katanyaa). 

Bila kita buat strength training, kita akan bina otot tapi bukanlah jadi kekar sado berketul macam lelaki tapi solid, toned & curvy. Badan terbentuk cantik. 

And you know the confidence you get when you can lift weights?


PRICELESS!

That's the reason why I always advise ladies to do some weight training. Don't be afraid to lift some weight. 

Orang yang sama tapi berat lain-lain. Sebelah kanan sekali nampak kan berat badan dia lebih tinggi tapi badan lebih toned & solid berbanding gambar paling kiri. 

Another reason why body weight isn't everything. She is heavier but looked so much better

Kalau uols belum power and tak berapa confident lagi, uols boleh buat pakai body weight dulu. e.g body weight squat.

Bila uols dah confident, form pun dah betul, uols boleh la tambah weight sikit.

Uols boleh click LINK ni untuk baca other strength training for women 

Don't put so much emphasize on the weighing scale or your BMI. 

Eat healthy, exercise regularly and have fun while you are at it. 

Click HERE, HERE, and HERE if you want to read more about skinny fat. And I love this ARTICLE too! 

Comments

Others Also Read This!

Apa Itu Probiotik Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita

Apa Itu Probiotik Dan Apa Kebaikannya Kepada Kesihatan Kita Adakah anda sering mengalami kembung perut, rasa bloated atau perut selalu berasa kurang selesa? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena? Saya antara manusia yang sistem pencernaannya agak lemah. Perut selalu kurang selesa, terutamanya selepas makan.  Dan baru-baru ni, sis mula mengamalkan pengambilan probiotik. Kemudian perasan yang p erut rasa selesa, jarang rasa heartburn, bloated dan sebagainya. Apa Itu Probiotik? Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat dalam usus kita dan mempunyai manfaat kesihatan terutamanya untuk sistem penghadaman. Bila cakap pasal bakteria, ianya sering dikaitkan dengan penyakit tapi korang tau tak sebenarnya badan kita ni penuh dengan bakteria, both good and bad. Sistem penghadaman kita ( gastrointestinal ) adalah satu ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria (baik dan jahat) Bakteria baik dan jahat ni hidup dalam satu ekosistem yang seimbang. Yang baik tu men...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway Yang Mendamaikan

Harmony Valley Retreat Di Janda Baik: Weekend Getaway In Lush Misty Mountain This staycation was what, late last year? Somewhere in November I think, during Deepavali long weekend. Vacation yilek, staycation pun jadilah sis.  Personally, I find that staycation is much more relaxing because you don't have to go through the hassle of planning your itinerary. Most of all, you don't have to go through the stress of traveling. Urghhh, few hours to & fro airport, waiting at the airport, the stress and anxiety of going through immigration and such. Just thinking about it makes me tired. #sisaging So anyway, back to Harmony Valley Retreat. You know la, sis ni suka tempat yang aman, back to nature, nyaman sejuk-sejuk. Untuk lari daripada hiruk pikuk kota metropolitan. And Harmony Valley Retreat is just the perfect place to rejuvenate, recharge & relax. Admittedly, the thing that cemented my decision was this review from a customer "So serene & you can hea...

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju? Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant.  Apa Itu Lactose Intolerance?  Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose. Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu.  Dan lactose intolerance  adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa. Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan  lactase,  yang fungsinya menghadam laktosa .  Dan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu. Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan. Apa Simpto...